Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Roller Champions tersedia di PC dan konsol! Download sekarang!

safwan by safwan
May 25, 2022
in Artikel, Berita, Game Baru, Game Online, Game Percuma, Sukan/lumba
0 0
0
Roller Champions tersedia di PC dan konsol! Download sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Ubisoft mengumumkan Roller Champions telah tersedia di PC melalui Ubisoft Connect manakala PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One dan Xbox X|S akan tersedia pada tepat jam 12.00 malam ini.

Tentang Roller Champions

Ia merupakan game percuma yang bertemakan sukan PvP berpasukan. Pemain perlu bersaing antara satu sama lain dalam pasukan bertiga. Untuk menang game ini senang je. Korang perlu mencapai lima mata dengan membuat pusingan “arena” dan membaling bola melalui gelung. Rakan sepasukan mesti bekerjasama, mengelak dan tackle dengan cekap untuk mengekalkan penguasaan bola serta mengawal rentak game.

Ciri-ciri Penting

Kumpulkan pasukan anda dan bertanding

Korang perlu bekerjasama dengan dua pemain dan selami gameplay Roller Champions yang menyeronokkan. Korang berlawan dengan pasukan musuh melalui kepantasan, kecerdasan, tackle dan mengelak untuk menjadi pasukan pertama yang mencapai lima mata dengan membaling bola melalui gelung.

From Zero to Hero: Bina kehidupan seorang atlet

Korang boleh mulakan kerjaya sukan sebagai atlet bawahan dan menuju ke puncak dengan memenangi banyak perlawanan. Dengan memenangi banyak perlawanan, korang boleh dapatkan lebih banyak peminat di arena sambil membuat aksi hebat dan maju ke stadium yang lebih besar.

Buat dan ubah suai sepenuhnya watak

Korang boleh cipta dan ubah suai pakaian watak sendiri. Buka kelengkapan baharu termasuk roda, pad lutut, topi keledar dan plat bahu. Bukan setakat watak sahaja yang boleh diubah suai, korang pun boleh ubah suai pakaian yang akan dipakai oleh peminat serta animasi sorakan berkumpulan.

Roller Champions

Selain itu, game ini juga menyediakan roller pass, di mana korang boleh dapatkan banyak ganjaran secara percuma mahupun berbayar termasuk topi keledar, gaya rambut, pad lutut, pad bahu, sarung tangan, kasut roda dan banyak lagi. Roller pass adalah istilah yang digunakan untuk battle pass. Ganjaran yang korang akan dapat melalui Rolle Pass percuma adalah sangat terhad jika nak dibandingkan dengan Roller Pass berbayar.

Roller Champions

Saya ingin mengingatkan kepada pengguna konsol bahawa Roller Champions akan tersedia pada tepat jam 12.00 malam ini dan PC telah tersedia untuk di download mulai sekarang. Jadi apa tunggu lagi? Ajak kawan-kawan korang main sekali. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan segala liputan menarik lain mengenai game, anime dan lain-lain dari kami.

Download sekarang!
Roller Champions
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Roller Champions merupakan game percuma yang bertemakan sukan PvP berpasukan.
Tags: Roller Champions
Previous Post

Dragon Ball Super: Kuasa Goku bukan dari usaha, rupanya datang dari bebola naga

Next Post

Game OTOME yang korang boleh cuba di mobile! Jom usya IKEMEN pula!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Game OTOME yang korang boleh cuba di mobile! Jom usya IKEMEN pula!

Game OTOME yang korang boleh cuba di mobile! Jom usya IKEMEN pula!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd