Walaupun ada isu-isunya, memang tidak boleh dinafikan bahawa Goku diminati oleh orang ramai dari seluruh dunia kerana beberapa sebab. Salah satu sifat penting tentang watak Goku adalah dia hanyalah seorang pahlawan rendah diri yang menjadi kuat selepas berpuluh-puluh kali berusaha dan bekerja keras. Rupanya itu separuh palsu, kerana story arc terkini mendedahkan bahawa kuasa Goku sebenarnya bukan dari usaha tetapi dari bebola naga.
Semasa “arc Granolah the Survivor”, pembaca mendapat tahu bahawa Bardock (ayah Goku) telah menggunakan hajatnya pada bebola naga dan meminta supaya anak-anaknya boleh “berkembang maju”.
Menurut terjemahan inggeris untuk manga Dragon Ball Super, Bardock berkata “Saya harap anak-anak saya berkembang maju/ I’d wish that my sons end up thriving.”
Sebaliknya, versi Jepun original pula memberi maksud lain di mana Bardock sebenarnya kata “Saya harap anak-anak saya membesar menjadi lelaki yang kuat/I wish my sons grow up to be big strong“.
Kata-kata itu (berdasarkan terjemahan) telah membuatkan ramai peminat Dragon Ball keliru akan maksud perkataan “berkembang maju” tetapi di penghujung hari, semua setuju bahawa hajat itulah yang membuatkan Goku kuat dan masih selamat sehingga hari ini (walaupun mati, dia pasti akan hidup semula dalam cara-cara berbeza).
Satu lagi fakta menarik adalah Bardock dan Gine sebenarnya dapat menyelamatkan Goku pada saat-saat akhir dengan menghantarnya ke planet bumi sebelum Planet Vegeta dimusnahkan. Perkara ini pun disebut oleh Vegeta dalam bab 84, di mana dia yakin akan Goku mati bersama ibubapa jika bukan kerana hajat Bardock.
dan kini ia tiba-tiba menjadikan Goku jenis watak terpilih yang dilahirkan melawan kuasa jahat. Mahu atau tidak, ini masih kelebihan yang tidak adil yang tidak wujud pada kali pertama. Sudah tentu dia dikurniakan kekuatan mistik pada awalnya, tetapi ia tidak pernah kelihatan seperti kelebihan yang diberikan memandangkan musuh besar yang dihadapinya.
Selepas pendedahan itu, ramai orang mula tertanya – “Adakah Goku jadi kuat kerana usaha atau adakah hidupnya diberkati supaya dia mudah menjadi kuat?” Apa pendapat korang? Jom kongsi pendapat bersama saya di ruang komen!
Untuk segala liputan kami tentang Dragon Ball Super, sila tekan pautan ini.
Sumber – Shueisha
@gamersantaimy
Discussion about this post