Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Rockstar Games Kena ‘Hack’ Lagi, Penggodam Ugut Untuk Dedah Data Sulit!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 13, 2026
in Artikel, Berita, Industri
0 0
0
Rockstar Games Kena ‘Hack’ Lagi, Penggodam Ugut Untuk Dedah Data Sulit!
Share on FacebookShare on Twitter

Hanya berbaki tujuh bulan sebelum pelancaran Grand Theft Auto VI, Rockstar Games sekali lagi dihantui isu keselamatan siber. Pihak studio hari ini mengesahkan bahawa maklumat syarikat telah diceroboh melalui perkhidmatan pihak ketiga, yang kini membawa kepada ugutan tebusan “bayar atau data dibocorkan.”

Pencerobohan ini didedahkan oleh The CyberSec Guru, yang mengenal pasti kumpulan penggodam terkenal “ShinyHunters” sebagai dalang utama. Menurut laporan, penggodam tidak menyerang sistem pertahanan Rockstar.

Sebaliknya, mereka menggunakan ‘pintu belakang’ melalui Anodot, sebuah alat cloud-monitoring yang digunakan Rockstar untuk menguruskan kos. Dengan menceroboh Anodot, mereka berjaya mencuri kunci digital yang memberi akses terus ke pusat simpanan data Rockstar di platform Snowflake.

Bagi meredakan kerisauan para peminat, Rockstar segera memberikan maklum balas melalui kenyataan kepada IGN. Jurucakap syarikat mengesahkan insiden tersebut namun menyifatkan data yang dicuri itu tidak membawa risiko besar.

Rockstar memberi jaminan bahawa maklumat sensitif seperti kata laluan pemain, butiran kad kredit, mahupun kod sumber game tidak terjejas. Walau bagaimanapun, ShinyHunters mendakwa sebaliknya dan memberikan gambaran yang lebih serius.

Kumpulan penggodam itu telah menetapkan syarat: Rockstar perlu membayar wang tebusan yang tidak didedahkan jumlahnya menjelang 14 April 2026, atau data tersebut akan disebarkan kepada umum. Amaran mereka berbunyi:

“Instance Snowflake anda telah diceroboh melalui Anodot.com. Bayar atau kami bocorkan. Ini adalah amaran terakhir… buat keputusan yang betul. Jangan jadi tajuk utama berita seterusnya.”

Setakat hari ini, Rockstar nampaknya enggan tunduk kepada sebarang rundingan. Mereka kekal dengan pendirian bahawa fail yang dicuri itu tidak mempunyai kepentingan yang cukup besar untuk mengganggu operasi syarikat.

Buat masa ini, tarikh pelancaran Grand Theft Auto VI bagi konsol PlayStation 5 serta Xbox Series X/S tidak berubah, iaitu pada 19 November 2026.

Tags: rockstar games
ShareTweetSend
Previous Post

Fantasy Life i: The Girl Who Steals Time Bakal Tiba Di Mobile!

Next Post

[UPDATE] Malaysia Dipilih Antara Destinasi Konsert Persona 5, Akan Berlangsung Di KL!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
[UPDATE] Malaysia Dipilih Antara Destinasi Konsert Persona 5, Akan Berlangsung Di KL!

[UPDATE] Malaysia Dipilih Antara Destinasi Konsert Persona 5, Akan Berlangsung Di KL!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd