Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[UPDATE] Malaysia Dipilih Antara Destinasi Konsert Persona 5, Akan Berlangsung Di KL!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 13, 2026
in Acara, Artikel, Berita, Konsert, Tempatan
0 0
0
[UPDATE] Malaysia Dipilih Antara Destinasi Konsert Persona 5, Akan Berlangsung Di KL!
Share on FacebookShare on Twitter

UPDATE: Tiket untuk konsert Persona 5 Special Big Band Asia Tour 2026 – Kuala Lumpur sudah mula dijual sejak 1 April lalu. Harga tiket adalah seperti berikut:

  • RM580
  • RM480
  • RM380
  • RM280

Carta duduk pula adalah seperti gambar di bawah:

Buat masa ini, promosi Early Bird juga diadakan. Jika mahu dapatkan tiket pada harga lebih murah, sekarang adalah masanya:

  • Promosi Early Bird (Sah sehingga 30 April 2026, 11.59PM)
  • RM510 (Cat 1)
  • RM430 (Cat 2)
  • RM340 (Cat 3)
  • RM 280 (Cat 4)

Konsert “Persona 5 Special Big Band Concert Asia Tour 2026” bakal singgah di Malaysia, dengan persembahan pada 18 Jun 2026, jam 8:00 malam di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Tiket mula dijual pada 1 April 2026, jam 10:00 pagi.

Konsert ini membawakan soundtrack daripada Persona 5 dalam bentuk persembahan big band sepenuhnya yang melibatkan kira-kira 30 pemuzik terkemuka dari Amerika Syarikat dan Jepun. Mereka akan mempersembahkan lagu-lagu bergenre jazz, funk, dan soul yang menjadi ikonik dalam kalangan gamer mahupun peminat muzik.

Persona 5 merupakan sebahagian daripada siri Persona, sebuah francais yang telah menjual lebih 22 juta salinan di seluruh dunia dan kekal sebagai salah satu francais RPG Jepun paling berprestij. Soundtrack game ini, hasil gubahan Shoji Meguro, sudah lama dipuji kerana gayanya serta cara muziknya diselitkan dengan gameplay dan jalan cerita.

Lagu-lagu seperti “Last Surprise,” “Beneath the Mask,” dan “Rivers in the Desert” telah meraih populariti tersendiri sehingga mengumpul ratusan juta strim dan menjadi kegemaran dalam senarai muzik gaming.

Siapa Di Sebalik Konsert Ini

Mengetuai konsert ini ialah Charlie Rosen, pemenang dua kali Grammy dan dua kali Anugerah Tony, yang bertanggungjawab ke atas susunan muzik, arahan muzik, dan konduktor bagi konsert ini. Rosen juga merupakan pengasas The 8-Bit Big Band, sebuah orkestra jazz pemenang Grammy yang khusus dalam mengolah semula muzik gaming.

Pada tahun 2025, beliau menerima pencalonan Grammy untuk kategori Best Arrangement, Instrumental and Vocals bagi susunan beliau terhadap lagu Persona 5, “Last Surprise”.

Turut tampil di atas pentas ialah Lyn Inaizumi, atau lebih dikenali sebagai Lyn, penyanyi di sebalik semua vokal dalam Persona 5. Suaranya sudah menjadi sebahagian daripada identiti game ini, dan persembahan langsung beliau sentiasa menjadi tarikan utama buat peminat.

Band ini juga menampilkan pemuzik yang aktif dalam dunia jazz New York, bersama pemain-pemain terbaik Jepun yang dipilih sendiri oleh Eric Miyashiro, pemain trompet bertaraf dunia yang terkenal dengan karya-karyanya merentasi genre jazz, pop, dan orkestra.

Maklumat Tiket

  • Tarikh: Khamis, 18 Jun 2026, 8:00 malam
  • Tempat: Mega Star Arena, Kuala Lumpur
  • Jualan tiket bermula: 1 April 2026, 10:00 pagi (waktu tempatan)

Maklumat harga dan platform pembelian tiket masih belum diumumkan ketika artikel ini ditulis. Peminat dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti saluran rasmi untuk sebarang kemaskini.

Tags: konsertPersona 5 Special Big Band
ShareTweetSend
Previous Post

Rockstar Games Kena ‘Hack’ Lagi, Penggodam Ugut Untuk Dedah Data Sulit!

Next Post

Reviu PRAGMATA – Game Aksi Sci-Fi Epik Yang Memerlukan Kepantasan Otak & Tangan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pelakon ‘Heroes’ & ‘Kingdom Hearts’ Hayden Panettiere Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun
Berita

Pelakon ‘Heroes’ & ‘Kingdom Hearts’ Hayden Panettiere Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun

August 18, 2026
Kenapa Rupa & Suara Watak Utama Berubah? Ini Penjelasan Pembangun Tides of Annihilation
Berita

Kenapa Rupa & Suara Watak Utama Berubah? Ini Penjelasan Pembangun Tides of Annihilation

August 18, 2026
Phantom Blade Zero – Tawar Lebih 55 Senjata & Mod ‘Sixty-Six Days’ Yang Menguji Mental
Berita

Phantom Blade Zero – Tawar Lebih 55 Senjata & Mod ‘Sixty-Six Days’ Yang Menguji Mental

August 18, 2026
Next Post
Reviu PRAGMATA – Game Aksi Sci-Fi Epik Yang Memerlukan Kepantasan Otak & Tangan!

Reviu PRAGMATA - Game Aksi Sci-Fi Epik Yang Memerlukan Kepantasan Otak & Tangan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru
Manga

Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru

August 10, 2026
Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000
Fakta & Trivia

Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000

August 10, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd