Game Multi-Class Batlle Royale mobile game keluaran dari NetEase iaitu Ride Out Heroes yang baru sahaja selesai membuka open beta dan ianya mendapat perhatian yang banyak dari pemain. Game ini akan dilancarkan ke Mobile dan PC pada awal bulan Mei ini, bermula 29 Mac ini pengguna Android boleh pergi ke Google Play Store dan taip Ride Out Heroes untuk Pre-Register kat game itu. Siapa yang pre-register akan mendapat game itu lebih awal dan mendapat untuk dapat hadiah apabila ianya keluar pada bulan Mei ini.
NetEase yang membuat game seperti Rules of Survival telah membuat Ride Out Heroes yang 100 orang multi-class battle royale yang pemain boleh menyertai pasukan ataupun main secara solo, ini bukan battle royale yang anda selalu main kerana pemain boleh pilih heroes dari pelbagai karekter yang ada. Sekarang ini ada 5 hero yang tersedia untuk pengeluaran pertama dan setiap satunya ada kelebihan karekter masing-masing. Pemain juga akan di hidup semula selepas KO kerana itu ada salah satu ciri yang Ride Out Heroes ini lain dari yang lain, kerana elemen keseronokan bersama tekanan yang kuat apabila main. Pemain yang kena ‘KO” itu akan ditukar menjadi bayi naga dan jika naga itu hidup selepas 30 saat, pemain tu boleh kembali ke tempat lawan dengan karekter hero pemain dan pemain tersebut boleh sorok dengan menjadi prop seperti menjadi kotak, renek,, tong dan cahaya untuk menyorok dari musuh.
Selain itu, mereka juga menpunyai mekanik yang inovatif seperti sistem Mount dan Sistem Rambang Sanctuary yang akan ada didalam Ride Out Heroes. Dengan satu klik, pemain boleh panggil Mount seperti Dinosaur, Burung ataupun anjing, untuk sanctuary pula akan muncul secara rambang yang pemain akan dapat bina senjata ataupun meningkatkan kebolehan, perisai dan ramuan untuk mereka. Ride Out Heroes yang mempunyai reka bentuk 3D yang ada banyak tempat seperti Fairy Forest, Dessert ataupun bandar yang mempunyai landskap yang terbuka untuk dieksplorasi.
Jika anda peminat Battle Royale ataupun MOBA dan game Ride Out Heroes ini memang sesuai untuk anda, anda boleh pergi Pre-Register kat sini dan untuk maklumat lebih lanjut boleh pergi ke facebook page mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post