Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Banyak organisasi esports mencuba nasib dengan Apex Legends walaupun game itu masih belum stabil sepenuhnya

Apex Legends baru je sebulan keluar..

Wakambing by Wakambing
March 29, 2019 - Updated on March 30, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4
0 0
0
Banyak organisasi esports mencuba nasib dengan Apex Legends walaupun game itu masih belum stabil sepenuhnya
Share on FacebookShare on Twitter

Apex Legends telah mengambil dunia gaming dengan pantas dan hebat apabila dalam masa seminggu keluarannya, sebanyak 25 juta pemain telah direkodkan. Game battle royale ini baru sebulan keluar dan masih lagi memerlukan banyak penambahbaikan yang perlu dibuat, terutamanya apabila ramai pemain yang membuat aduan tentang kewujudan hackers yang menyebabkan pengalaman bermain mereka semakin pudar. Namun demikian, terdapat beberapa organisasi esports yang memberanikan diri untuk mencuba nasib dalam Apex Legends dengan membuat persiapan mewakilkan pro player masing-masing.

Proud to officially announce our new @PlayApex team @silkthread @Grimreality and @dummyolson

The squad will be joining us at the LA HQ later this month

Welcome to the #geng family pic.twitter.com/eB6l5qLX88

— Gen.G Esports (@GenG) March 1, 2019

Antara organisasi yang masuk ke dalam game ini adalah Sentinels, iaitu organisasi yang memiliki francais Liga Overwatch Los Angeles Gladiators, dan Gen.G. Gen.G mempunyai pasukan pro untuk  Overwatch iaitu Seoul Dynasty, League of Legends, skuad Fortnite, serta game Player Unknown Battlegrounds (PUBG). Mereka kini mencuba nasib dengan menembus esports dan berkata bahawa kejayaan mereka boleh dibawa ke Apex Legends, sebuah game yang belum diuji dan belum terbukti kebolehannaya, namun penuh dengan potensi.

Sumber: Respawn Entertainment

Mencari pemain pro untuk Apex Legends ini sebenarnya agak susah. Masih belum ada competitive ladder, replay atau pun sebarang peraturan untuk tournament. Ini bermaksud Apex Legends sebenarnya adalah hanya satu “gamble”, di mana, kemampuan pemain hanya boleh dilihat ketika mereka bermain game tersebut. Tiada liga, francais dan infrastruktur yang dibuat sekitar permainan itu. Apa yang ada dalam scenes esports Apex Legends ialah pemain biasa atau streamer yang bermain tournament berpusat dan hanya berlaku dalam beberapa jam dan hari. Dari segi penonton pula, mereka lebih melihat streamer kegemaran, ini bermaksud pembangunan esports untuk Apex Legends memerlukan lebih masa lagi untuk menarik peminat-peminat dalam organisasi.

Sumber: Dexerto

Walaupun Apex Legends ini masih belum bersedia sepenuhnya, kita letakkan dulu ketidakpastian ini ke tepi. Game ini sebenarnya berpotensi memasuki persekitaran esports. Kejayaan game battle royale lain seperti PUBG dan Fortnite membuka mata semua pihak menyaksikan bagaimana game seperti ini boleh menempa nama di hati pemain dan peminat. Dengan demikian, dalam mencapai hasrat ini, Respawn perlu pastikan ciri-ciri seperti ini ada di dalam game: custom games, mod untuk praktis, sistem anti-cheat dan juga sistem ranking. Mungkin ia akan mengambil masa, tetapi pada masa akan datang, harap-harap Apex Legends buat liganya tersendiri!

Sumber: Polygon

Tags: Apex Legendsbattle royaleeaEsportsLeagueorganizationrespawn
Previous Post

Ride Out Heroes dari NetEase adalah game Multi-class Battle Royale yang terbaru boleh Pre-Register sekarang!

Next Post

Assassin’s Creed III Remastered boleh didapati sekarang di PC, Playstation 4 dan Xbox One!

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Assassin’s Creed III Remastered boleh didapati sekarang di PC, Playstation 4 dan Xbox One!

Assassin's Creed III Remastered boleh didapati sekarang di PC, Playstation 4 dan Xbox One!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd