Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu STORY OF SEASONS: Grand Bazaar – Pasar Comel Kami Diberi Wajah Baharu

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 25, 2025
in Artikel, Berita, Game Review, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, Review, Simulator, Steam
0 0
0
Reviu STORY OF SEASONS: Grand Bazaar – Pasar Comel Kami Diberi Wajah Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam sebuah francais yang sering kali sinonim dengan aktiviti berkebun yang santai dan kasual, STORY OF SEASONS: Grand Bazaar mencipta identitinya yang tersendiri dengan fokus pada perdagangan aktif dan ekonomi komuniti.

Versi 2025 ini merupakan remake bagi judul Nintendo DS dari tahun 2008, dan ia dengan bijak mengekalkan ciri versi asal yang paling menonjol: iaitu bazar mingguan. Di sini, kotak penghantaran yang biasa kita lihat telah tiada, digantikan dengan pasar di mana pemain perlu menjadi penjual yang bijak.

Keseluruhan struktur gameplay berkisar pada aktiviti ini, memaksa anda untuk merancang strategi inventori, mengurus daya tarikan gerai, dan berinteraksi secara langsung dengan pelanggan. Tanpa membuang masa, ini ulasan kami.

Menghidupkan Semula Zephyr Town

Pertama sekali, mari kita bincangkan tentang jalan ceritanya. Datuk bandar Zephyr Town, Felix, sedang mencari seorang petani baharu untuk mengambil alih sebuah ladang terbiar. Sebagai watak utama, anda memutuskan untuk menerima tawaran itu dan menetap di Zephyr Town, memulakan hidup baharu anda sebagai seorang petani.

Sejak dari awal lagi, anda akan mempelajari tentang ciri utama game ini: iaitu bazar. Setiap minggu, anda akan membawa hasil ladang dan barangan lain untuk dijual di pasar yang meriah ini.

Matlamat utamanya adalah untuk mendapatkan wang secara beransur-ansur melalui bazar sambil membantu pekan berkembang dengan menyokong pembukaan gerai-gerai baharu. Apabila bazar semakin besar, penilaiannya akan meningkat, dengan jumlah tujuh peringkat yang perlu didaki sebelum mencapai puncak.

Sepanjang usaha anda untuk menaikkan peringkat tersebut, anda juga akan mendedahkan lebih banyak latar belakang Zephyr Town, termasuk kisah petani sebelum ini dan sebab-sebab mengapa dia pergi.

Bagi saya, jalan ceritanya terasa agak biasa dan terus-terang. Tidak ada sebarang plot twist besar atau dramatik, hanya kehidupan yang santai. Perbezaan utama dari hari ke hari datang daripada acara bermusim dan kisah-kisah sampingan watak lain.

Acara seperti Pet Show, Flower Festival, atau Horse Derby adalah aktiviti sampingan yang menyeronokkan, tetapi kebanyakannya hanya berfungsi sebagai cara untuk membuka ciri baharu atau meningkatkan hati (Friendship Points) dengan penduduk kampung.

Cerita-cerita sampingan yang lebih kecil biasanya memberi tumpuan kepada keluarga, kebimbangan, atau perjuangan peribadi setiap watak. Sesetengah momen ini menawan, tetapi kebanyakannya tidak melibatkan watak utama secara langsung, yang membuatnya terasa sedikit terasing daripada perjalanan anda sendiri.

Walaupun begitu, kesederhanaan jalan cerita ini bukanlah satu kelemahan besar, kerana tarikan utama game ini terletak pada gameplay yang menarik.

Uruskan Ladang, dan Hasil Penternakan

Apabila bercakap tentang Story of Seasons: Grand Bazaar, jelas bahawa plot utamanya bukanlah tumpuan utama pengalaman permainan. Jalan cerita hanya menyediakan latar: anda tiba di Zephyr Town, mengambil alih sebuah ladang, dan membantu memulihkan bazar yang sedang merosot.

Semangat sebenar game ini terletak pada gameplay. Bekerja di ladang, menternak haiwan, menghasilkan barangan, dan menjual produk anda di bazar mingguan adalah fokus utama game ini. Setiap aktiviti yang anda lakukan berkait rapat dengan bazar, menjadikannya sebagai aktiviti sebenar Zephyr Town.

Kemajuan bukan sahaja tentang mendapatkan wang; ia tentang menyumbang kepada komuniti, membantu lebih banyak gerai dibuka (tidak seperti versi asal di mana semua gerai tersedia dari awal), dan secara beransur-ansur mendaki tujuh peringkat bazar.

Pertama sekali, sudah tentu, adalah menuai tanaman dan menternak haiwan, yang menjadi inti mana-mana game Story of Seasons. Mekanik berkebun hampir sama dengan Grand Bazaar yang asal, mengekalkan rasa klasiknya.

Anda masih akan bergantung pada peralatan anda: Watering Can untuk menyuburkan tanaman, Hoe untuk mengusahakan tanah, Hatchet untuk menebang kayu dan memecahkan batu, Sickle untuk memotong rumput dan bunga, dan Fishing Rod untuk saat-saat santai di tepi air. Satu penambahbaikan ialah cara pengurusan alatan.

Tidak seperti game asal di mana alatan memakan ruang berharga dalam beg anda, versi remake ini mengasingkannya ke dalam slot tersendiri, bermakna anda tidak perlu mengorbankan ruang simpanan untuk peralatan anda.

Sekarang, mari kita bercakap tentang haiwan, satu aspek di mana versi remake ini membuat beberapa perubahan ketara. Tiga haiwan utama masih ayam, lembu, dan biri-biri, tetapi satu haiwan baharu menyertai barisan ini: alpaca.

Dari segi fungsi, alpaca berfungsi sama seperti biri-biri, tetapi ia merupakan tambahan yang menarik untuk ladang anda. Anda juga boleh membuka kuda semasa Horse Derby pertama pada musim panas Year 1, yang menjadikan perjalanan di sekitar pekan lebih mudah.

Anda juga boleh mendapatkan haiwan peliharaan, sama ada anjing atau kucing. Haiwan peliharaan bukan sekadar hiasan; kucing akan menjaga ayam dan alpaca anda, manakala anjing akan menjaga lembu dan biri-biri anda, meringankan sedikit beban kerja anda.

Bukan Sekadar Hantar Kotak, Kini Perlu Menjadi Peniaga

Setelah anda menyediakan barangan, tibalah masanya untuk acara paling sibuk: Hari Bazar! Pamerkan produk anda, bunyikan loceng untuk menarik pelanggan, dan buat jualan sebanyak mungkin. Pasar ini juga merupakan peluang terbaik untuk membeli barangan rare dan eksklusif dari gerai lain.

Untuk meningkatkan keuntungan, anda boleh menghias gerai anda, dan memenuhi syarat-syarat tertentu akan membesarkannya. Apabila reputasi bazar meningkat, lebih banyak gerai akan dibuka, menjadikan pasar lebih meriah dari sebelumnya.

Sebelum hari besar itu, jangan lupa gunakan kincir angin. Ia membolehkan anda memproses tanaman, hasil ternakan, dan barangan hutan menjadi barangan artisan. Terdapat tiga kincir angin utama, dan setiap satunya penting untuk menaik taraf alatan.

Pada hari berangin, ia berputar lebih laju, jadi anda boleh menyelesaikan pemprosesan dengan lebih cepat.

Gembirakan pelanggan secukupnya, dan ‘Nature Sprites’ akan menyertai pasukan jualan anda dengan mod “Cheer Time,” yang meningkatkan kelajuan jualan dan kadangkala menaikkan harga jualan anda!

Pari-pari ini juga memberikan “Happy Energy” apabila anda menyelesaikan tugasan, yang boleh digunakan untuk menaik taraf kualiti item secara menyeluruh. Jangan lupa untuk membeli barangan istimewa mereka juga—teleport dan kotak simpanan menjadikan kehidupan di ladang lebih mudah.

Salah satu sistem kemajuan utama ialah kualiti item. Setiap item yang boleh dikumpul bermula pada 0.5 bintang. Untuk meningkatkan kualiti keseluruhan sesuatu kategori, anda perlu menyediakan item yang berkaitan (contohnya, dermakan ikan untuk meningkatkan kualiti ikan).

Apabila kualiti meningkat, semua item jenis itu akan menjadi lebih berharga.

Cinta, Persahabatan, dan Pesta

Selain bertani dan menternak, membina hubungan dengan komuniti adalah satu lagi bahagian penting dalam game ini. Dengan meluangkan masa bersama penduduk, anda akan membuka cerita-cerita tambahan yang menambah ‘isi’ kepada kehidupan di Zephyr Town.

Game ini mempunyai tiga jenis misi sampingan. Misi biru biasanya permintaan mudah daripada penduduk kampung. Misi merah jambu lebih menarik, sering kali terikat dengan perjalanan watak utama dan kadangkala memerlukan anda membuat pilihan.

Akhir sekali, misi oren memberi tumpuan sepenuhnya kepada watak individu, membolehkan anda menyelami kisah peribadi mereka dengan lebih mendalam.

Sesetengah misi ini terikat dengan sistem ‘romance’ dalam game. Tidak seperti versi asal, versi remake memperkenalkan dua calon pasangan baharu, Arata dan Diana, menjadikan jumlahnya 12 orang. Anda boleh membina hubungan dengan memilih pilihan dialog yang betul, memberi hadiah yang bernas, dan melengkapkan acara istimewa.

Satu petua berguna: setiap kali anda melihat tanda soal muncul di atas watak, save game anda sebelum memulakan perbualan. Jika anda memilih pilihan yang salah, anda boleh reload semula dan mencuba lagi.

Satu lagi penambahbaikan yang ketara ialah lakonan suara. Walaupun tidak disuarakan sepenuhnya, watak-watak kini bercakap semasa acara penting, membuatkan mereka terasa lebih hidup.

Zephyr Town juga penuh dengan acara bermusim seperti Crop Show dan Pumpkin Festival, yang memberi peluang untuk mengeratkan hubungan dengan penduduk kampung dan memenangi trofi.

Makeover yang amat Moden

Sebagai sebuah remake, Story of Seasons: Grand Bazaar menunjukkan penambahbaikan yang tinggi. Tidak seperti sprite 2D versi asal, versi ini memperkenalkan model 3D yang memberi lebih banyak nyawa kepada watak dan Zephyr Town.

Animasi lebih lancar, dan UI juga telah dikemaskinikan dengan menu yang lebih kemas dan ikon yang lebih tajam, menjadikannya lebih mudah untuk dinavigasi.

Dari segi prestasi, game ini berjalan dengan lancar, dengan masa muat yang pantas dan tiada masalah lengah masa yang ketara. Satu-satunya pepijat yang saya temui ialah sekali apabila setiap watak tiba-tiba menjadi lutsinar; membuka semula game ini telah membetulkannya, dan isu itu tidak pernah berulang.

Secara keseluruhan, ia adalah sebuah remake kemas yang menangkap pesona nostalgia versi asal.

Satu perkara yang saya sangat hargai ialah muziknya. Daripada mengulang lagu yang sama berulang kali, ga,e ini menyediakan pelbagai jenis lagu. Setiap musim mempunyai muzik latar tersendiri, manakala festival dan misi watak membawakan lagu unik yang menambah personaliti.

Pendapat

Secara keseluruhan, STORY OF SEASONS: Grand Bazaar adalah remake yang menawan bagi salah satu entri yang lebih unik dalam siri ini. Sistem bazarnya memberikan identiti tersendiri kepada game ini, menggalakkan anda untuk melibatkan diri dengan ekonomi pekan dengan cara yang jarang dicuba oleh game simulasi lain.

Versi remake ini memodenkan pengalaman dengan visual yang lebih lancar dan penambahbaikan kualiti hidup (QoL) sambil mengekalkan rentak gameplay yang santai yang menjadi ciri khas francais ini.

Walau bagaimanapun, sesetengah pemain mungkin mendapati permulaan game yang perlahan mungkin menjadi satu halangan, dan pekan yang lebih kecil mungkin terasa kurang luas.

Tetapi bagi mereka yang gemar merancang lebih awal dan melihat hasil kerja keras mereka membuahkan hasil di pasar mingguan, remake ini memberikan kitaran gameplay yang memuaskan. Secara ringkas, Grand Bazaar Remake adalah game yang mesra, nostalgia, dan menyeronokkan yang mudah membuat anda leka berjam-jam.

Game ini tersedia pada 28 Ogos 2025 di Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, dan PC (Steam). Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

The Review

STORY OF SEASONS: Grand Bazaar

8 Score

Story of Seasons: Grand Bazaar ialah sebuah remake menawan, yang menonjol dalam siri ini kerana sistem bazar mingguannya yang unik. Berbanding kotak penghantaran pasif yang biasa, game ini memerlukan pemain untuk terlibat secara aktif menjual hasil ladang di gerai mereka sendiri, menjadikan perdagangan sebagai teras utama gameplay. Walaupun versi baharu ini membawakan peningkatan visual 3D dan penambahbaikan kualiti hidup yang dialu-alukan, jalan ceritanya agak ringkas dan kemajuannya boleh terasa perlahan. Namun begitu, ia tetap merupakan sebuah pengalaman yang kemas dan nostalgia, sangat disyorkan bagi mereka yang inginkan kelainan dalam genre simulasi dengan fokus yang kuat pada ekonomi dan interaksi komuniti.

PROS

  • Sistem bazar unik yang menjadikan penjualan dan perdagangan sebagai pusat gameplay
  • VIsual menawan dengan rekaan 3D yang dinaik taraf, muzik bermusim, dan lakonan suara
  • Penambahbaikan kualiti hidup (QoL), seperti pengurusan inventori yang lebih baik dan kawalan yang lebih lancar
  • UI dan menu yang lebih baik untuk navigasi yang lebih lancar

CONS

  • Kemajuan cerita yang perlahan, namun sesetengah kandungan hanya boleh diakses melaluinya.
  • Bagi peminat lama, versi remake ini tidak menawarkan banyak kandungan atau penambahbaikan gameplay yang baharu selain daripada visual dan UI

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: reviuStory of Seasons: Grand Bazaar
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu SHINOBI: Art of Vengeance – Tarung Tanpa Henti, Combat “Smooth” Sepantas Kilat

Next Post

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Ichiban Kasuga & Hatsune Miku Curi Tumpuan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Ichiban Kasuga & Hatsune Miku Curi Tumpuan!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds - Ichiban Kasuga & Hatsune Miku Curi Tumpuan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd