ASUS ZenBook Duo 14 UX482 merupakan komputer riba premium dari siri Zenbook dan telah menerima Anugerah Inovasi CES 2021. Model dua skrin baru ini turut memperkenalkan ASUS ScreenPad Plus bersama skrin sentuh sekunder yang mempunyai pelbagai fungsi, terutama untuk melakukan kerja kreatif dengan lebih mudah. Rekaan laptop yang ringan dan sangat bergaya juga sangat sesuai untuk mereka yang bekerja dalam suasana on-the-go.
ASUS Malaysia telah menghantar sebuah unit ASUS ZenBook Duo 14 UX482E dan memberi kami peluang untuk mencuba laptop yang diidamkan oleh pereka bebas ini. Adakah peranti yang telah mendapat Anugerah Inovasi ini berbaloi untuk anda dapatkan? Tanpa membuang masa, jom baca review kami mengenai laptop ASUS ZenBook Duo 14 UX482E yang menawan ini.
Spesifikasi laptop
Warna | Celestial Blue |
Sistem Operasi | (Free upgrade to Windows 11, when available) |
Prosesor | Intel® Core™ i5-1135G7 Processor 2.4 GHz (8M Cache, up to 4.2 GHz, 4 cores) Intel® Core™ i7-1165G7 Processor 2.8 GHz (12M Cache, up to 4.7 GHz, 4 cores) |
Grafik | Intel庐 Iris Xe Graphics,NVIDIA庐 GeForce庐 MX450,2GB GDDR6 |
Paparan | Touch screen,14.0-inch,FHD (1920 x 1080) 16:9,IPS-level Panel,Anti-glare display,LED Backlit,400nits,sRGB: 100%,Pantone Validated,Screen-to-body ratio: 93 %,With stylus support |
Paparan tambahan | ScreenPad™ Plus (12.65″ 1920 x 515 IPS-level Panel Support Stylus) |
Memori | 8GB LPDDR4X on board 16GB LPDDR4X on board |
Simpanan | 512GB M.2 NVMe™ PCIe® 3.0 SSD |
I/O Ports | 1x USB 3.2 Gen 1 Type-A 2x Thunderbolt™ 4 supports display / power delivery 1x HDMI 1.4 1x 3.5mm Combo Audio Jack Micro SD card reader |
Keyboard & Touchpad | Backlit Chiclet Keyboard 1.4mm Key-travel |
Kamera | HD camera with IR function to support Windows Hello |
Audio | Built-in speaker Built-in array microphone harman/kardon (Premium) with Cortana and Alexa voice-recognition support |
Rangkaian dan Komunikasi | Wi-Fi 6(802.11ax)+Bluetooth 5.0 (Dual band) 2*2 |
Bateri | 70WHrs, 4S1P, 4-cell Li-ion |
Bekalan tenaga | TYPE-C, 65W AC Adapter, Output: 20V DC, 3.25A, 65W, Input: 100-240V AC 50/60GHz universal |
Berat | 1.57 kg (3.46 lbs) |
Dimensi (W x D x H) | 32.40 x 22.20 x 1.69 ~ 1.73 cm (12.76″ x 8.74″ x 0.67″ ~ 0.68″) |
Built-in Apps | McAfee MyASUS ScreenXpert |
Ciri MyASUS | AppDeals System diagnosis Battery health charging Fan Profile Splendid Tru2Life Function key lock WiFi SmartConnect Link to MyASUS |
Microsoft Office | Office Home and Student 2019 included |
Military Grade | US MIL-STD 810H military-grade standard |
Regulatory Compliance | Energy star |
Security | BIOS Booting User Password Protection Trusted Platform Module (Firmware TPM) McAfee LiveSafe™ 30-day trial IR webcam with Windows Hello support |
Kandungan dalam kotak | Sleeve Stand Stylus |
Rekaan laptop yang ringkas dan bergaya
Ketika laptop ini sampai ke tangan kami, ia didatangkan dalam sebuah kotak dan kemas dengan logo ASUS jelas kelihatan pada permukaan, tanpa ada sebarang rekaan lain yang menampakannya sangat minimalis. Dengan ketebalan hanya 1.73cm dan berat 1.53kg, laptop ini sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja tanpa memakan ruang di dalam beg anda. Disebabkan laptop ini mempunyai ErgoLift Hinge, terdapat dua getah kecil yang melekat apabila anda menutup monitor. Jadi anda perlu berhati-hati ketika menutup monitornya bagi mengelakkan getah tersebut tertanggal apabila anda terkasar sedikit.
ScreenPad Plus laptop ini akan terangkat dengan sendiri apabila anda membuka monitor, menjadikannya lebih mudah untuk digunakan serta menyediakan lebih banyak ruang pengaliran udara. Bagi saya, ini adalah sebuah inovasi yang bagus kerana ia dapat mengelakkan laptop anda tidak cepat panas dan boleh berfungsi dengan lancar. Anda juga boleh setkan peranti ini sedikit tinggi dengan stand tambahan yang diberikan untuk menambah ruang antara bahagian bawah laptop dan meja.
Walau bagaimanapun, ASUS Zenbook Duo 14 ini hanya didatangkan dengan satu port HDMI 1.4, satu port USB Type-A, dua port USB Type-C Thunderbolt dan satu port jack headphone. Tetapi, kedua-dua port USB Type-C pada laptop ini amat memudahkan, serta boleh digunakan untuk mengecas dan menyambung monitor luar. Namun, bagi mereka yang sering menggunakan banyak perkakas luar seperti hard drive, mouse dan controller pasti memerlukan USB hub kerana satu port USB Type-A memang tidak cukup.
Perkara lain yang saya perasan tentang rekaannya adalah ia tidak mempunyai petunjuk pengecasan seperti kebanyakkan laptop lain yang ada lampu LED pada butang kuasa. Bagi mereka yang sudah biasa menggunakan laptop pasti akan pelik pada mulanya kerana menyangkakan ianya tidak disambung pada kabel pengecas dan lampu LED tidak menyala. Semasa pertama kali menggunakan laptop ini, saya sangkakan palam atau pengecasnya rosak, dan hampir setengah jam baru sedar ianya tiada lampu LED kuasa.
Keyboard dan mousepad yang rapat
Susun atur untuk keyboard dan mousepad laptop ini sangat padat, serta jarak pada setiap kekuncinya sangat rapat sehingga menyukarkan saya untuk menaip seperti biasa kerana mempunyai tangan yang besar. Namun, ia mempunyai keyboard yang senyap walaupun anda menaip dengan laju, dan ia sangat memuaskan serta tidak mengganggu fokus pengguna. Keyboardnya direka dengan lampu latar berwarna putih, tetapi agak redup dan mungkin anda tidak akan perasan ianya menyala jika digunakan di tempat yang terang.
Perkara yang menarik perhatian saya ialah kekunci Fn pada laptop ini mempunyai dua mod yang berbeza, iaitu mod Hotkey Priority dan mod Function Key Priority yang membolehkan anda beralih diantara keduanya. Dengan menekan butang Fn + Esc, LED kekunci Fn akan menyala dan menandakan anda dalam mod Function Key Priority. Walaupun nampak bagus, tetapi ianya agak berlebihan kerana anda masih boleh menahan kekunci Fn untuk mengakses Hotkey.
Selain itu, mousepadnya terasa sangat berbeza berbanding dengan laptop yang pernah saya guna sebelum ini. Hampir semua laptop mempunyai mousepad di bahagian bawah tengah, tetapi di ZenBook Duo 14, ia berada di sebelah kanan yang memberikan anda lebih banyak ruang untuk bergerak ke atas dan kebawah. Mungkin ia sedikit mengganggu untuk mereka yang mempunyai tangan kanan dominan ketika menggunakan laptop ini.
Skrin utama cantik dipandang dan ScreenPad Plus yang lancar
ASUS ZenBook Duo 14 ini mempunyai paparan utama yang mampu menyokong resolusi sehingga 1080p di skrin sebesar 14 inci, dengan panel IPS sRGB 100% menjadikan warnanya nampak lebih cerah dan cantik untuk dipandang. Walaupun hanya mempunyai paparan 1080p dan tidak sehebat resolusi 2K serta 4K, tetapi ia mempunyai sokong skrin sentuh dan input pen Stylus yang sangat berguna untuk semua pereka diluar sana.
Tambahan pula, laptop ini turut didatangkan dengan ScreenPad Plus dengan paparan 12.56 inci dan panel IPS yang menyokong input pen Stylus. Skrin kedua ini memberikan fungsi tambahan seperti Handwriting Recognition bagi memudahkan pengguna untuk membuat penyuntingan foto dan video di Adobe Illustrator, Adobe Photoshop, Adobe Lightroom dan Adobe AfterEffect lebih cepat untuk mereka yang melakukan kerja on-the-go.
Terdapat dua kekunci di atas mousepad yang mempunyai fungsi dengan ScreenPad Plus, dimana kekunci kiri adalah untuk membuat pertukaran cepat pada tetingkap semasa menggunakan kedua-dua skrin, dan kekunci kanan memberikan pengguna memilih untuk On, Off atau sembunyikan ScreenPad Plus. Jangka hayat bateri laptop boleh bertahan lebih lama apabila anda off fungsi ScreenPad Plus jika tidak digunakan.
Jangka hayat bateri yang lama
Saya sangat kagum dengan ketahanan bateri pada laptop ini! Ketika pertama kali membukanya, ia mempunyai 55% bateri dan saya telah memuat turun pelbagai perkara yang diperlukan untuk menguji laptop ini selama 2 jam 30 minit, dan ia masih mempunyai 10% bateri. Untuk menguji ketahanan bateri laptop ini juga, saya menghidupkan fungsi ScreenPad Plus tanpa mengecas bagi mengetahui selama mana jangka hayat bateri mampu bertahan.
Audio masih kuat walaupun pembesar suara di bawah laptop
Walaupun pembesar suara laptop ini berada di bahagian bawah, tetapi ia tidak menjejaskan kualiti bunyi yang dihasilkan kerana ASUS ZenBook Duo 14 masih mempunyai ruang apabila diletakkan pada permukaan rata. Audio yang dihasilkan juga sangat hebat dan kualiti suaranya begitu kuat serta jelas, terutama kesan stereo laptop.
Sistem penyejukan dan aliran pengudaraan yang menakjubkan
Di samping itu, ASUS ZenBook Duo 14 juga mempunyai sistem penyejukkan yang sangat mengagumkan! Sepanjang saya menggunakannya, ia tidak mengalami masalah kepanasan ketika melakukan benchmark dan bermain game. Malah, suhu laptop ini tidak pernah melebihi 70 darjah celsius kerana ia mempunyai ruang pengudaraan yang sangat banyak, terutama pada reka bentuk ErgoLift Hinge. Bahagian bawah laptop dan ruang ScreenPad Plus juga memberikan aliran udara tambahan bagi memberikan pengalaman yang sangat baik.
Aplikasi MyASUS
Laptop ini turut didatangkan dengan sistem MyASUS yang memberikan pengguna untuk melakukan pelbagai perkara seperti mengubah pelan pengecasan bateri dan membuat tetapan profil. Ia juga membolehkan anda menerima maklumat produk baru pada bila-bila masa, di mana sahaja dan memeriksa lokasi perkhidmatan yang terdekat. Anda juga boleh mengakses perkhidmatan seperti pertanyaan status pembaikan, hotline perkhidmatan pelanggan, dan arahan penggunaan produk apabila menggunakan MyASUS.
Prestasi laptop
ZenBook Duo 14 UX482E mempunyai CPU Intel Core i7-1165G7 dan GPU Intel Iris Xe Graphis. Walaupun bukan gabungan duo terbaik, tetapi ia masih menjadi laptop terbaik untuk anda melakukan pelbagai kerja penyuntingan dengan lancar. Setelah membuat benchmark di 3DMark Time Spy pada laptop, ia berjaya memperoleh skor 1,352 dan 4,277 di PCMark. Bagi saya skor ini sangat mengagumkan untuk melakukan tugas seperti penyuntingan dan rendering yang berat.
Saya turut mencuba prestasi laptop ini dengan bermain beberapa beberapa game seperti Scarlet Nexus, BioShock Infinite, CS:GO dan Risk of Rain 2. Saya telah menetapkan tetapan di tahap terendah semasa mencuba Scarlet Nexus, dan game ini mampu berjalan pada 30fps secara purata serta tidak mengalami masalah ketika bermain.
Di CS:GO pula, game ini mampu berjalan dengan baik walaupun menggunakan tetapan yang tinggi, dengan 34fps secara purata. Disebabkan kadang-kala game ini akan jatuh ke 25fps, jadi saya telah mengubah tetapan ke pengaturan terendah, dan hasilnya ia masih boleh dimainkan dengan sangat baik pada 60fps.
Penutup
Secara keseluruhannya, ZenBook Duo 14 UX482E amat sesuai untuk mereka yang bekerja dalam bidang penyuntingan dan sentiasa bergerak kerana ia mempunyai prestasi yang sangat hebat serta ringan. Laptop ini juga mampu memainkan beberapa game FPS kompetitif dan terkini walaupun ianya dioptimumkan untuk PC.
Selain dari prestasi cemerlang, laptop ini turut mempunyai hayat bateri yang memberikannya bertahan dalam masa jangka panjang. Jika anda seorang pereka yang sentiasa bergerak kemana-mana, pastinya memerlukan sebuah laptop dengan ketahanan bateri seperti Zenbook Duo 14 UX482E ini! Malah, sistem penyejukannya juga sangat sangat bagus, jadi anda tidak perlu risau jika membuat kerja terlalu lama atau melakukan render yang berat.
Dengan ScreenPad Plus di laptop ini, pastinya lebih mudah untuk anda mencurahkan segala kreativiti dan melakukan tugas penyuntingan dimana-mana sahaja. Malah, paparan utama yang sangat cantik ini memberikan pengguna untuk melihat rekaan mereka dengan lebih jelas dan menghasilkan karya terbaik.
Jadi untuk mendapatkannya anda boleh melayari laman web rasmi ASUS Malaysia, atau ke penjual sah komputer riba ASUS. ASUS ZenBook Flip S OLED boleh didapati pada harga RM5,199.00. Terima kasih ASUS Malaysia kerana memberi kami peluang untuk membuat review unit ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post