Kalau anda seseorang yang sedang mencari game seram untuk dimainkan, kami ada berita gembira kepada anda. Akan ada game seram terbaru akan dilancarkan 10 Jun ini bertajuk The Quarry. Ia akan tersedia di platform PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam. Kalau anda ingin tahu The Quarry merupakan game terbaru daripada Supermassive Games yang juga menghasilkan Until Dawn dan The Dark Pictures Anthology. Kami berpeluang untuk bermain game ini sebelum ia dilancarkan dan sudah tentu memberikan review mengenainya. Jadi, tanpa membuang masa, ini adalah review kami untuk The Quarry.
Gameplay yang mudah
Jika anda pernah bermain game Supermassive yang disebutkan di atas, anda akan biasa dengan mekanik game tanpa sebarang masalah. Kalau anda pemain baru pula, jangan risau kerana ianya sangat mudah untuk dimainkan kerana The Quarry merupakan game naratif interaktif. Jadi ia lebih fokus kepada penyampaian ceritanya.
Setiap pilihan yang anda lakukan akan memberi kesan terhadap penceritaan dan hubungan antara watak. Ada juga beberapa pilihan yang boleh memberikan impak besar kepada cerita dan akan ada penunjuk mangatakan anda telah memilih “path”. Terdapat juga beberapa masa di mana anda akan “interrupt”, tetapi ia tidaklah begitu penting. Malah jika anda “interrupt” kesudahannya mungkin buruk atau baik. Jadi, fikir elok-elok sebelum anda “interrupt”.
Anda juga akan berpeluang untuk meneroka Hackett’s Quarry, di mana anda akan berinteraksi dengan beberapa petunjuk dan bukti. Kedua-dua benda itu akan memberikan anda maklumat mengenai situasi serta sejarah yang berlaku di kuari itu. Bukti yang anda dapat juga boleh memberikan impak kepada jalan cerita. Selain itu, terdapat beberapa kad tarot yang anda akan jumpai sepanjang meneroka. Kad ini akan menunjukkan “masa depan” melalui bebola magic milik Eliza. Anda akan menjumpainya setiap kali habis act untuk menonton “masa depan” tersebut. Sama ada ia akan terjadi atau tidak, ia begantung kepada pilihan yang yang lakukan.
Mekanik Quick Time Event (QTE) juga hadir dalam The Quarry. Anda hanya perlu klik beberapa butang atau gerakkan thumbstick mengikut indikator yang ditunjukkan. Anda hanya perlu tumpukan perhatian kepada masa. Jika terlalu awal atau lambat, watak boleh tercedera ataupun ditangkap. Semasa anda dikejar, akan ada masa watak anda akan mengawal pernafasan mereka. Sekali lagi anda perlu fokus supaya tidak terlepas masanya.
Tentang pertempuran pula, anda hanya akan menggunakan senapang patah dan menembak sasaran anda. Tetapi bukanlah selalu anda akan menembak. Jadi, tidak perlu risau sangat. Kalau anda tidak pandai menembak, terdapat “aim assist” tersedia.
Kalau anda tidak mahu berseorangan semasa bermain The Quarry, ajaklah kawan ataupun keluarga anda untuk turut serta menggunakan mode couch co-op. Dengan menggunakan satu controller sahaja, semua boleh mengawal watak masing-masing. Di sinilah anda akan lihat jika, rakan anda akan berusaha untuk hidup bersama-sama atau tinggalkan anda keseorangan. Terdapat juga mode dalam talian tetapi ianya sebahagian daripada kemas kini post-launch. Sama seperti co-op local, anda sepatutnya boleh rasai pengalaman yang sama menggunakan mode ini.
Kalau anda ingin tahu lebih lanjut mengenai gameplay, kami ada bermain preview untuk The Quarry beberapa minggu yang lalu.
Penceritaan yang penuh misteri
The Quarry membawa anda ke Hackett’s Quarry, sebuah tempat di mana kanak-kanak akan meluangkan masa selama dua bulan sepanjang cuti musim panas. Anda akan diperkenalkan kepada kaunselor, watak-watak yang terpaksa tinggal di tempat itu selepas kenderaan pulang mereka rosak. Walaupun sudah dberi amaran untuk tinggalkan di dalam rumah sepanjang malam, sebagai remaja sudah tentu mereka tidak mengendahkan amaran tersebut. Malah mereka berparti di luar bersama unggun api besar. Sesuatu telah berlaku semasa mereka bermain game parti menyebabkan mereka berpecah belah. Di sinilah bermulanya tragedi yang tidak disangka.
Apabila salah seorang daripada mereka diserang oleh “haiwan” misteri, mereka kini dalam situasi bahaya. Tanpa pengetahuan mereka, sebenarnya musim memburu sudah pun bermula, dan pemburu sudah mulakan kegiatan mereka untuk memburu “haiwan” tersebut. Kini, nasib mereka terletak pada tangan anda untuk terus hidup dan menyelesaikan misteri yang menyelubungi Hackett’s Quarry dan sebab “haiwan” mula memburu mereka sepanjang malam.
Jika anda inginkan keseraman yang melibatkan hantu, malang sekali anda tidak akan mendapatnya dalam The Quarry. Bagi kami, ia lebih kepada cerita thriller serta beberapa masalah keluarga yang agak kacau bilau. Walaupun tidak banyak plot twist yang ada, tetapi penceritaannya masih menarik walaupun pembinaan ceritanya agak lambat.
Kalau anda ingin melihat penamat berlainan tetapi malas untuk memainkannya semula, bolehlah gunakan “movie mode”. Terdapat tiga pilihan yang anda boleh pilih untuk tonton iaitu “Everyone Lives”, “Everybody Dies” dan “Director’s Chair”. Salah satu benda yang unik mengenai “Director’s Chair”, anda boleh memilih perwatakan untuk setiap watak apabila mereka dalam situasi tertentu. Ianya sesuatu yang menarik untuk sebuah game naratif sebab anda boleh mengarah sendiri penceritaan The Quarry seperti filem anda tersendiri.
Visual grafik yang hebat
Visual untuk game ini memang hebat, dengan kesemua perincian pada tempat serta model watak. Kalau watak itu menangis, anda boleh lihat kesan air mata pada muka mereka. Segala kesan cakar atau luka pada mereka kelihatan sangat betul. Tetapi sudah tentu anda perlu bermainnya dengan tetapan grafik tinggi untuk melihat segala butiran ini. Tetapi walaupun pada tetapan yang rendah, perincian itu masih lagi ada tetapi sangat kecil dan susah untuk dilihat.
Disebabkan game ini lebih kepada naratif sinematik, kamera yang selalu mengikut watak akan sentiasa berubah sudut, sama seperti filem. Tetapi untuj kamera yang mengikut model watak, kalau anda bergerak dekat dengan kamera, memang susah untuk lihat benda lain pula, jadi perlu gerakkan watak jauh sedikit. Rasanya lebih bagus jika boleh nampak perspektif first person berbanding lihat kepala watak dengan dekat.
Kalau anda yang layan “movie mode”, anda cuma sediakan popcorn dan tonton sahaja The Quarry bersama-sama orang lain. Ia sememangnya seperti filem dan terdapat beberapa filter tersedia kalau anda pra-tempah game ini. Antara filter yang ada ialah Indie Horror, ‘80s Horror or Classic Horror. Ini sememangnya memberikan pengalaman sinematik yang lebih baik. Lebih menarik lagi filter ini juga boleh digunakan untuk game mode. Jadi kalau anda minat dengan filter hitam dan putih, gunakan sahaja filter Classic Horror. Movie mode juga ada tambahan yang dipanggil “Gorefest”. Saya cadangkan orang yang lemah atau senang terganggu dengan darah supaya jangan gunakan mode ini. Mungkin anda tidak akan tahan melihat darah memercik macam paip.
Kesimpulan
Sebagai peminat filem seram, penceritaan dan misteri yang diceritakan memang seronok walaupun agak cliche. Visualnya memang hebat seperti game terdahulu tetapi animasi sahaja yang nampak kekok sedikit. Gameplay serta mekanik The Quarry sangat mudah untuk dimainkan oleh semua orang jadi rasanya tidak akan ada masalah untuk sesiapa bermainnya. Kami sangat sukakan movie mode, kerana tidak perlu risau mengenai QTE dan layan sahaja filem The Quarry ini. Apapun, saya memang syorkan anda untuk cuba The Quarry ini, terutamanya kepada peminat genre seram ataupun pemain yang bermain game Suppermassive terdahulu.
Untuk membaca review lain daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
The Review
PROS
- Visual yang hebat dan persembahan hebat watak
- Filem seram yang seronok ditonton bersama
- Gameplay yang mudah untuk dimainkan
CONS
- Animasi yang kelihatan janggal
- Tidak sesuai untuk pemain yang takut/ lemah kepada darah
Discussion about this post