Selepas beberapa pengguna Malaysia mendapati diri mereka dikenakan cas tambahan untuk “upgrade PlayStation Plus” mereka, Sony respon bahawa ini adalah “isu teknikal” dan akan memberi “refund” kepada mereka yang tersilap. Walaupun cas ekstra PS Plus dibayar secara penuh, Sony menjanjikan tambahan refund RM50 untuk isu kesulitan lama tetapi nampaknya mereka tersilap memberi RM0.50 sen.
Melalui forum Lowyat.net, seorang pengguna berkongsi e-mel oleh PlayStation Malaysia yang berkata:
Malangnya, apabila anda menaik taraf pelan PlayStation Plus semasa tempoh pelancaran awal kami, anda telah dikenakan bayaran berlebihan disebabkan oleh isu teknikal pada pihak kami.
Kami kini telah menambahkan kredit PlayStation Store pada akaun anda untuk jumlah yang telah dikenakan caj berlebihan dan kami juga telah memberi anda tambahan RM 50.00 untuk menebus kesulitan tersebut. Anda sepatutnya dapat melihat dana dalam akaun PlayStation anda sekarang, dan boleh menggunakannya untuk apa sahaja yang anda suka di PlayStation Store.
Masalahnya adalah tambahan RM50 itu nampaknya tertukar kepada nilai RM0.50 menurut kata tiga pengguna berbeza. Buat masa ini, masing-masing masih menunggu respon rasmi daripada Sony dan tertanya sama ada jumlah yang betul adalah RM50 atau RM0.50 dan jika ini silap tulis di emel atau di bahagian pembahagian kredit.
Bukan itu sahaja, nampaknya beberapa pengguna lain di Hong Kong juga mengalami masalah “PS Plus refund” yang sama di mana HKD80 tertukar kepada HKD0.80.
Jika terdapat apa-apa perubahan, saya akan kemas kini artikel mengikut info sewajarnya. Buat sesiapa yang tidak tahu apa yang ditawarkan oleh PS Plus, korang boleh rujuk sini. Untuk mereka yang tidak tahu cara-cara upgrade, kami juga sediakan panduan mudah di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post