SpellForce merupakan satu francais turn-based strategy (TBS) dan role-playing game (RPG) yang dicipta oleh Phenomic dan telah mengeluarkan game pertamanya pada tahun 2003. Francais ini bermula dengan SpellForce: The Order of Dawn dan selepas 20 tahun mereka masih giat mengembangkan siri ini sehingga kini. Bersama-sama dengan THQ Nordic, mereka telah pun melancarkan SpellForce: Conquest of Eo di PC melalui Steam.
Jom tanpa melengahkan masa lagi, mari kita mulakan.
Kempen bermula
Semasa kempen bermula, anda perlu memilih Archetypes di mana mereka memberikan 4 pilihan iaitu Alchemist, Necromancer dan Artificer atau anda boleh bina satu mengikut playstyle yang anda minati. Saya akan terangkan perkara ini lebih lanjut di bawah.
Selepas selesai pilih Archetypes, anda akan diberi sebanyak 5 pilihan untuk “Starting point”. Setiap daripada tempat tersebut mempunyai “challenge, enemies, resources” dan “Accessibility” yang berlainan. Contohnya adalah Goldenfields. “Challange” di sini hanya berada di tahap mudah; Enemy pula adalah Goblins, Bandits dan Insects; Resource adalah “Cultivated Plant” dan “Sparse in Ore”; Accessibility adalah “Civilized Central Region”.
Contoh lain yang saya boleh berikan di sini ialah Misty Coast. Di sini, anda akan berhadapan dengan brutal sebagai challenge, Orcs dan Swamp Monster sebagai enemy, Corrupted Plants and Ore sebagai resource dan Remote Coastal Region sebagai Accessibility.
Disebabkan saya tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam game RTS RPG, saya pun memilih Goldenfields sebagai lokasi permulaan saya. Kini tiba masanya untuk memilih difficulty pula. Mereka menawarkan sebanyak 5 difficulty termasuk Story Mode, Explorer, Balanced, Hard dan Impossible. Dan setiap daripada mereka mempunyai “world progression, enemy aggressiveness, enemy strength, economy dan battle AI” yang sangat berbeza.
Selesai pilih difficulty, maka bermulalah kempen anda.
Walaupun saya memilih Greenfields dan Balanced, ia masih susah untuk memenangi pertarungan. Jadi terpaksa lebihkan sedikit masa untuk mengumpul tentera yang kuat.
Archetypes
Jadi secara asasnya ini adalah seperti Faction yang anda akan kawal dalam game. Mereka mempunyai 3 jenis Archetypes iaitu Alchemist, Necromancer dan Artificer. Setiap daripada mereka mempunyai gaya permainan yang unik dan lebih banyak lagi. Selain itu, jika anda tidak menyukai 3 Archetypes yang mereka tawarkan, anda boleh membina satu.
Mula-mula anda perlu memilih Craft anda (Alchemy, Necromancy dan Artificing). Kemudian, anda akan memilih Primary dan Secondary School yang membawa pelbagai jenis playstyle. Terdapat 6 sekolah Primary dan Secondary School yang anda perlu pilih iaitu Death, Earthmaster, Enchantment, Guardian, Mentalism dan Nature. Dan setiap daripada mereka mempunyai keunikan masing-masing. Anda boleh rujuk gambar yang saya berikan di bawah.
Gameplay
SpellForce: Conquest of Eo ialah game TBS RPG di mana ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi semasa bermain. Bukan itu sahaja, game ini juga menampilkan banyak teks yang perlu dibaca untuk memahami misi dan dapat melaksanakannya dengan mudah.
Pertama sekali, anda perlu memahami cara menggunakan Tower anda dan segala-galanya. Kedua, ialah bagaimana anda boleh mengekalkan sumber anda seperti Gold, Mana dan Research. Ketiga ialah perbezaan antara kuasa tentera anda dan kuasa musuh. Sebelum anda pergi berperang, sila pastikan anda menyemak kuasa tentera anda lebih daripada kuasa musuh. Jika tidak, perlawanan itu hanya sia-sia sahaja.
Jadi, ia adalah game turn-based dan anda perlu melawan semua Faction dan menakluk tanah Eo. Setiap pusingan, anda akan dapat menggerakkan tentera anda berdasarkan langkah yang ditetapkan. Anda juga perlu menyemak Research, Spell dan semuanya teratur. Jika anda lewat satu langkah, banyak misi yang akan datang.
Selesaikan satu misi, dua atau tiga misi akan datang kepada anda serta-merta. Tetapi anda boleh melangkaunya jika anda mahu.
Tumpuan di sini adalah untuk mendapatkan kawalan The Allfire. Tetapi tidak semua tentera boleh pergi ke sana dan Meld dengannya. Anda perlu menggunakan spell untuk memanggil Wisp dan Meld dengan Allfire. Apa yang anda lakukan di sini semuanya berdasarkan giliran dan Mana anda. Jika tidak mempunyai Mana yang cukup, anda akan menunggu lebih lama daripada biasa.
Terdapat banyak perkara yang berlaku semasa bermain SpellForce: Conquest of Eo. Jadi, saya akan terangkan satu per satu di bawah.
Tower
Bangunan ini adalah segala-galanya yang anda perlukan dan dilindungi dalam game ini kerana terdapat beberapa bahagian kawasan yang hanya boleh dibuka jika ia berada di dalam domain anda. Misi utama seperti menakluk The Allfire juga memerlukan anda untuk menggerakkan Tower ke kawasan yang berdekatan dengan Allfire supaya ia boleh diakses oleh Army.
Di dalam Tower, terdapat 15 slot untuk membina bilik dan setiap kali anda naik level, 3 slot bilik lain akan dibuka. Semua bilik mempunyai fungsi yang unik dan semuanya berbeza. Human Barracks adalah untuk anda melatih dan meningkatkan tenaga manusia, Troop Quarters adalah untuk melatih dan menempatkan Goblin. Ia juga boleh digunakan sebagai pertahanan tambahan.
Tower juga boleh naik level seperti army anda tetapi ia agak sukar untuk menaikkan level. Daripada apa yang saya faham, terdapat penggunaan Mastery sebagai “EXP” untuk meningkatkan menara anda. Tetapi setiap giliran anda akan mempunyai had Mastery yang boleh anda belanjakan.
Mastery
Mastery adalah seperti had untuk anda membelanjakan Mana. Jadi, jika anda mempunyai sebanyak 38 Mastery, dengan jumlah itu sahaja anda boleh membelanjakan Mana anda.
Grimoire
Ini juga penting. Bukan sekadar Spell untuk Tower dan army anda. Ia juga memerlukan anda menggunakan Research Point untuk lakukan penyelidikan di mana ia akan membuka Spell baharu. Terdapat banyak Spell yang boleh anda temui di sini. Lebih banyak anda progress di dalam game, lebih banyak perkara akan dibuka nanti.
Terdapat Tower Spellpage, Artifice Spellpage, Hero Page, Room Blueprint, Apprentice Spellpage, Earthmaster Spellpage dan banyak lagi. Sesetengah daripadanya Spell perlu melakukan penyelidikan dan ada juga yang menggunakan misi untuk menyelesaikannya.
Seperti Apprentice Spellpage, anda boleh memanggil Enchanted Wisp untuk Meld dengan The Allfire dan kosnya hanya 18 Mana. Dalam Room Blueprint, mereka menyediakan 10 bilik untuk dibuka. Setiap satu daripada mereka mempunyai misi berbeza dan telah pun tertulis pada halaman.
Semasa di Hero Page, misi yang mereka sediakan adalah berlainan daripada misi utama. Walaupun ianya berasingan, misinya tetap memerlukan army yang kuat untuk diselesaikan.
Allfire Flow
Segitiga ini juga merupakan perkara yang penting dan anda boleh melaraskan meter yang mana anda ingin fokus atau anda boleh mengimbanginya berdasarkan pilihan dan playstyle anda.
Room
Setiap bilik mempunyai fungsi yang berbeza dan ia lebih rumit daripada yang anda fikirkan. Anda memerlukan resipi yang baik untuk mendapatkan hasil yang baik dan berguna. Anda menggabungkan sekurang-kurangnya 2 warna akan mendapat hasil dan sebahagian daripadanya tidak mempunyai hasil langsung.
Saya rasa resipi yang saya mahir ada di dalam Artificing room. Jika anda menggabungkan semua perkara di sini, anda masih boleh mendapatkan hasil yang berguna.
Material
Semua bahan disertakan dengan Thresholds iaitu titik di kiri atas. Mereka mempunyai 4 warna, oren untuk elemental, ungu untuk Death, hijau untuk Life dan biru untuk Arcane. Jika anda mempunyai lebih banyak bahan daripada yang anda perlukan, anda juga boleh menjualnya.
Hiring
Ia mudah tetapi rumit. Anda perlu mengalihkan menara anda untuk mengawal beberapa kawasan yang mempunyai unit hiring. Anda boleh mengupah Goblin, Thieves, Worker dan Army yang lebih berkuasa.
Apprentice
Selepas anda menyelesaikan misi pertama iaitu “Meld with The Allfire”, anda akan mendapat Apprentice dengan 3 army dalam stacknya. Di samping Tower anda yang boleh mengawal kawasan itu, Apprentice juga boleh mengawal beberapa kawasan dengan membina pangkalan mereka sendiri.
Anda juga boleh mengupah mereka dengan pergi ke The Unspoken School of Decay. Saya rasa setiap satu daripada sekolah akan memberi anda akses kepada Apprentice. Jadi, anda boleh mengupah mereka secara percuma dan setiap seorang daripada mereka mempunyai skill dan serangan yang unik.
Jangan risau, jika mereka mati, ia akan hidup semula selepas dua atau tiga giliran. Bagi saya, saya lebih suka Apprentice daripada Heroes. Kerana Apprentice boleh membina pangkalan mereka sendiri dan membantu mengekalkan semua emas, mana dan Resource tetapi Heroes tidak boleh melakukan apa yang Apprentice lakukan.
Hero
Mereka akan datang jika mereka memerlukan bantuan anda. Tetapi daripada membantu saya merasakan ia adalah satu lagi beban untuk melakukan semua misi mereka dan bukannya misi utama. Saya tahu beberapa daripada mereka patut dilakukan tetapi anda masih perlu melawan musuh yang kuat untuk menyelesaikan misinya.
Army
Terdapat banyak pilihan yang boleh anda pilih seperti Goblins, Thieves atau askar yang lebih baik. Setiap satu daripada mereka mempunyai keistimewaan yang berbeza tetapi mudah untuk mengatakan mereka semua sama. Bezanya cuma jarak dekat dan serangan jarak jauh. Saya rasa untuk serangan jarak jauh lebih unik kerana mereka mempunyai alchemist, bow, magic dan sebagainya.
Faction
Ini adalah satu lagi perkara yang boleh anda perhatikan sebelum memasuki kawasan tertentu. Saya tahu anda mempunyai kemahiran untuk mengembara di beberapa tempat lain. Tetapi sila ingat jangan memasuki kawasan mereka yang mempunyai base warna yang berbeza. Terdapat banyak kawasan yang anda tidak perlu masuk tetapi jika anda hanya mahu lalu, saya rasa semuanya ok.
Ini kerana anda perlu menjaga reputasi anda dengan Faction lain supaya mereka tidak mengumumkan sebarang peperangan bersama anda.
Pertarungan
Saya rasa bahagian ini agak mudah untuk difahami kerana anda hanya menggerakkan tentera anda dan menyerang musuh. Tetapi strategi yang berbeza mempunyai hasil yang berbeza. Selain itu, jika anda tidak mahu memasuki medan perang, mereka mempunyai autoresolve untuk anda. Ia adalah pertempuran yang sangat pantas dan anda akan terus mendapat hasilnya.
Tetapi sebelum anda memulakan sebarang pertempuran, mereka akan memberikan ramalan terlebih dahulu sama ada akan menang ataupun kalah. Seperti yang saya katakan, strategi yang berbeza akan mempunyai hasil yang berbeza. Jadi daripada menggunakan autoresolve dan kalah dalam pertempuran, anda boleh memulakan pertempuran dan menggerakkan tentera anda secara manual dan memenangi pertempuran.
Dalam medan perang SpellForce: Conquest of Eo, anda akan mempunyai stack yang boleh anda kawal dan setiap daripada mereka mempunyai langkah dan jarak yang berbeza yang mereka boleh pergi. Bagi tentera jarak jauh, mereka akan mempunyai sedikit kelemahan jika musuh berada jauh. Damage boleh berkurangan dan tidak membantu tentera lain untuk membunuh musuh. Jadi, anda memerlukan strategi yang baik untuk memenangi pertempuran.
Visual
Untuk visual, saya meletakkan semuanya tinggi walaupun mereka mengatakan mereka mempunyai masalah dengannya. Tetapi apabila saya mencubanya, saya tidak menjumpai sebarang masalah. Pada pendapat saya, Visual yang mereka tawarkan sangat baik. Jika anda zoom in masuk ke peta dan tentera, anda akan melihat semua butiran grafik dengan lebih terperinci.
Memandangkan saya bermula di Greenfield, persekitarannya cukup cantik dan aman damai. Terdapat juga beberapa “particle system” yang mereka gunakan pada kawasan-kawasan tertentu. Tetapi, jika anda mengembara ke Faction lain, mereka akan mempunyai unsur gelap dan agak menakutkan untuk ke sana. Risau akan memulakan perang bersama Faction lain sebelum menyelesaikan misi utama.
Semasa anda menerima sebarang misi, anda akan mendapat pop timbul pada skrin. Banner pop timbul sangat ringkas tetapi seni yang mereka gunakan adalah cantik. Selain seni, anda akan maklumat yang terperinci mengenai misi dan pilihan jawapan untuk menerima atau mengabaikannya.
Mission Tracker
Saya rasa kebanyakan game mempunyai Mission Tracker. Tetapi SpellForce: Conquest of Eo tidak memilikinya. Daripada pergi ke Mission Tracker dan menjejaki semua misi, mereka hanya meletakkan semuanya pada persekitaran. Jadi, jika anda melihat semua tajuk misi di sekeliling anda, ya itu adalah misi yang perlu diselesaikan.
Ya, saya tahu ia adalah adventure dan anda perlu berjalan dan menunggu giliran untuk bergerak. Tetapi bagi saya, ia adalah bonus besar untuk mempunyai Mission Tracker. Kebanyakan masa, saya sering lupa nak buat misi yang mana sehingga saya sesat dan tidak tahu nak buat apa. Perbezaan antara misi utama dan misi sampingan hanyalah logo di sebelah tajuk. Jika anda melihat “Crown” dalam tajuk, itu adalah misi utama. Jika tidak, ia adalah misi sampingan.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, ia adalah permainan Turn-Based Strategy (TBS) Role-Playing Game yang cukup baik walaupun terdapat pelbagai perkara yang perlu dilakukan dalam satu masa tetapi ianya sangat mudah untuk difahami. Semua visualnya bagus dan saya tidak menghadapi masalah dengannya. Saya fikir jika mereka menambah Mission Tracker dalam game, beginner seperti saya juga boleh membuat perancangan yang lebih elok dan mudah untuk menakluki Eo.
Jika anda suka game strategi dan turn-based, saya rasa anda akan menyukai game ini dan mudah untuk merancang strategi anda. Dan jika anda seorang beginner atau baru sahaja hendak mencuba game strategi, pastikan anda tidak tergesa-gesa apa yang anda rancang dan takluki Eo perlahan-lahan.
SpellForce: Conquest of Eo telah pun dilancarkan dan hanya tersedia di PC melalui Steam. Dapatkan review lain mengenai game, filem dan teknologi daripada kami DI SINI.
@gamersantaimy
The Review
SpellForce: Conquest of Eo
PROS
- Gameplay yang mudah difahami
- Mekanik Apprentice yang menarik
CONS
- Mekanik yang susah
- Tiada Mission Tracker
Discussion about this post