gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Artikel

Review Razer Kraken V3 HyperSense – Rasakan gameplay yang lebih “immersive”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 23, 2021
in Artikel, Berita, Headset, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
Review Razer Kraken V3 HyperSense – Rasakan gameplay yang lebih “immersive”
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak keluaran headset Kraken pertama, ia dengan cepat menjadi kegemaran kepada ramai gamer. Tidak menghentikan usaha di situ, Razer telah update sir Kraken sekali lagi yang kini menampilkan beberapa ciri untuk meningkatkan tahap keasyikan game kita ke tahap baharu. Menampilkan teknologi HyperSense, Razer telah menggabungkannya ke dalam headset terkini dalam barisan Kraken dan tanpa melengahkan masa lagi, inilah review saya untuk headset gaming Razer Kraken V3 HyperSense.

Reka bentuk

Seperti barisan Kraken V3 lain, varian HyperSense telah menerima reka bentuk yang dikemas kini dan kini lebih bergaya dengan kemasan matte dan satin berwarna hitam. Headset ini terasa agak kukuh dan sepatutnya boleh bertahan lama. Bahan ini juga tidak meninggalkan cap jari (melainkan kalau anda betul-betul berpeluh) untuk memastikan penampilan keseluruhan sentiasa nampak bersih. Earcup berbentuk besar dan akan menutup keseluruhan telinga kita. Dipasarkan untuk kategori gamer, logo Razer iaitu ular berkepala tiga boleh menyala, manakala LED serba baharu di sekeliling menawarkan sistem customization lebih canggih yang saya akan jelaskan kemudian di bawah.

Razer memberi banyak perhatian kepada pembinaan kusyen telinga dan menurut kata syarikat, mereka banyak menumpukan kepada kelembutan, pelesapan haba, bentuk telinga, pengasingan bunyi, dan pemindahan haptik. Semasa sesi gaming saya yang panjang, kusyen telinga kekal selesa tanpa menimbulkan apa-apa kesakitan. Ini mungkin kerana kusyen telinga dibuat menggunakan fabrik yang membenarkan aliran udara lebih besar. Dengan saiz sebesar 62mm x 42mm, ia menyediakan ruang yang cukup untuk memuatkan telinga yang besar tanpa memberi tekanan tambahan. Mengasingkan bunyi luar semasa bermain amat penting untuk beberapa game, jadi kusyen ini melakukan tugasnya dengan bagus.

Keseluruhan headband diperbuat daripada besi dan dibalut dengan kusyen kulit untuk lebih tahan lama. Satu lagi perubahan ketara adalah Razer memilih untuk menukar bentuk headband ke dari bulatan penuh kepada bulatan separuh untuk memudahkan ia muat ke bentuk kepala kita dengan lebih selesa berbanding model sebelum. Selain itu, terdapat beberapa laras di headband supaya kita dapat adjust saiz dengan hanya beberapa sentuhan. Ini adalah ciri yang bagus kerana saya boleh membetulkan headset dengan cepat tanpa perlu melihat secara langsung.

Butang kawalan boleh ditemui di bahagian bawah earcup untuk akses mudah. Ini pun adalah ciri yang sangat dialu-alukan kerana saya salah seorang yang sentiasa keliru apabila cuba menukar kawalan di wayar yang berbelit.

Akhir sekali, kita ada mikrofon berkualiti tinggi. Boleh ditanggalkan sepenuhnya, mikrofon ini mempunyai “pop filter” menapis bunyi pop semasa kita bercakap. Pendek cerita, mikrofon memang jelas dan mudah diposisikan. Saya menguji di Discord dan kawan-kawan semua dapat mengesahkan bahawa apa yang saya cakap boleh didengar dengan jelas dan kuat.

Pengalaman audio

Menggunakan driver TriForce Titanium 50mm, headset ini memberikan bunyi audio yang sangat baik tanpa apa-apa konfigurasi tambahan. Selalunya, di sinilah kita boleh mengetahui sama ada headset gaming itu akan memberi pengalaman audio yang hebat atau biasa-biasa saja. V3 HyperSense tidak gagal daripada aspek itu.

Untuk menguji Razer Kraken V3 Hypersense, saya bermula dengan bermain GS:GO. Tahap saya boleh kesan apa yang berlaku di persekitaran sekeliling termasuk tapak kaki, bunyi tembakan dan elemen-elemen lain selalunya adalah tepat dan mudah untuk dibezakan. Ini membolehkan telinga saya menerima maklumat lebih terperinci dan meningkatkan tahap kesedaran saya. Bukan untuk berlagak, tetapi saya mendapati diri menjadi lebih reaktif dan lebih pantas kerana boleh menjangka di mana musuh berada sebelum dapat melihat mereka secara visual. Tahap keasyikan ini menjadikan sesi gaming lebih menyeronokkan dan secara tidak langsung, menghebatkan lagi gameplay kita.

Gaming pun bukan satu-satunya aspek yang headset ini cemerlang. Mendengar pelbagai lagu di Spotify atau Youtube juga merupakan pengalaman yang seronok. Bahagian mid-range sangat jelas, untuk membolehkan vokal dan instrumen tampil dalam cara yang realistik dan terperinci manakala bass juga sangat bagus dan tidak terlalu mengegarkan telinga.

Kelebihan HyperSense

Apabila dengar ia ada maklum balas haptik, perkara pertama yang terlintas di otak adalah “adakah ia sama seperti di DualSense PS5?”. Razer sebenarnya mula memperkenalkan teknologi HyperSense di headset Nari Ultimate. Dua tahun kemudian, mereka menghasilkan teknologi versi haptik yang lebih pintar.

Dibangunkan oleh Lofelt, HyperSense akan menukar isyarat bunyi kepada maklum balas sentuhan secara masa nyata dan menghantar isyarat haptik tersebut melalui earcup untuk menyampaikan pengalaman gaming yang “immersive”. Ini bermakna bunyi di sekeliling kita semasa bermain akan diterjemahkan kepada sensasi sentuhan sebenar. Ini dilakukan dengan mengambil bentuk dan frekuensi audio lalu mengubahnya menjadi getaran yang “seakan-akan hidup.” Fikirkan haptik pintar Nintendo Switch tetapi dibawa ke tahap seterusnya dan diperhalusi untuk audio yang mengasyikkan. Buat masa ini ada tiga tetapan intensiti berbeza iaitu Low/Medium/High yang menentukan betapa sensitif getaran.

Secara ringkas, kejadian seperti bom yang meletup berhampiran kita akan menghasilkan kesan getaran yang realistik. Umpama gamepad seperti DualSense atau Xbox, mungkn ada yang risau akan sakit kepala tetapi dengan yakin saya boleh kata ia selamat untuk kebanyakan individu. Berbeza dari “motor” yang menghasilkan getaran kuat, sebaliknya ia bertindak balas seperti subwoofer, dengan memberi dentuman yang mendalam. Maklum balas ini juga mengikut arah ia berlaku, jadi anda boleh merasakan arah letupan dan tembakan berdekatan, malah mengesankannya dalam permainan.

Memandangkan tiada driver diperlukan dan ia menggunakan audio sedia ada, kita hanya perlu pasang headset dan ciri ini boleh terus berfungsi. Ia juga amat seronok apabila menonton video/movie dan mendengar lagu di mana getaran akan bertambah lebih intensif apabila sampai adegan klimaks atau apabila lagu masuk ke bahagian korus. Namun, ia tidak 100% sempurna. Kadang-kadang, saya terpaksa menutup ciri ini kerana ia boleh mengesan audio daripada suara sahaja semasa adegan bercakap.

Bersama HyperSense, kita ada kelebihan teknologi audio THX Spatial yang menambah baik tahap kedalaman dan lantunan audio dalam game dan filem selepas membuat beberapa perubahan tetapan. Contohnya, THX Environment Mode akan menyesuaikan audio untuk persekitaran gaming yang realistik manakala THX Competitive Mode akan meningkatkan audio musuh sambil mengurangkan frekuensi bunyi lain seperti letupan. Ini membolehkan kita mengesan tapak kaki atau apabila musuh mengisi peluru dengan lebih mudah. Ternyata, ini adalah senjata rahsia untuk mana-mana gamer FPS. 

Razer Synapse

Walaupun maklum balas haptik boleh berfungsi tanpa aplikasi Synapse, ia masih adalah pilihan yang bijak untuk memuat turun perisian ini supaya setiap efek boleh diubah suai mengikut cita rasa kita. Synapse akan menonjolkan potensi penuh headset ini dengan membenarkan kita membuat perubahan pada tahap intensiti haptik, kelantangan bunyi, mixer, pelarasan mikrofon dan juga pencahayaan.  Efek RGB juga boleh sync dengan peranti Razer lain supaya semua efek boleh diseragamkan.

Pendapat

Dengan nilai harga RM599 di Shopee dan RM699 di laman web rasmi (saya pun tak faham kenapa harga berlainan), Razer Kraken V3 HyperSense mungkin agak mahal untuk rata-rata gamer biasa. Tetapi memandangkan Nari Ultimate sekarang pun bernilai RM824.25 walaupun sedang diskaun, harga V3 HyperSense sebenarnya lebih murah dari yang disangkakan. Saya faham maklum balas haptik mungkin tidak sesuai untuk semua orang, tetapi untuk mereka yang berani cuba, saya yakin tahap “immersion” anda akan bertambah. Jika anda salah seorang yang sedang mencari teknologi paling maju dengan bunyi yang sangat bagus untuk sebuah headset maka Razer Kraken V3 HyperSense adalah pilihan yang paling bijak.

Untuk maklumat lanjut tentang peranti ini, sila lawat laman web rasmi di SINI.

Spesifikasi

Frequency Response20 Hz – 20 kHz
Impedance32 Ω (1 kHz)
Sensitivity96dBSPL/ [email protected] by HATS
Driver Size-Diameters (mm)50 mm
Driver TypeRazer™ TriForce Titanium
EarcupsOval Ear Cushions
Inner Earcup Diameter62 mm x 42 mm
Earpads MaterialHeat-Transfer Fabric / Leatherette / Memory Foam
Noise CancellingPassive noise cancellation
Connection TypeUSB-A
Cable Length2.0 m
Weight344 g
Microphone StyleDetachable HyperClear Cardioid
Pick-up PatternUnidirectional
Microphone Frequency Response100 Hz – 10 kHz
Microphone Sensitivity (@1kHz)-42 ± 3 dB
Virtual Surround EncodingTHX Spatial Audio
Volume ControlVolume up and down
Other ControlsMic mute on / off toggle, Haptics Adjuster – Off, Low, Medium (Default), High
LightingRazer Chroma RGB
CompatibilityPC, PlayStation, Nintendo Switch (docked mode)
Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: HeadsetrazerRazer Kraken V3 Hypersensereview
Previous Post

Huawei P50 Pocket diumumkan! Skrin boleh lipat dengan paparan 6.9″120Hz !

Next Post

Neon Luna – Animasi tempatan terbaru berkonsepkan Cyberpunk! Memang Gempaklah!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The International 11 Dota 2 akan berlangsung di Singapura pada Oktober, yang pertama di SEA
Berita

The International 11 Dota 2 akan berlangsung di Singapura pada Oktober, yang pertama di SEA

May 23, 2022
[Review] SUPER ROBOT WARS 30 Expansion Pack – Wajib beli untuk peminat Getter
Preview

[Review] SUPER ROBOT WARS 30 Expansion Pack – Wajib beli untuk peminat Getter

May 21, 2022
Genshin Impact 2.7 – Hidden Dreams In The Depth akan lancar pada 31 Mei!
Berita

Genshin Impact 2.7 – Hidden Dreams In The Depth akan lancar pada 31 Mei!

May 21, 2022
Next Post
Neon Luna – Animasi tempatan terbaru berkonsepkan Cyberpunk! Memang Gempaklah!

Neon Luna - Animasi tempatan terbaru berkonsepkan Cyberpunk! Memang Gempaklah!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

LIMA Anime yang dibatalkan tanpa kesimpulan sebenar! – PART 3

LIMA Anime yang dibatalkan tanpa kesimpulan sebenar! – PART 3

by Maira
May 20, 2022
0

Kali ini, kami kembali sekali lagi dengan beberapa lagi tajuk anime yang ditamatkan sebelum mencapai penamatnya yang sebenar. Sering kali,...

MSI kolab dengan EVANGELION e: PROJECT untuk bina PC gaming anime terbaik

MSI kolab dengan EVANGELION e: PROJECT untuk bina PC gaming anime terbaik

by Razin Syafiq
May 20, 2022
0

Syarikat teknologi terkenal MSI, telah bekerjasama dengan jenama esports EVANGELION e: PROJECT (EVA e:PROJECT) untuk memberi peluang kepada para gamer...

Koleksi UT UNIQLO, SPY x FAMILY akan tersedia di Malaysia bermula 27 Jun!

Koleksi UT UNIQLO, SPY x FAMILY akan tersedia di Malaysia bermula 27 Jun!

by Maira
May 20, 2022
0

UNIQLO telah mengumumkan koleksi UT terbaru mereka dengan kolaborasi siri anime popular, SPY x FAMILY. Koleksi ini akan menampilkan empat...

Watak anime popular yang dulu BAIK tetapi bertukar JAHAT

Watak anime popular yang dulu BAIK tetapi bertukar JAHAT

by safwan
May 19, 2022
0

Dalam sesetengah kes, watak bermula sebagai orang yang benar-benar baik, tetapi keadaan memaksa mereka ke dalam kehidupan yang jahat. Ada...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In