Negara kita ada banyak animasi-asnimasi hebat seperti Upin Ipin, Awang kenit, Boboiboy, Mechamato yang juga merupakan animasi terbaru Monsta, Ejen Ali dan banyak lagi! Ramai juga studio kecil yang membuat animasi tersendiri, dan kali ini saya terjumpa satu animasi yang boleh dikatakan gempak. Tajuk animasi tersebut ialah Neon Luna yang dihasilkan oleh Mirayi Animation Studio. Projek animasi tersebut telah disokong oleh MDEC. Anda nak tahu kenapa saya cakap animasi ini gempak, anda boleh lihat video teaser dibawah:
Gempak kan! Berikut adalah sinopsis untuk animasi Neon Luna:
Seorang gadis remaja dan makhluk asing techno-tronic telah jatuh ke sebuah bandar asteroid futuristik yang berada di ambang kemusnahan. Dengan nasib mereka yang saling berkait, mereka mesti memburu harta untuk membuka rahsia masa lalu dan masa depan mereka.
Nampaknya kita akan disajikan dengan sebuah animasi fantasi futuristik. Anda boleh lihat betapa hebatnya dunia futuristik itu dibina. Dengan bandar yang menggunakan konsep cyberpunk beserta warna neon yang digunakan dalam Neon Luna ini. Muzik dia juga memang padan dengan teaser tersebut dan seolah-olah muzik Arcane, yang merupakan animasi League of Legends yang ditayngkan di Netflix.
Animasi ini akan mempunyai 26 episod dan sasaran penontonnya pula 11 tahun keatas. Kita boleh lihat banyak aksi yang akan dapat ditonton selepas ini. Trailer rasmi Neon Luna akan dilepaskan di saluran youtube mereka pada 26 Disember ini. Tidak sabar untuk melihat apa yang akan ditayangkan dalam trailer tersebut.
Jika anda tertarik dengan animasi ini, anda boleh ikuti laman rasmi Mirayi Sdn Bhd seperti berikut:
Untuk liputan lain dari kami mengenai animasi, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post