Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Garmin Instinct 2 & 2S Solar One Piece – Jam pintar khas untuk peminat Luffy!

safwan by safwan
July 29, 2022
in Aksesori, Anime, Artikel, Berita, Manga, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
[Review] Garmin Instinct 2 & 2S Solar One Piece – Jam pintar khas untuk peminat Luffy!
Share on FacebookShare on Twitter

Bukan selalu kita nampak jenama-jenama seperti Garmin membuat kolaborasi dengan anime. Ini adalah kali pertama mereka membuat kolaborasi bersama anime terkenal iaitu One Piece. Dengan kolaborasi ini, mereka telah menampilkan 3 reka bentuk yang berdasarkan watak utama dalam anime itu seperti Luffy, Zoro dan Chopper.

Kami diberi peluang untuk mencuba ketiga-tiga jam tersebut dan ini adalah hasil review daripada kami. Sebelum pergi lebih dalam, kami ingin memberitahu anda bahawa terdapat 2 model yang digunakan oleh Garmin iaitu Instinct 2 Solar dan Instinct 2S Solar.

Mari kita mula dengan apa yang ada dalam kotak. Mereka akan menyediakan wayar pengecas, manual, pelekat jenama Garmin, stand jam versi Q bersama watak eksklusif, pelekat watak eksklusif dan Instinct 2 Solar atau Instinct 2S Solar. Tanpa melengahkan masa lagi, jom baca review Garmin x One Piece daripada kami.

Reka Bentuk Anime

Luffy (Instinct 2 Solar)

Garmin mengenakan warna merah dan kuning bersama logo Straw Hat Pirates pada reka bentuk jam Instinct 2 Solar. Bulatan yang berwarna kuning menunjukkan tali pinggang yang dipakai oleh Luffy. Manakala butang pada bahagian tepi kiri dan kanan didatangkan dengan warna merah yang mewakili warna baju Luffy.

Selain daripada warna pada badan jam, band yang didatangkan pada jam ini berwarna merah dan mempunyai logo Straw Har Pirate padanya.

Zoro (Instinct 2 Solar)

Untuk Zoro pula, mereka menggunakan warna skema yang menggabungkan warna rambut dan pakaian Zoro. Strap yang didatangkan padanya mempunyai reka bentuk yang unik dengan menampilkan skill Zoro semasa dia bertarung. Band yang didatangkan untuk Zoro tidak mempunyai sebarang reka bentuk dan hanya berwarna hijau.

Chopper (Instinct 2S Solar)

Manakala untuk Chopper, saiz jamnya agak kecil sedikit dan memang sesuai digunakan untuk yang bertangan kecil atau perempuan dan kanak-kanak. Warna utama yang didatangkan untuk Chopper adalah merah jambu dan strap yang ada pada jamnya juga mempunyai daun-daun sakura berguguran. Butang pada jam tersebut didatangkan dengan warna biru untuk mewakili topi yang dipakai oleh Chopper.

Kita dah sentuh pada reka bentuk setiap satu daripada jam tangan pintar. Mari kita pergi lebih mendalam tentang reka bentuk jam. Badan utama jam diperbuat daripada bahan polimer fiber-reinforced untuk menahan impak daripada jatuh atau sebagainya. Jika itu masih tidak cukup untuk memuaskan anda, cermin pada bahagian hadapan pula datang dengan Gorilla Glass yang memang tahan lasak.

Dengan dua ciri tersebut, sudah pasti ia sangat sesuai untuk digunakan semasa sukan atau penggunaan harian yang lasak. Di belakang jam tersebut dilengkapi dengan sensor optical heart rate gen 4 dan port pengecas. Tambah pula dengan berat jam yang sangat ringan iaitu hanya 53g.

Jam ini mempunyai strap yang berkualiti tinggi yang dibuat dengan bahan silikon “skin-friendly.” Strap yang didatangkan juga mempunyai banyak lubang untuk digunakan oleh pengguna yang bertangan kecil sehingga ke tangan besar. Jadi, anda akan memakainya dengan sangat selesa dan tidak menyebabkan gatal atau sebagainya.

Pada jam biasa, kita selalu nampak yang ia mempunyai 4 button tetapi berbeza pula dengan Garmin Instinct 2 Solar dan Instinct 2S Solar. Ia datang dengan 5 button di mana 3 button pada sebelah kiri dan 2 button di sebelah kanan.

Walaupun banyak button untuk ditekan, jarak antara button adalah besar cukup untuk anda tidak tersalah tekan. Reka bentuk button pun nampak lebih istimewa dengan rekaan non-slip. Dengan rekaan seperti ini, anda boleh tekan button semasa tangan basah mahupun memakai sarung tangan.

Mode yang pelbagai

Tujuan utama jam tangan Garmin adalah untuk kegunaan sukan. Jadi, ia dilengkapi dengan lebih daripada 30 mode sukan termasuk jogging, hiking, walking dan banyak lagi sukan luar. Anda jangan risau, ia juga dilengkapi dengan mode sukan dalam termasuk fitness dan yoga.

Bukan setakat itu sahaja, ia juga mempunyai ciri-ciri fungsi kesihatan di mana jam pintar ini menyediakan “heart rate, steps, climbing, calory, stress index dan banyak lagi. Anda pun boleh tahu umur badan dan skor tidur.

Yang lebih menarik mengenai Instinct 2 Solar dan Instinct 2S Solar adalah ia boleh mengesan persekitaran luar di mana ia akan memaparkan masa matahari terbit dan terbenam. Lagi-lagi dengan ABC sensor yang melengkapi tiga bahagian iaitu Altimeter, Barometer dan Compass. Ia juga dilengkapi dengan GPS tetapi ia memerlukan rangkaian satelit.

Bateri

Disebabkan skrin yang didatangkan hanya menggunakan warna monochrome dan fizikal button, bateri dapat bertahan dengan lebih lama. Tambah pula dengan pengecas solar, sudah pasti ia akan meningkatkan lagi hayat bateri. Saya ada cuba biarkan di bawah matahari untuk beberapa minit dan hasil yang saya dapat sangat memberangsangkan.

Walaupun tidak mempunyai banyak cahaya dan bateri yang tinggal hanya 15%, ia masih dapat digunakan untuk beberapa hari. Jika menggunakan pengecas yang disediakan, ia akan mengambil masa selama 3 jam daripada 0% kepada 100%.

Sambungan telefon

Jika menyambungkan jam ini dengan aplikasi pada phone, anda boleh jejak langkah, kalori, heart rate harian dan banyak lagi. Selain mendapatkan kemas kini harian, anda juga boleh dapat notifikasi yang masuk ke phone tetapi ia akan banyak gunakan bateri.

Untuk mengekalkan pembayaran tanpa sentuh, anda boleh sambungkan kad yang mempunyai sokongan Mastercard atau Visa Card pada jam bagi membolehkan ciri-ciri ini digunakan. Selepas ini, memang mudahlah kalau nak bayar dekat kaunter pembayaran nanti.

Kesimpulan

Kolaborasi antara Garmin bersama One Piece merupakan kolaborasi pertama mereka dengan anime popular. Dengan reka bentuk yang tidak nampak seperti kanak-kanak, sudah pasti ianya boleh digunakan oleh orang dewasa terutama sekali peminat One Piece.

Setiap fungsi dan mode yang disediakan pada Garmin Instinct 2 Solar dan Instinct 2S Solar sangat sesuai digunakan semasa sukan luar dan juga dalam. Ia juga dapat mengesan kesihatan pengguna dengan mengira heart rate, kalori dan banyak lagi.

Tambah pula dengan kapasiti bateri yang besar dan menyediakan fungsi solar, saya yakin ianya dapat bertahan dalam jangka masa yang lama. Kalau tidak cas dengan menggunakan elektrik, ia juga boleh cas di bawah sinaran matahari. Jadi, anda tidak perlu risau dengan ketiadaan elektrik.

Secara keseluruhan, ia adalah jam pintar yang sangat bagus dengan lengkap pelbagai fungsi dan mode yang sangat susuai digunakan semasa sukan. Tambah pula dengan gabungan reka bentuk watak One Piece yang terhad, sudah pasti ramai yang berminat untuk mendapatkannya. Garmin Instinct 2 Solar dan Instinct 2S Solar One Piece boleh didapatkan pada harga RM2,299.00 di Shopee rasmi Garmin. Untuk spesifikasi penuh jam, anda boleh klik di sini.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak review menarik mengenai teknologi, game, anime dan banyak lagi daripada kami.

Tags: ChopperGarmin Instinct 2 SolarGarmin Instinct 2S SolarGarmin x One PieceluffyZoro
Previous Post

[Preview Demo] SD Gundam Battle Alliance – Pengalaman memandu bersama Gundam chibi

Next Post

Indonesia “banned” Steam, Epic Games & banyak lagi!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Indonesia “banned” Steam, Epic Games & banyak lagi!

Indonesia "banned" Steam, Epic Games & banyak lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd