Bila pagi-pagi bangun ingat nak terus main game, sekali Steam dan Epic Games tidak boleh dibuka kerana di “banned.” Itulah yang sedang dialami oleh rakyat Indonesia hari ini. Bukan setakat itu sahaja, banyak lagi laman web yang telah turut sama di “banned” oleh kerajaan Indonesia.

Menurut GamerWK, Kementerian Komunikasi dan Informatika Republik Indonesia atau lebih dikenali sebagai Kominfo, mereka telah mengeluarkan satu peraturan baru mengenai Penyelenggara Sistem Elektronik Swasta (PSE). Peraturan baharu tersebut mengatakan yang syarikat teknologi luar dan dalam negara perlu mendaftarkan nama syarikat mereka di bawah kerajaan Indonesia sebelum menjalankan perniagaan mahupun menawarkan perkhidmatan.

Sebelum laman web di “banned”, Kominfo telah memberi peringatan kepada mereka supaya mendaftarkan syarikat di bawah kerajaan Indonesia. Namun, peringatan tersebut nampaknya langsung tidak diambil perhatian sekali gus mencipta kontroversi hari ini.
Pengguna-pengguna di Indonesia mencari jalan bagaimana untuk melepasi “banned” tersebut. Di antara mereka telah menjumpai jalan penyelesaian di mana, rakyat Indonesia terpaksa menggunakan VPN atau menukar DNS bagi mengakses Steam, Epic Games, PayPal dan banyak lagi.

Untuk para gamer Indonesia yang menggunakan Battle.net, anda bernasib baik kerana syarikat telah mendaftarkan perniagaan dan perkhidmatannya semalam. Oleh itu, pengguna Battle.net boleh mengakses secara normal tanpa menggunakan VPN atau menukar DNS. Untuk mendapatkan senarai penuh syarikat yang telah berdaftar atau masih di “banned”, anda boleh rujuk di laman web rasmi Kominfo.

Jadi, apa pendapat korang tentang tindakan kerajaan Indonesia yang “banned” perkhidmatan dan perniagaan tidak berdaftar seperti Steam dan Epic Games? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post