Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Balan Wonderworld: Konsep memukau mata tapi dibebani mekanik leceh!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 8, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Nintendo Switch, PC, Platform, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Review Balan Wonderworld: Konsep memukau mata tapi dibebani mekanik leceh!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak kali pertama diumumkan di acara Xbox Series X pada tahun 2020, Balan Wonderworld berjaya menarik minat ramai orang termasuk saya dengan penampilannya yang memukau mata. Dihasilkan oleh Square Enix dan di bawah arahan Yuji Naka, Balan Wonderworld menjanjikan sebuah pengalaman platform 3D di mana pemain akan meneroka 12 dunia yang dipenuhi dengan abiliti unik dalam kostum. Akhirnya game ini sudah pun keluar, dan saya memilih untuk meneroka game ajaib ini bersama Balan yang penuh misteri. Walau visualnya memang “mengancam”, ternyata ada juga masalah. Mari kita sama-sama selami review Balan Wonderworld untuk tahu apa yang indah, apa yang tidak!

Jalan cerita & latar belakang

Balan Wonderworld berlaku di Balan Theater, sebuah dunia ajaib yang diawasi oleh seorang maestro misteri bernama Balan. Balan Theater akan muncul ketika hati seseorang hilang keseimbangan, dan bersambung ke Wonderworld, sebuah dunia gabungan realiti dan fantasi yang dicipta dari kenangan dan hati.

Balan Wonderworld membolehkan kita memilih satu dari dua watak: seorang budak lelaki bernama Leo Craig dan seorang gadis muda bernama Emma Cola. Kedua-duanya mempunyai masalah sendiri; Leo mengasingkan dirinya dari hubungan sosial kerana bergaduh dengan teman rapat pada beberapa tahun lepas, manakala Emma risau apa yang orang lain katakan di belakangnya.

Kedua-duanya tertarik ke Balan Theater, dan terpaksa merentasi 12 dunia yang lahir dari hati individu-individu bermasalah. Perjalanan mereka tidak mudah kerana Leo dan Emma ditentang oleh Lance, antagonis utama yang memerintahkan para Negati, raksasa yang lahir dari sikap negatif pengunjung Wonderworld.

Malangnya, Balan Wonderworld tidak menjelaskan dengan teliti apa yang berlaku dalam jalan cerita. Malah, konsep asas pun agak membingungkan. Dengan ketiadaan lakonan suara, selain dari beberapa “cutscene“, kita tidak ada cara lain untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku sedangkan permainan dicipta khusus untuk kanak-kanak sekali. Jika kamu mempunyai pemahaman yang bagus, itu adalah bonus.

Gameplay asas & cara-cara untuk maju

Balan Wonderworld adalah platformer 3D berasaskan peringkat (ala-ala Mario lah sikit). Game ini menampilkan “12 Chapter“(atau dunia), di mana setiap satu dibahagikan kepada tiga peringkat -dua peringkat biasa dan satu pertarungan bos. Untuk mereka yang sudah tamatkan permainan, setiap dunia akan menambah satu lagi peringkat rahsia yang dipanggil “Secret Act 3“. Bahagian itu saya tidak akan jelaskan, dan kalau ada sesiapa nak tahu, lebih baik kamu cuba tamatkan game ini dahulu.

Semasa menjelajah setiap peringkat, kita perlu melintasi macam-macan jenis platform, mengaktifkan suis untuk membuka pintu, mengalahkan musuh (Negati) dan lain-lain. Itu semua perkara yang biasa kita temui dalam game platform. Pada masa yang sama, sejenis permata berwarna-warni akan ditaburkan di sekitar peringkat. Tugas kita adalah untuk kumpulkan “permata” ini yang dapat digunakan di Main Hub. Bukan itu sahaja! Kita juga harus mengumpulkan Balan Statue, yang bukanlah sekadar “collectible” tradisional, kerana ia diperlukan untuk membuka dunia-dunia seterusnya.

Setiap peringkat mempunyai Balan Statue untuk dicari. Sebahagian daripadanya boleh dijumpai di tempat terbuka -misalnya, di atas kotak – manakala yang lain, lebih tersembunyi dengan bijak. Jadi nasihat saya adalah untuk bersantai sahaja dan perhati setiap peringkat dengan teliti. Kadangkala, pemain mungkin akan menyelesaikan satu peringkat khusus tetapi masih memerlukan lebih banyak Balan Statue untuk membuka dunia baru bagi meneruskan jalan cerita. Ini bermaksud kita terpaksa mengulang semua beberapa peringkat demi mengumpulkan jumlah patung yang diperlukan. Mekanik ini sepatutnya tidak wujud.

Tambahan lagi, beberapa Balan Statue hanya dapat dikumpul ketika kita memakai kostum tertentu. Jadi, kita perlu perlu memainkan semula peringkat yang mengandungi kostum tersebut, kumpul kostum itu, dan kemudian kembali ke peringkat pertama untuk kumpulkan Balan Statue. Aspek pengulangan ini dengan mudah boleh dielakkan jika Balan Statue hanya “collectible” optional, dan tidak bekait dengan kemajuan jalan cerita.

Akhir sekali, kita akan jumpa topi Balan di setiap peringkat, yang kalau dikutip, akan memulakan Balan’s Bout. Dalam acara Quick Time Event (QTE) ini, Balan akan terbang sambil memusnahkan sejenis halangan (objek yang mempunyai pengaruh negatif). Apabila Balan dan bayangnya selari, tekan butang serta merta (macam game rhythm music). Jika “timing” semua tepat, kita akan mendapat penilaian markah Excellent. Dapatkan semua Excellent dan hadiah adalah sebuah Balan Statue.

Mungkin ramai yang tidak tahu tapi Balan Wonderworld secara automatik akan mengubahsuai tahap kesukaran berdasarkan tahap kemahiran kita. Jenis dan jumlah Negati dipengaruhi dan akan berubah untuk menjadikan permainan lebih mudah atau lebih mencabar ketika diperlukan. Apabila menyelesaikan satu peringkat, kita akan mendapat cop yang menunjukkan tahap kesukaran untuk peringkat itu. Sebagai contoh, cop merah menunjukkan kesukaran yang paling mencabar. Walaupun kamu mengulang semula peringkat yang sudah diselesaikan, jenis Negati pasti akan berubah.

Selesai sahaja dua peringkat, kita akan bertemu dan berlawan dengan bos bagi dunia itu. Secara amnya, setiap bos memerlukan kita untuk menggunakan kostum dan abiliti dalam dunia itu bagi mengalahkannya. Sebagai contoh di dunia pertama, kita akan menggunakan kostum Tornado Wolf yang akan pantulkan puting beliung ke arah musuh. Perkara yang sama diaplikasikan untuk pertarungan bos yang lain.

Kebanyakan bos hanya memerlukan kita untuk melompat atau menyerang satu kelemahan khusus dan itu sahaja yang diperlukan untuk menang. Walaubagaimanapun, matlamat kita adalah untuk dapat Balan Statue yang hanya boleh diperolehi selepas kita menyerang bos dengan 3 kaedah berbeza.

Sistem kostum yang berwarna-warni tapi bermasalah

Dari segi sistem kawalan, Balan Wonderworld sangat-sangat mudah. Setiap butang melakukan fungsi yang sama, tidak kira apa jenis kostum yang kita pakai. Dalam bentuk biasa, kita hanya boleh buat satu lompatan biasa, tetapi selepas menemui pelbagai jenis kostum baru, ia akan menambahkan abiliti serta membantu kita mengatasi macam-macam jenis halangan. Dalam setiap peringkat, kita akan mengumpulkan kunci dahulu, yang digunakan untuk membuka kostum berbeza bagi Leo atau Emma. Tema kostum untuk setiap tingkat juga berkaitan dengan persekitaran supaya ia sesuai dengan keseluruhan konsep.

Ada kostum yang memudahkan kita untuk melepasi halangan yang sepatutnya tidak dapat dilalui, seperti kostum rama-rama yang mempunyai abiliti untuk terbang buat masa yang terhad, kostum labah-labah yang membolehkan kita memanjat sawang, kostum gear yang membolehkan kita mengawal suis dan lain-lain. Ada juga yang berbentuk ofensif seperti kostum naga yang menghembus bebola api, kostum serigala yang boleh pantulkan puting beliung dan sebagainya. Ada juga kostum yang tidak berguna dan tiada fungsi, seperti kostum Box Fox yang secara rawak mengubah kita kepada sebuah kiub lalu mengelongsor sana-sini.

Walaupun ada lebih dari 80 kostum untuk dikumpul, ia masih hadir dengan beberapa masalah besar. Apabila ingin menukar ke kostum lain (selain dari tiga kostum yang sedang dibawa), kita perlu pergi ke salah satu ruang “Changing Room” di setiap peringkat. Di sini, kita boleh memilih tiga kostum yang ingin digunakan, tetapi dengan syarat!

Setiap kostum tersedia dalam jumlah yang terhad. Sekiranya pemain diserang oleh musuh, kostum yang sedang dipakai akan hilang dan dihantar ke Changing Room. Kita boleh kembali ke Changing Room untuk dapatkan kostum itu sekali lagi, tetapi satu salinan akan dikurangkan untuk kostum tersebut (melainkan jika kita mengumpul lagi). Ini bermaksud pemain boleh “kehabisan” kostum untuk dipakai, dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya semula adalah dengan mengulang semula peringkat di mana kita awalnya jumpa.

Seterusnya, apabila mengumpulkan kostum yang ke-4, kostum terakhir di “inventori” (bahagian kiri atas paparan) akan secara automatik digantikan dan kembali ke “Changing Room“. Ini tetap berlaku walaupun kita mengumpul kostum yang sama untuk dipakai, lantas bermaksud pemain boleh menggunakan tiga kostum yang sama. Itu satu lagi ciri yang tidak diperlukan kerana untuk apa kita ada tiga kostum yang sama sedangkan kita perlu kostum berlainan untuk melepasi halangan. Sebaliknya, lebih baik jika pemaju menghalang kita dari mengutip kostum yang sama secara tidak sengaja.

Selain dari isu di atas, beberapa kostum juga menghilangkan kemampuan kita untuk melompat. Ini lebih mengecewakan sedangkan permainan adalah genre platform yang menggunakan aksi melompat sebagai mekanik asas.

Isle of Tims (Main Hub) & fungsi makhluk Tim

Selepas menyelesaikan setiap peringkat, kita kembali ke Isle of Tims, sebuah pulau terapung yang menjadi tempat kediaman untuk makhluk-makhluk comel bernama Tim. Pemain akan memberi makan kepada Tim menggunakan “pertama” yang dikumpulkan mengikut warna yang sesuai, supaya mereka boleh bertambah lebih besar. Ini adalah supaya mereka boleh dapatkan atribut baru. Apabila Tim sudah cukup besar, kita boleh melemparkan Tim kecil ke arahnya supaya mereka dapat “membiak” dan menghasilkan telur yang mengandungi Tim baru.

Sepanjang pengembaraan, kita akan ditemani oleh sejumlah Tim. Setiap Tim mempunyai warna yang berbeza dan mempunyai kebolehan yang berbeza. Contohnya, Tim merah digunakan untuk menyerang musuh, manakala Tim merah jambu dapat menghidu objek yang tersembunyi. Semakin banyak Tim yang kita miliki, semakin mudah perjalanan kita, jadi ia amat penting untuk membiak macam-macam jenis.

Tim juga akan bermain dengan menara yang boleh dijumpai di tengah pulau. Menara ini boleh mengumpul sejenis mata dan semakin banyak mata yang dihasilkan oleh Tim, semakin besar dan canggih menara tersebut. Buat masa ini, menara itu tidak mempunyai tujuan tertentu dan mungkin hanya sejenis hiasan untuk Main Hub. Malangnya itu sahaja yang saya dapat tahu. Kebanyakan perkara yang berkaitan dengan Tim tidak dijelaskan, dan rasanya ramai juga pemain lain yang sama keliru seperti saya.

Aspek multiplayer

Balan Wonderworld mempunyai fungsi “co-op” dan ini adalah cara yang lebih menyeronokkan untuk bermain di mana dua pemain di bilik yang sama boleh bekerjasama sesama sendiri. Seorang akan mengawal Leo dan seorang lagi akan mengawal Emma. Kita hanya perlu sambungkan alat kawalan kedua dan tekan apa-apa butang untuk mencuba mod co-op.

Dalam mod ini, fokus utama adalah kerja berpasukan. Kita harus sentiasa dekat dan saling membantu mengatasi rintangan dan halangan. Pada masa yang sama, jangan segan silu untuk bereksperimen dengan setiap kostum berbeza sebab ia membolehkan pemain melakukan beberapa pergerakan kombo istimewa yang mampu membuka laluan baru dalam mana-mana peringkat.

Pendapat

Selepas mencuba demo permainan pada beberapa bulan lepas, saya memang teruja untuk melihat bagaimana mereka akan mengembangkan lagi permainan. Estetika dan watak dah menarik, muzik pun seronok untuk dengar, dan reka bentuk peringkat pula membuatkan saya ingin meneroka dan menggunakan semua kostum unik. Malangnya, sejauh itu sahaja potensi Balan Wonderworld.

 

Banyak kelebihan dan daya tarikannya dihalang oleh gameplay yang mengarut, fungsi yang tiada faedah, dan ketiadaan konteks dalam jalan cerita. Kita juga tidak diberi naratif atau sebab untuk kehadiran kostum dan kebolehan yang kita boleh pakai. Saya sendiri pun ingin tahu bagaimana kita kostum ini boleh wujud dan dari mana datangnya.

Balan Wonderworld bukanlah game yang teruk, cuma ia kurang memuaskan dan secara keseluruhan, sukar untuk dinikmati sepenuhnya. Saya boleh menjelajah dunianya yang menarik, tetapi ada lebih banyak game platformer lain yang lebih baik untuk saya cuba sekarang di pasaran.

Khusus untuk semua jenis pemain termasuk kanak-kanak kecil hingga ke pemain tegar genre “platformer“, Balan Wonderworld kini tersedia untuk PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, Switch dan Steam. Itu sahaja untuk review Balan Wonderworld ini! Sehingga kita berjumpa lagi, selamat ber-gaming!

Muat turun di sini
Balan Wonderworld
Publisher: Square Enix
Developer: Square Enix
Release Date: 2021-03-26
Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Balan Wonderworld adalah permainan platform yang akan datang yang dikembangkan oleh Balan Company dan Arzest, dan diterbitkan oleh Square Enix. Ia dijadualkan dilancarkan pada 26 Mac 2021 untuk Microsoft Windows, Nintendo Switch, Xbox One, Xbox Series X / S, PlayStation 4, dan PlayStation 5
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Balan Wonderworld

5 Score

Banyak kelebihan dan daya tarikannya dihalang oleh gameplay yang mengarut, fungsi yang tiada faedah, dan ketiadaan konteks dalam jalan cerita. Kita juga tidak diberi naratif atau sebab untuk kehadiran kostum dan kebolehan yang kita boleh pakai. Saya sendiri pun ingin tahu bagaimana kita kostum ini boleh wujud dan dari mana datangnya.

Review Breakdown

  • Balan Wonderworld bukanlah game yang teruk, cuma ia kurang memuaskan dan secara keseluruhan, sukar untuk dinikmati sepenuhnya. Saya boleh menjelajah dunianya yang menarik, tetapi ada lebih banyak game platformer lain yang lebih baik untuk saya cuba sekarang di pasaran. 0
Tags: Balan WonderworldplatformPS4reviewsquare enixulasan
Previous Post

Cheer Drive membayar penduduk Jepun untuk letakkan iklan anime di kereta!

Next Post

Peta Karakin akhirnya muncul dalam PUBG MOBILE

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Peta Karakin akhirnya muncul dalam PUBG MOBILE

Peta Karakin akhirnya muncul dalam PUBG MOBILE

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd