Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cheer Drive membayar penduduk Jepun untuk letakkan iklan anime di kereta!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 8, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
Cheer Drive membayar penduduk Jepun untuk letakkan iklan anime di kereta!
Share on FacebookShare on Twitter
Terdapat pelbagai jenis cara untuk mempromosikan anime, tetapi siapa sangka Cheer Drive sanggup memberi pelekat anime kepada penduduk di Jepun, dan kemudian membayar mereka untuk melekat stiker tersebut di atas kereta mereka!

Untuk memudahkan anda semua faham, ini adalah perkhidmatan promosi berbayar menggunakan kereta, tetapi memfokus pada media anime/manga. Bergantung pada minat pemilik kereta, penduduk Jepun kini boleh mendapatkan duit ekstra sambil menunjukkan cinta mereka terhadap siri yang dipromosikan.

Sebagai contoh, sekarang Cheer Drive sedang mencari pemandu yang berminat mempromosikan siri BanG Dream! di kereta mereka. Ini adalah untuk meraikan BanG Dream! Episode of Roselia, filem anime terbaru dalam francais, yang bakal ditayangkan pada akhir bulan ini.

Untuk sesiapa yang berminat, pemandu boleh memuat turun aplikasi Cheer Drive, yang memberi akses ke senarai kempen yang sedang merekrut. Setelah membuat permohonan dan terpilih, pemandu akan menerima tiga pelekat dalam satu surat; dua untuk setiap sisi kereta, dan satu untuk tingkap belakang. Lekatkannya, tayang kereta dengan pelekat, dan apabila tempoh kempen habis, pemandu akan dibayar.

Pelekat pun mudah dipasang dan ditanggal, jadi pemandu dapat mengubah semula penampilan kereta ke rupa asal selepas kempen tamat. Pembayaran adalah berdasarkan pada jarak yang dipandu semasa tempoh kempen, dengan jangka masa sebulan (maksimum) untuk 7 yen (anggaran RM0.26 ) per kilometer.

Kalau promosi seperti ini diperkenalkan di Malaysia, adakah anda berminat untuk mendaftar diri sebagai salah satu pemandu? Jenis produk apa yang anda mahu promosikan? Kongsi pendapat dengan saya di ruang komen sekarang! Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan di sini.

Sumber – Cheer Drive

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeCheer DriveiklanJepunKereta
Previous Post

[Kerjaya] Jawatan “Pengurus Pembangunan Perniagaan” & “Eksekutif Sumber Manusia” dibuka di CareerBraves!

Next Post

Review Balan Wonderworld: Konsep memukau mata tapi dibebani mekanik leceh!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Review Balan Wonderworld: Konsep memukau mata tapi dibebani mekanik leceh!

Review Balan Wonderworld: Konsep memukau mata tapi dibebani mekanik leceh!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd