Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Perincian Bonus Pre-Order FINAL FANTASY VII REMAKE INTERGRADE Versi Fizikal didedahkan!

Nyny.A by Nyny.A
May 7, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, DLC, Genre, PS4, PS5
0 0
0
Perincian Bonus Pre-Order FINAL FANTASY VII REMAKE INTERGRADE Versi Fizikal didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

SQUARE ENIX dengan sukacitanya mendedahkan butiran item bonus pre-order untuk versi fizikal FINAL FANTASY🄬 VII REMAKE INTERGRADE. Pre-order FINAL FANTASY VII REMAKE INTERGRADE dan dapatkan poster mini reka bentuk asal FINAL FANTASY VII REMAKE INTERGRADE. Oleh kerana kuantiti terhad, pengagihan bonus mungkin berakhir tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.

FINAL FANTASY® VII REMAKE yang diiktiraf dan memenangi anugerah akan hadir ke konsol PlayStation®5 (PS5) pada 10 Jun 2021, sebagai FINAL FANTASY VII REMAKE INTERGRADE yang diperkuat dan diperluas.

FINAL FANTASY VII REMAKE INTERGRADE memanfaatkan perkakasan generasi terkini dan merangkumi banyak peningkatan grafik, permainan dan sistem untuk PS5:

  • Benamkan diri anda di bandar Midgar seperti sebelumnya, dengan tekstur, pencahayaan, dan persekitaran latar yang lebih baik. Pemain boleh beralih antara dua mod permainan:
    • “Graphics Mode” mengutamakan grafik beresolusi tinggi 4K
    • “Performance Mode” mengutamakan aksi lancar pada 60 bingkai sesaat
  • Tangkap dan kongsi detik-detik kenangan anda dari permainan dengan “Mod Foto” yang dapat disesuaikan sepenuhnya
  • Tetapan kesukaran baru untuk ‘Classic Mode’ memberikan cara baru untuk bermain
  • Lompat ke aksi lebih cepat dengan masa muat yang dioptimumkan

Sebagai ucapan terima kasih kepada mereka yang telah membeli FINAL FANTASY VII REMAKE untuk konsol PlayStation 4, Square Enix memberikan pemain PS4 kemas kini peningkatan PS5 percuma yang akan merangkumi semua peningkatan visual dan permainan generasi seterusnya yang diperincikan di atas tanpa kos tambahan apabila bermain di konsol PS5.

Selain memperkenalkan banyak peningkatan baru yang menarik, FINAL FANTASY VII REMAKE INTERGRADE juga menyertakan episod baru yang menampilkan Yuffie sebagai watak utama. Dalam pengembaraan baru ini, bermainlah sebagai Yuffie Kisaragi ketika dia menyusup ke Shinra Corporation yang gelap untuk mencuri materia kuat dan mengembalikan kegemilangan di tanah airnya. Main bersama watak baru dan nikmati pengalaman permainan yang diperluas yang menampilkan pelbagai pertarungan dan permainan baru, membawa perspektif baru kepada kisah FINAL FANTASY VII REMAKE yang tidak boleh dilepaskan.

Pemain, yang membeli FINAL FANTASY VII REMAKE di PS4 dan menaik taraf ke PS5 boleh membeli “FF7R EPISODE INTERmission” (episod baru yang menampilkan Yuffie) sebagai muat turun mandiri dari PlayStation Store. Pemilik versi cakera FINAL FANTASY VII REMAKE pada PS4 akan memerlukan konsol PS5 dengan pemacu cakera untuk memanfaatkan peningkatan digital ini.

FINAL FANTASY VII REMAKE INTERGRADE akan tersedia sebagai Standard Edition fizikal dan digital, dan sebagai Digital Deluxe Edition dari PlayStation®Store. Digital Deluxe Edition FINAL FANTASY VII REMAKE INTERGRADE dilengkapi dengan soundtrack digital juga buku seni digital yang merangkumi seni konsep dan kepingan watak. Pelanggan yang membuat pra-pesanan digital Standard Edition atau Deluxe Digital FINAL FANTASY VII REMAKE INTERGRADE akan menerima senjata Cacstar bonus pre-order untuk digunakan dalam “FF7R EPISODE INTERmission” (episod baru yang menampilkan Yuffie). Jadi jangan lupa untuk dapatkan Pre-order FINAL FANTASY VII REMAKE INTERGRADE ini ok!

FINAL FANTASY VII REMAKE INTERGRADE (BD)
SRP Sila rujuk peruncit tempatan.
Kandungan 【Game】
『FINAL FANTASY VII REMAKE』 PS5 version(BD)
【Episod tambahan】
“FF7R EPISODE INTERmission” (ep menampilkan Yuffie) (Download code)
FINAL FANTASY VII REMAKE INTERGRADE (DL)
SRP MYR 299.00
Kandungan 【Game】
『FINAL FANTASY VII REMAKE』 PS5 version(BD)
【Episod tambahan】
“FF7R EPISODE INTERmission” (ep menampilkan Yuffie) (Download code)
PS Store Pre-order bonus “Senjata Cacstar” untuk digunakan dalam episod baru yang menampilkan Yuffie
FINAL FANTASY VII REMAKE INTERGRADE Digital Deluxe Edition(DL)
SRP MYR 379.00
Kandungan 【Game】
『FINAL FANTASY VII REMAKE』 PS5 version(BD)
【Episod tambahan】
“FF7R EPISODE INTERmission” (ep menampilkan Yuffie) (Download code)
[Kandungan Tambahan]】
Digital Mini Soundtrack / Digital Artbook
PS Store Pre-order bonus “Senjata Cacstar” untuk digunakan dalam episod baru yang menampilkan Yuffie
Tags: Final Fantasy VII Remake IntergradePre-order bonus FINAL FANTASY VII REMAKE INTERGRADEsquare enix
Previous Post

Resident Evil Village akhirnya dilancarkan! Bersedia untuk hadapi Lady Dimitrescu yang menyeramkan!

Next Post

Marvel Studios “LOKI” membuat debut di Disney+ Malaysia Jun ini!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Marvel Studios “LOKI” membuat debut di Disney+ Malaysia Jun ini!

Marvel Studios "LOKI" membuat debut di Disney+ Malaysia Jun ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd