Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[UPDATE] The Legend of Zelda Mendapat Adaptasi Filem Live Action! Kerjasama Antara Nintendo & Sony Pictures!

Maira by Maira
November 8, 2023 - Updated on June 11, 2025
in Artikel, Berita, Filem, Game, Movie/siri
0 0
0
[UPDATE] The Legend of Zelda Mendapat Adaptasi Filem Live Action! Kerjasama Antara Nintendo & Sony Pictures!

Sumber: Nintendo

Share on FacebookShare on Twitter

UPDATE: Nintendo telah menangguhkan pelancaran filem live action The Legend of Zelda dari tarikh tayangan asal yang dirancang pada 26 Mac 2027 kepada 7 Mei 2027.


Sejak kejayaan filem Super Mario Bros. Movie, kita melihat banyak berita mengenai Nintendo yang ingin kembangkan IP mereka kepada filem. Banyak juga permintaan untuk game The Legend of Zelda untuk diadaptasi kepada filem. Yang menariknya semua itu bakal menjadi kenyataan.

Hari ini, Nintendo telah mengumumkan bahawa mereka sedang membangunkan filem live action The Legend of Zelda. Ianya akan dihasilkan oleh Shigeru Miyamoto, selaku pengarah Nintendo dan Avi Ard, pengerusi kepada Arad Productions Inc. yang telah menghasilkan banyak filem-filem hebat seperti filem Spider-Man, Uncharted, dan IP Marvel yang lain.

Shigeru Miyamoto, Sumber: Nintendo
Avi Arad, Sumber: Nintendo

Filem ini akan diterbitkan oleh Nintendo dan Arad Productions Inc., dan diarahkan oleh Wes Ball. Ia juga akan dibiayai bersama oleh Nintendo dan Sony Pictures Entertainment Inc., dengan lebih daripada 50% dibiayai oleh Nintendo. Pengedaran filem pula akan dikendalikan oleh Sony Pictures Entertainment Inc., jadi peminat di seluruh dunia boleh menonton filem live action The Legend of Zelda ini.

Sumber: Nintendo

Shigeru Miyamoto berkata dalam satu kenyataan: “Saya telah bekerja untuk filem live action The Legend of Zelda selama bertahun-tahun dengan Avi Arad-san, yang telah menghasilkan banyak filem mega hit.”

“Saya telah meminta Avi-san untuk menghasilkan filem ini bersama saya, dan kami kini secara rasmi memulakan pembangunan filem itu dengan Nintendo sendiri banyak terlibat dalam produksi. Ia akan mengambil masa untuk siap, tetapi saya harap anda tidak sabar untuk melihatnya.”

Sumber: Nintendo

Pengumuman ini sememangnya membuatkan peminat terkejut dan terus memberikan pendapat masing-masing mengenainya. Sudah tentu ramai yang mula mencalonkan watak-watak yang berpotensi menjadi Link nanti. Apa pun kita tunggu sahaja kemas kini lanjut filem ini pada masa akan datang.

Untuk mendapatkan berita lain mengenai filem daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: nintendoSony Pictures Entertainmentthe legend of zeldaThe Legend of Zelda Live Action
ShareTweetSend
Previous Post

Resident Evil 4 Remake Versi iPhone Akan Tiba Disember 2023!

Next Post

Mobile Suit Gundam IBO Urdr-Hunt Umum Projek Anime Baru! Teaser Pertama Dilepaskan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
Mobile Suit Gundam IBO Urdr-Hunt Umum Projek Anime Baru! Teaser Pertama Dilepaskan!

Mobile Suit Gundam IBO Urdr-Hunt Umum Projek Anime Baru! Teaser Pertama Dilepaskan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd