Red Dead Redemption 2 yang telah ditunggu-tunggukan oleh peminat RDR series sejak kali pertama di keluarkan pada tahun 2010 yang mendapat sambutan yang amat hangat dan ianya hanya khas untuk PS4 exclusive sahaja. Ketika itu PC, Xbox memang tidak dapat nak buat apa-apa. Dan Oktober 2018, RDR2 telah dilancarkan ke PS4 dan XBox One sahaja. PC, masih berguling lagi.
Alright, RDR2 ada character baru iaitu Arthur Morgan yang mempunyai geng yang bernama “The Van Der Linde gang” pada tahun 1899, selepas rompakan kat Blackwater yang gagal, mereka terpaksa melarikan dari “Bounty Hunter” dan “The Outlaws” kat sana. Arthur kemudiannya akan pilih karekter mana yang dia mahukan, dan itu semestinya pilihan di tangan korang.
Kita lihat Game Features dulu, RDR2 adalah game action yang jenis Open-World exploration, So memang korang boleh pergi kemana korang nak, sebab dalam RDR2 dunia memang luas! Untuk pengetahuan korang, seperti mana RDR1 ada, RDR2 can do better, seperti korang kena makan, kalau tak makan nanti player tu takde tenaga, lepas tu kena mandi, shave nanti dia berbau. Ini yang dikatakan “Realism” dalam Red Dead Redemption 2. Korang boleh berkenalan gang korang dalam RDR2, hire orang untuk masuk gang “The Van Der Linde” untuk perkuatkan lagi geng korang.
Dekat dalam RDR2 ni, korang ada pelbagai “mission” yang korang patut buat untuk survival, basically itu adalah main quest kau is “stay survive”, tapi dalam survival pun korang kena ada libatkan exploration sekali dalam game ni. Kalau korang buat exploration, korang kena try macam-macam benda korang kena buat macam “Bawak kuda”, “buru haiwan”, “buat duit”, dan banyak lagi dalam exploration yang perlu buat. Sebab most likely korang kena adapt apa environment yang korang hadap. Apa yang mengangumkan dalam ni adalah NPC semua berikan respons yang berbeza seperti bila bercakap dengan ada pistol dan tak ada pistol adalah dua reaksi yang berlainan, sama juga dengan kebersihan diri, kalau kotor sangat, nanti takde orang nak datang dekat.
So, kita tengok bahagian Combat system pula, untuk pandangan aku memang nampak bagus, weapons pun ada pelbagai pilihan dari Tomahawk ke Schofield Revolver, ke Repeating Shotgun hingga ke Litchfield Repeater! So, weapon tu korang boleh pilih apa yang korang rasa sesuai dengan korang. Dalam combat ni juga diorang bawak balik “Dead Eye system”, yang bila korang nak shoot je dan activatekan “Dead Eye”, time tu akan di slowkan yang memang membantu korang untuk tepatkan aim shooting kepada musuh. Tapi “Dead Eye” ada 5 level yang memang sangat membantu. Kemudiannya korang kena ingat sentiasa jaga weapon korang sebab ada waktu dia Weapon ni akan jammed ataupun stuck ketika dalam tembak-menembak nanti.
So kita tengok UI pulak, dalam environment korang bila korang nak beli kat kedai, kedai tu ada macam-macam benda yang korang boleh dapat. Contohnya, korang boleh tengok apa yang tengah dijual, apa ada kat dalam kedai tu, dia ada dari Pakaian, Senjata dan Makanan, tapi korang kena tengok la apa pilihan barang yang korang nak beli. Basically UI tu dalam catalog, kalau ada orang suka, korang boleh beli terus on the spot. Kalau nak buru ke atau carik most wanted ke korang boleh pergi ke surat khabar dan baca untuk tengok apa yang korang boleh buat duit sampingan.
Enviroment dalam RDR2 mungkin menjadi selling point kenapa game ni mendapat hype yang tinggi, kita lihat dunia RDR2, environment dia ada ranging dari tempat bersalji, ke tempat hutan yang kering dan ke tempat yang ada tamadun seperti Bandar yang mana korang boleh berehat, bercakap tentang rehat, korang kalau nak save korang kena pergi tempat setting camp korang untuk save progress korang. Macam GTA kalau nak save kena balik rumah, sama je system dia. Kenderaan pula, ada wagon dan Kuda so dedua tu korang kena tau apa yang kuda tu boleh buat, kena biasakan diri dengan kuda supaya korang boleh serasi dengan kuda pilihan korang.
Dalam RDR2, ada sistem moral yang korang kena tahu, maksudnya setiap tindakan korang buat akan ada moral dan side effects dia. Seperti kalau korang bunuh satu character ni, mesti ada chain reaction dia, contohnya korang bunuh si bounty hunter, then korang akan jumpa satu NPC yang mungkin, isteri dia ke, saudara ke dia yang akan memberi respons kepada karekter yang korang buat. Makin banyak korang bunuh ataupun banyak buat perkara jahat korang akan dapat reputasi yang jahat, kalau korang tolong orang yang susah ataupun bunuh orang jahat, korang akan sanjungan dari NPC, so korang kena decide jalan korang sendiri yang mana korang nak.
Masa aku main game ni memang banyak benda korang boleh explore dari seluruh map yang dari West Elizabeth hingga ke New Hannover yang menjanjikan pelbagai kawasan, haiwan, gang lain yang korang komfem jumpa nanti. Memang satu experience yang Open-World yang penuh dengan content! Dialog pun banyak, physics engine yang memang menganggumkan dengan AI dalam game yang sangat bijak, Jadi memang layak dipanggil one of the best game of the year.
So, apa yang apa kita boleh dapat dari RDR2 ni? Macam aku cakap, Content penuh, gameplay pun cemerlang dan memang environment yang terbaik setakat ni dalam gaming, berbaloi dengan waktu, harga dan experience dalam game RDR2 ni. Bagi yang ada PS4 tu boleh la beli kat PS Store dan kalau XBox One boleh beli dekat Microsoft Store.
@gamersantaimy
Discussion about this post