Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Razer & BAPE berkolaborasi sekali lagi dengan koleksi terhad “A Gaming Ape”!

safwan by safwan
July 19, 2022
in Artikel, Berita, Figura/barang koleksi, Kolaborasi, Produk, Teknologi
0 0
0
Razer & BAPE berkolaborasi sekali lagi dengan koleksi terhad “A Gaming Ape”!
Share on FacebookShare on Twitter

Razer mengumumkan kolaborasi mereka bersama jenama pakaian terkemuka Jepun iaitu BAPE baut kali kedua dengan melancarkan barisan baru iaitu “A Gaming Ape Spring Summer 2022.” Melalui barisan ini, mereka melancarkan pelbagai jenis pakaian dan peripheral. Kolaborasi ini akan dilancarkan pada 23 Julai 2022.

Pada kolaborasi pertama mereka, koleksi yang dijual habis dengan sekejap sahaja. Kali ini, mereka memberikan banyak pilihan untuk dipilih dari segi warna, reka bentuk dan macam-macam lagi.

Pakaian A Gaming Ape

Pakaian yang menjadi tumpuan kali ini adalah kasut BAPE STATM yang didatangkan dengan reka bentuk jerung dan logo BAPE STATM berbentuk bintang pada bahagian kiri dan kanan kasut. Jika dipakai pada waktu gelap, kasut ini akan bersinar dengan cahaya hijau dengan menampilkan logo BAPE dan Razer.

Selain itu, mereka juga mengekalkan koleksi kapsul yang mengandungi baju Gaming Ape dengan reka bentuk Gaming Ape yang memakai headset Razer Kraken. Ia tersedia pada warna hitam dan putih manakala reka bentuk Gaming Ape memakai headset Kraken Kitty akan tersedia dengan Quartz slim fit dan pilihan warna putih.

Tidak sah kalau Razer membuat kolaborasi tetapi meninggalkan hoodie. Kali ini, mereka akan mengeluarkan hoodie baru dengan reka bentuk Shark yang membolehkan pemakainya menjadi seperti ikan yu kerana ia boleh dizip secara penuh.

Peripheral A Gaming Ape

Rasa tidak lengkap kalau Razer tidak mengeluarkan peripheral mereka bersama BAPE. Jadi, mereka mengeluarkan sarung laptop 15 inci yang kalis air dan boleh digunakan sebagai mouse mat. Bukan setakat itu saja, mereka juga mengeluarkan keyboard Razer BlackWidow V3 khas yang dilengkapi dengan switch mekanikal Razer Green, switch housing lutsinar dan keycap UV-coated ABS.

Kepada sesiapa yang mempunyai mouse Razer x BAPE DeathAdder V2, mouse pad Goliathus Speed dan headset Opus daripada kolaborasi sebelum ini, ini adalah masanya untuk anda melengkapkan koleksi dan setup anda bersama keyboard Razer BlackWidow V3.

Akhir sekali, mereka membuat pengubahsuaian pada kerusi gaming mereka dengan menampilkan reka bentuk BAPE padanya. Reka bentuk ergonomiknya dicipta dengan mengutamakan kesejahteraan pemain, daripada kontur unik dan tempat duduk yang menggunakan kusyen high-density.

Berikut adalah senarai penuh bagi pakaian dan peripheral bersama harga yang ditetapkan:

  • Razer x *A Bathing Ape® Gaming Ape Tee: $125 USD / 125€ (RM 557.13)
    • White and Black
    • White and Quartz (Slim Fit)
  • Razer x *A Bathing Ape® Camo Team Tee 93: $245 USD / 245€ (RM 1091.96)
  • Razer x *A Bathing Ape® Shark Full Zip Hoodie: $529 USD / 619€ (RM 2357.75)
    • Black
    • Quartz (Slim Fit)
  • Razer x *A Bathing Ape® Basketball Sweat Shorts: $349 USD / 349€ (RM 1555.49)
  • Razer x *A Bathing Ape® Easy Sweat Shorts: $245 USD / 245€ (RM 1091.96)
  • Razer x *A Bathing Ape® Snapback Cap: $179 USD / 179€ (RM 797.80)
  • Razer x *A Bathing Ape® Sneakers M2 BAPE STATM: $359 USD / 359€ (RM 1600.06)
  • Razer x *A Bathing Ape® Protective Sleeve V2 – 15.6″: $79.99 USD / 79€ (RM 356.52)
  • Razer x *A Bathing Ape® – Razer Skins (Only available in US, CA and CN): $79.99 USD / 89.99€ (RM 356.52)
  • Razer x *A Bathing Ape® BlackWidow V3: $199.99 USD / 219€ (RM891.36)
  • Razer x *A Bathing Ape® Iskur X: $699 USD / 759€ (RM 3115.44)
    • Black
    • Quartz

Kolaborasi antara Razer dan BAPE akan dilancarkan pada 23 Julai 2022. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kolaborasi ini, anda boleh pergi ke laman web rasmi Razer di sini. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: BAPErazerRAZER X BAPE
Previous Post

Postknight 2 Greater Heights akan hadir dengan kemas kini baru pada 8 Ogos 2022!

Next Post

HoYoverse kembangkan lagi sayap mereka, buka HQ kelima di Singapura!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
HoYoverse kembangkan lagi sayap mereka, buka HQ kelima di Singapura!

HoYoverse kembangkan lagi sayap mereka, buka HQ kelima di Singapura!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd