Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

HoYoverse kembangkan lagi sayap mereka, buka HQ kelima di Singapura!

Maira by Maira
July 19, 2022
in Artikel, Berita, Industri
0 0
0
HoYoverse kembangkan lagi sayap mereka, buka HQ kelima di Singapura!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda bermain Genshin Impact atau Honkai Impact 3rd, sudah tentu anda mengenali syarikat pembangun mereka, HoYoverse. Kalau anda ingin tahu, HoYoverse baru sahaja membuka ibu pejabat terbaru di Singapura secara rasmi! Itu merupakan pejabat kelima yang dibuka pembangun game tersebut sejak ia ditubuhkan.

Dengan keluasan pejabat sebesar 28,000 kaki persegi dan persekitaran kerja yang fleksibel, HQ HoYoverse di Singapura ini akan membawa pasukan profesional untuk memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk servis mereka di seluruh dunia.

Selepas pembukaan pejabat di Montreal, Los Angeles, Tokyo dan Seoul, pembukaannya di Singapura merupakan langkah strategik untuk HoYoverse terus berkembang. Bukan setakat itu sahaja, ia juga akan berfungsi sebagai hab utama untuk pengedaran dan operasi global HoYoverse, bekerja rapat dengan pejabat lain dan menyediakan sokongan teknikal untuk pembangunan game.

Syarikat itu juga terkenal dengan pelbagai game seperti Genshin Impact, Honkai Impact 3rd, Tears of Themis dan pelbagai media lain animasi, komik, muzik, merch dan kandungan lain. Mereka juga akan mengeluarkan dua game terbaru akan datang iaitu Honkai: Star Rail dan Zenless Zone Zero. Kedua-dua game tersebut juga akan menemui pemain seluruh dunia.

“Pasukan kami di Singapura akan memainkan peranan penting dalam meluaskan pembangunan global dan rangkaian perkhidmatan kami,” kata Forrest Liu, pengasas bersama HoYoverse. “Kami tidak sabar untuk minda kreatif daripada pelbagai latar belakang untuk menyertai kami dalam membina masa depan.”

Dengan pelbagai jawatan kosong yang akan dibuka untuk HQ Singapura HoYoverse, anda juga boleh mencuba untuk sertai mereka. Antara jawatan kosong yang dibuka berkaitan dengan pembangunan game, pemasaran dan banyak lagi. Anda boleh lawati laman web rasmi HoYoverse untuk maklumat lanjut.

Tags: HoYoversesingapura
Previous Post

Razer & BAPE berkolaborasi sekali lagi dengan koleksi terhad “A Gaming Ape”!

Next Post

Review HyperX Alloy Origins 60 – Khas untuk mereka yang nak jimat ruang

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Review HyperX Alloy Origins 60  – Khas untuk mereka yang nak jimat ruang

Review HyperX Alloy Origins 60 - Khas untuk mereka yang nak jimat ruang

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd