Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Racing Master “Authentic Racer Season” Gegarkan Malaysia Dengan Kereta & Pelbagai Acara Baharu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 10, 2025
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Sukan/lumba
0 0
0
Racing Master “Authentic Racer Season” Gegarkan Malaysia Dengan Kereta & Pelbagai Acara Baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

NetEase Games bersama Codemasters telah melancarkan “Authentic Racer Season” untuk Racing Master, sebuah game lumba mobile percuma yang kini boleh dimainkan di iOS, Android, dan PC melalui emulator.

Dilancarkan pada 9 Julai, musim terbaru ini memperkenalkan kereta edisi terhad, cabaran bersama selebriti, dan kejohanan rentas rantau… semuanya untuk menjadikan Racing Master antara pengalaman lumba mobile paling mengujakan ketika ini.

Kereta-Kereta Legenda Kini Di Litar

Dari 9 hingga 29 Julai, Authentic Racer Season menampilkan tiga model ikonik yang boleh dimiliki dan dikuasai oleh para pemain:

  • Pagani Huayra BC ’17 (Extreme Group): Digelar “God Car”, hanya 20 unit dihasilkan di dunia, dan ia menampilkan kehebatan aerodinamik serta kelajuan luar biasa.
  • NISSAN Skyline GT-R (R32) ’89 (Standard Group): Legenda JDM dari era 90-an yang kembali mempesona dengan warisan yang gah.
  • McLaren 570S Coupe ’16 (Sports Group): Gabungan kuasa dan gaya, menawarkan pengendalian tepat dengan rekaan agresif.

Cabaran Masa Bersama Selebriti Profesional

Dari 10 hingga 31 Julai, Star Lap Time Challenge membuka peluang kepada pemain untuk bersaing dengan selebriti terkenal dan pelumba profesional Asia Tenggara. Hadiah termasuk gelaran eksklusif serta sehingga 1,500 diamond dalam game. Setiap minggu, dua selebriti akan berlumba menggunakan kereta baharu musim ini dan menetapkan masa yang perlu dicabar oleh pemain di pelbagai litar:

  • 10 Julai: Windah Basudara (Indonesia, 10 juta+ pengikut) dan zbing z. (Thailand, 20 juta pengikut) menggunakan Pagani Huayra BC ’17 di litar Indianapolis dan Amsterdam.
  • 17 Julai: SOLOZ (Malaysia) dan Fitra Eri (Indonesia) mengendalikan McLaren 570S Coupe ’16 di Amsterdam Flower Field dan Alpen Circuit.
  • 24 Julai: Tengku Djan Ley (“Putera Drift” Malaysia) dan Pete Thongchua (Thailand) memandu NISSAN Skyline GT-R (R32) ’89 di Amsterdam River dan Sicily Downslope.

2025 Legendary Cup

Bermula 10 Julai hingga 23 Ogos, 2025 Legendary Cup ialah kejohanan rentas server melibatkan Hong Kong, Macau, Taiwan, Jepun, dan Korea. Acara ini akan berakhir dengan perlawanan akhir secara fizikal di Bangkok, di mana pemain terbaik dari setiap rantau akan bersaing demi kemegahan dan habuan wang tunai. Hadiah bagi setiap server ialah:

  • Juara: $10,000
  • Naib Juara: $5,000
  • Tempat Ketiga: $3,000
  • Tempat Keempat: $1,000

Kejohanan ini terbahagi kepada empat peringkat:

  • Qualifier Stage (10–18 Julai): 4,096 pemain mara dari setiap server.
  • Knockout Stage (20–24 Julai): Pusingan kalah mati yang sengit menyaringkan 4,096 pemain kepada 128 pelumba elit.
  • Promotion Stage (26 Julai–3 Ogos): 128 pesaing bertarung untuk merebut 4 tempat teratas setiap server.
  • Offline Finals (23 Ogos, Bangkok): 16 pemain terakhir (4 setiap server) bersaing untuk gelaran muktamad.

Sedia untuk berlumba? Muat turun Racing Master sekarang amelalui pautan ini untuk mengalami Authentic Racer Season.

Tags: Racing Master
ShareTweetSend
Previous Post

Kami perlukan Video Editor & Intern! Mohon sekarang di Gamer Santai!

Next Post

Netflix Umumkan Siri Live-Action Solo Leveling Dibintangi Byeon Woo-seok

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Netflix Umumkan Siri Live-Action Solo Leveling Dibintangi Byeon Woo-seok

Netflix Umumkan Siri Live-Action Solo Leveling Dibintangi Byeon Woo-seok

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd