Menyeru wahai peminat gaming, teknologi dan anime di Malaysia – lagi-lagi kalau korang adalah pembaca setia kepada laman web kami! Ingin sertai keluarga Gamer Santai? Inilah peluang anda kerana kami memerlukan Video Editor dan Intern Jurnalis/Video Editor untuk menyunting pelbagai kandungan menarik pada laman web dan sosial media kami!
Di Gamer Santai, anda berpeluang untuk meneroka dunia gaming yang sedang mengembang setiap hari! Kelebihan yang kami tawarkan adalah untuk bekerja dalam bidang gaming daripada perspektif media termasuk melaporkan berita harian mengenai dunia gaming dan animasi tempatan dan luar negara, serta membuat liputan untuk acara-acara berkaitan teknologi dan ACG (Animation, Comics, dan Games).
Anda berpeluang untuk review permainan video, melaporkan berita terkini tentang industri gaming, memberi liputan acara-acara berkenaan permainan video, dan macam-macam lagi! Bukan setakat itu sahaja, anda juga berpeluang untuk menghadiri acara permainan video atau ACG!
Mempunyai idea yang kreatif untuk menghasilkan sesuatu mestilah menjadi satu keistimewaan yang anda perlu tampilkan untuk mencuit hati para penonton. Dari situ, kami tahu anda bakal menjadi seorang yang pandai menawan hati peminat Gamer Santai! Salur semua idea anda dalam penyuntingan, buatkan kandungan menarik mungkin dan seronok untuk ditonton, supaya ramai akan menyukai hasil anda dan juga dimaklumkan dengan info terkini.
Bagi mereka yang berminat dan cukup berkarya, kreatif dan berimaginasi tinggi dalam video editing? Berikut adalah gambaran keseluruhan untuk jawatan ini;
Video Editor (Full Time)
Kelebihan
- Bermain game di tempat kerja bukan sahaja diterima, malah digalakkan.
- Persekitaran rakan sekerja yang santai dan akrab.
Keperluan
- Bersemangat tentang gaming, anime dan teknologi serta mempunyai pengetahuan umum tentang industri
- Perlu mempunyai kepakaran videografi dan fotografi
- Mampu menahan stres kerja
- Dapat menyelesaikan kerja tepat pada waktu dan cepat
- Kemahiran berkomunikasi yang sangat baik dan bagus dalam Bahasa Melayu
Deskripsi pekerjaan
- Menghasilkan video ‘content’ untuk gaming, anime, dan teknologi bagi menarik peminat
- Menangkap gambar produk
- Menjana idea ‘content’ bersama rakan sepasukan
- Bantu mengurus dan mengembangkan halaman video dan sosial media Gamer Santai
Cara-cara menghantar permohonan?
- Sila hantarkan resume, portfolio dan satu (1) atau lebih sampel video yang anda pernah buat.
- Jika fail besar, beri link melalui emel.
- Hantar emel kepada [email protected]
Jurnalis (Intern)
Kelebihan
- Bermain game di tempat kerja bukan sahaja diterima, malah digalakkan.
- Persekitaran rakan sekerja yang santai dan akrab.
Keperluan
- Bersemangat tentang gaming, anime dan teknologi serta mempunyai pengetahuan umum tentang industri
- Kemahiran menulis dan komunikasi yang sangat baik, dengan penguasaan Bahasa Malaysia.
- Memiliki kemahiran umum dalam grafik.
- Mampu menahan stres kerja
- Dapat menyelesaikan kerja tepat pada waktu dan cepat
Deskripsi kerja
- Keupayaan menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan untuk menulis kandungan.
- Melakukan penyelidikan untuk berita menarik dan penting.
- Berhubungan dengan wartawan, editor, video editor.
- Mengikuti perkembangan berita terkini melalui media sosial, dll.
- Mampu membuat kandungan dalam jangka masa yang diberikan.
Cara-cara menghantar permohonan?
- Sila hantarkan resume dan satu (1) artikel berkaitan apa-apa game di atas 1,000 perkataan, sila masukkan gambar dan tajuk untuk menjadikan artikel lebih menarik.
- Untuk permohonan Internship, sila sertakan surat pengesahan Universiti/Kolej.
- Jenis fail diterima: PDF atau Word.
- Muat naik fail yang kecil daripada 5MB. Sekiranya portfolio terlalu besar, muat naik di laman web luar seperti Google Drive dan berikan link di dalam ‘Surat Permohonan Latihan Praktikal’ anda.
- Hantar emel kepada [email protected]
Video Editor (Intern)
Kelebihan
- Bermain game di tempat kerja bukan sahaja diterima, malah digalakkan.
- Persekitaran rakan sekerja yang santai dan akrab.
Keperluan
- Bersemangat tentang gaming, anime dan teknologi serta mempunyai pengetahuan umum tentang industri
- Perlu mempunyai kepakaran videografi dan fotografi
- Mampu menahan stres kerja
- Dapat menyelesaikan kerja tepat pada waktu dan cepat
- Kemahiran berkomunikasi yang sangat baik dan bagus dalam Bahasa Melayu
Deskripsi pekerjaan
- Menghasilkan video ‘content’ untuk gaming, anime, dan teknologi bagi menarik peminat
- Menangkap gambar produk
- Menjana idea ‘content’ bersama rakan sepasukan
- Bantu mengurus dan mengembangkan halaman video dan sosial media Gamer Santai
Cara-cara menghantar permohonan?
- Sila hantarkan resume, portfolio dan satu (1) atau lebih sampel video yang anda pernah buat.
- Jika fail besar, beri link melalui emel dalam ‘Surat Permohonan Latihan Praktikal’ anda.
- Untuk permohonan Internship, sila sertakan surat pengesahan Universiti/Kolej.
- Hantar emel kepada [email protected]
Rasa diri boleh menepati kriteria yang kami perlukan? Jangan lupa untuk hantarkan CV/Portfolio anda ke emel [email protected] untuk bermohon!
Baca segala berita terkini tentang game, teknologi dan anime di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post