Netflix kini telah mengesahkan penghasilan siri live-action Korea bagi Solo Leveling, dengan pelakon yang semakin meningkat naik, Byeon Woo-seok, akan membawa watak utama sebagai Sung Jin-woo.
Sudah pasti, pengumuman ini mendapat sambutan hangat daripada para peminat siri popular ini, yang pada asalnya bermula sebagai novel web karya Chugong, sebelum berkembang menjadi webtoon terkenal hasil ilustrasi DUBU, dan seterusnya diadaptasi ke dalam anime serta permainan video.
Solo Leveling, the global phenomenon, is coming to Netflix as a live-action series starring Byeon Woo-seok as lead character Sung Jin-woo. pic.twitter.com/tw7TaUONKp
— Netflix (@netflix) July 9, 2025
Solo Leveling mengisahkan Sung Jin-woo, seorang Hunter berpangkat E yang dianggap paling lemah, namun kehidupannya berubah secara drastik selepas terselamat daripada insiden hampir maut yang memberinya kuasa luar biasa.
Ketika dia terus “menaikkan level” dalam dunia yang dipenuhi makhluk ganas dari Gerbang misteri, Jin-woo akhirnya muncul sebagai wira yang tidak dijangka dalam perjuangan manusia untuk bertahan hidup.

Byeon Woo-seok, yang dikenali melalui lakonannya dalam 20th Century Girl dan Lovely Runner, bakal menghidupkan watak Jin-woo di layar kaca. Dengan gelaran “만찢남” (lelaki yang seolah-olah keluar dari manhwa) yang diberikan oleh peminat, karisma serta kebolehannya membawakan pelbagai watak menjadikannya sebagai calon ideal untuk menggambarkan perubahan Jin-woo daripada lemah kepada luar biasa.

Siri ini bakal diarahkan bersama oleh Lee Hae-jun dan Kim Byung-seo, dua pengarah berpengalaman di sebalik filem terkenal seperti Ashfall, Like a Virgin, Castaway on the Moon, My Dictator, dan Cold Eyes. Projek ini diterajui oleh Kakao Entertainment dan SANAI PICTURES, yang berjanji akan mengekalkan semangat asal bahan sumber sambil memperkenalkan elemen baharu yang menarik.
Walaupun tarikh tayangan rasmi masih belum diumumkan, peminat boleh mula bersedia kerana live-action Solo Leveling bakal menggegarkan Netflix dan memikat penonton di seluruh dunia tidak lama lagi.









Discussion about this post