Studio game indie tempatan Kurechii baru-baru ini menganjurkan acara digital tahunan Kurechii Next 2026. Terkenal dengan tajuk popular seperti Postknight dan King’s League, acara tahun ini menampilkan gameplay terbaharu, perkembangan pembangunan, serta garis masa fasa playtest bagi dua judul PC (Steam) akan datang, iaitu Postknight World dan Abyssfall: Seekers Within. Di samping itu, pelan expansion besar-besaran bagi Prism Arcana turut diumumkan.
Postknight World

Pertama kali diumumkan pada tahun 2025, Postknight World ialah game PC bergenre cozy 2D open-world delivery RPG yang bakal meluaskan naratif game dahulu. Melalui update tahun ini (yang dinamakan Deu Update: Life Across the Day), Kurechii mengetengahkan beberapa pembaharuan visual dan mekanik bagi menjadikan dunia Prism lebih hidup dan dinamik:
- Kitaran Siang-Malam: Pemain dapat melihat perubahan persekitaran secara real-time, bermula daripada pagi yang cerah hinggalah ke waktu malam yang diterangi cahaya lampu tanglung. Sistem ini bukan sahaja mengubah pencahayaan, malah turut membawakan cuaca yang berubah-ubah, perubahan atmosfera, serta interaksi watak yang dinamik mengikut waktu hari.

- Sistem Pergerakan Watak Dinaik Taraf: Pihak pembangun memperbaharui mekanik pergerakan watak, membolehkan mereka berjalan, berlari, memecut, dan melompat dengan rasa berat serta ekspresi yang lebih semula jadi.

- Ruang Khas untuk Berehat: Menurut Lead QA Engineer, Jason Chan Hian Hong, matlamat utama Postknight World adalah untuk menawarkan ruang yang tenang untuk berehat. Di sebalik kesibukan dunia realiti, game ini direka khusus untuk membolehkan pemain memperlahankan rentak, mendirikan khemah, dan menikmati keindahan dunia Prism dengan selesa.

Kurechii sasar akhir tahun 2026 bagi fasa Alpha Testing pertama game ini. Pemain yang berminat untuk mengikuti perkembangan RPG santai ini boleh memasukkannya ke dalam wishlist menerusi laman rasmi Postknight World di Steam.
Abyssfall: Seekers Within

Sebagai langkah pertama Kurechii ke dalam genre action roguelite RPG, Abyssfall: Seekers Within ialah judul PC yang memfokuskan kepada combat di dalam sebuah menara misteri yang sentiasa berubah. Pemain akan membina pasukan yang terdiri daripada tiga watak “Seekers” dan menukar watak secara real-time untuk menghasilkan kombinasi serangan serta abiliti unik.
Gameplay terbaharu memaparkan sistem grid-based combat, menekankan kejelasan visual serta reka bentuk taktikal:
- Berbeza dengan game aksi biasa yang sering memerlukan pemain button-mashing, Abyssfall menggunakan grid. “Grid ini bukan hiasan visual,” jelas Yiwei P’ng, pengasas dan pengarah Kurechii. “Ia membantu anda membaca situasi medan perang… lantas menjadikan setiap pergerakan, kedudukan, dan tindakan terasa lebih bermakna dan terancang.”

- Lead Programmer, Lucian, menegaskan bahawa game ini direka agar mudah dibaca oleh pemain. Walaupun dalam pertarungan paling sengit, UI visual yang disediakan membolehkan pemain mengesan kesan status yang aktif dengan cepat, meramal serangan musuh, serta membuat keputusan taktikal dalam sekelip mata.

Selepas tamatnya fasa ujian alpha tertutup pada akhir tahun 2025, Kurechii membuka pendaftaran bagi fasa Abyssfall Private Beta Test. Buat pertma kali, fasa ujian kali ini akan memperkenalkan kandungan naratif, memberikan kita peluang untuk meneroka perkembangan watak, jalan cerita, serta misteri di sebalik menara berkenaan.
Pendaftaran bagi pengguna PC dibuka melalui Abyssfall Beta Registration Form. Borang pendaftaran ini akan ditutup pada 19 Ogos 2026, jam 10:00 Pagi. Pemain juga boleh menyokong pasukan pembangun dengan memasukkan game ini ke dalam wishlist di laman Abyssfall: Seekers Within di Steam.
Prism Arcana

Selain daripada permainan video, showcase ini turut mengetengahkan update besar bagi Prism Arcana, iaitu projek kreatif worldbuilding berterusan Kurechii yang menyimpan kisah sejarah, latar belakang tempat, serta spesies unik yang menghubungkan kesemua judul mereka. Pihak studio mengumumkan dua cara baharu bagi peminat meneroka alam semesta ini:
- Prism Arcana Shorts: Kurechii melancarkan saluran khas di YouTube yang menampilkan video lore pendek tetapi padat. Video-video ini mengadaptasikan siri worldbuilding yang lebih panjang, untuk menjadikan sejarah Prism lebih mudah difahami dan diakses dalam format vertical video.

- Pelancaran Laman Bestiary: Pihak studio sedang meluaskan bahagian Bestiary di laman web rasmi worldbuilding mereka. Bermula dengan pengenalan enam profil makhluk baharu (termasuk Honey Bear, Salamander, dan Blooplet), pihak pembangun bercadang untuk melancarkan satu profil makhluk baharu setiap minggu untuk tempoh 24 minggu akan datang bagi menghidupkan lagi dunia Prism.

Peminat boleh meneroka dunia Prism mengikut kesesuaian masa masing-masing dengan melayari Laman Web Rasmi Prism Arcana untuk membaca profile Bestiary terbaharu, atau di YouTube bagi menonton siri Shorts.









Discussion about this post