Hari ini, Electronic Arts telah mendedahkan info lanjut tentang update akan datang yang merangkumi peringkat kehidupan yang sama sekali baru, termasuk pek expansion baharu yang turut mengiringi update itu. The Sims 4 Growing Together menjanjikan gameplay berorientasikan keluarga dan sambungan sosial serta mekanik interactivity yang diperluaskan.
Expansion pack ke-13 untuk The Sims 4, Growing Together datang bersama tumpuan kepada aktiviti keluarga, zaman kanak-kanak dan hubungan antara ibu anak. Ia akan dikeluarkan pada 16 Mac 2023 di PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, PC melalui EA dan Steam, dan Mac melalui Origin.
Jadi apa yang expansion update ini tawarkan? Jom lihat!
Peta baharu
San Sequoia adalah lokasi di hadapan teluk yang mempunyai 3 kawasan kejiranan:
- Anchorpoint Wharf
- Gilbert Gardens
- Hopewell Hills
Dunia ini mempunyai lebih banyak tarikan luar, iaitu gabungan gaya hidup tradisional dan bandar. Terdapat sebanyak 12 lot di San Sequoia yang anda boleh nikmati.
Sims pasti akan mempunyai pengalaman di taman bandar, di mana mereka boleh berjalan-jalan bersama-sama, belajar menunggang basikal, berjoging, dan juga mendaki di sepanjang laluan natural di tepi Gilbert Garden Lake. Sims boleh menikmati pemandangan yang indah, bermain di taman permainan, memancing ikan secara santai bersama datuk dan nenek mereka, menonton filem di teater dan menjamu selera di tepi jeti, melawat perpustakaan yang penuh dengan buku kanak-kanak, dan juga berseronok di Public Fountain Pad.
Boleh cipta Sim semuda bayi
Ini sim termuda dalam sejarah game Sim!
Anda boleh mencipta dan mengubah suai bayi. Jika dibandingkan dengan versi sebelum, kini anda boleh mengubah suai bayi dengan lebih banyak warna kulit (sebelum ini hanya ada 3 warna kulit). Ini bermakna anda boleh mengubah suai bayi itu supaya kelihatan seperti bayi anda sendiri! (Menggunakan warna kulit yang sama seperti sim dewasa) Berikut adalah info baharu mengenai update ciri kulit:
- Anda boleh menambahkan tanda lahir pada Sims, yang akan beransur-ansur pudar mengikut usia seperti dunia sebenar.
- Watak wanita malah boleh menambah ‘stretch mark’, untuk menjadikan keseluruhan cerita lebih realistik.
- Malah anda boleh menetapkan sama ada sims wanita boleh memberikan susu ibu melalui setting.
Membesarkan bayi anda
Sebelum update, bayi yang baru lahir terus membesar sehingga kanak-kanak. Dengan update terbaru ini, bayi baru lahir membesar sehingga sekitar 2 bulan, kemudian kita boleh membesarkannya sehingga 12 bulan, lalu bayi itu bertukar kepada kanak-kanak kecil.
Seperti bayi di dunia sebenar, bayi memerlukan sim dewasa untuk menjaga keperluannya. Interaksi dengan bayi pula menunjukkan reaksi baru contohnya apabila tukar lampin, sims akan rasa jijik dan sebagainya. Antara keperluan asas yang perlu diberi kepada bayi ialah:
- Memberi makan kepada bayi
- Mandi
- Menukar lampin
- Menidurkan bayi
Bayi perlu duduk di kerusi tinggi semasa makan, dan ada resipi baru yang sims boleh hasilkan khas untuk bayi. Apabila sims menjaga bayi, ia juga akan memberi kesan kepada hubungan dan dinamik keluarga antara sim bayi dan sim dewasa.
Milestone/pencapaian baharu
Apabila membesarkan sim baharu, milestone/pencapaian baharu bagi bayi juga akan dicapai, lantas menyerlahkan pertumbuhan sim dan menyediakan panduan untuk pemain dalam pengalaman gameplay zaman kanak-kanak serba baharu. Setiap pencapaian yang dicapai akan menjadi pengalaman baharu yang menarik untuk pemain. Sebagai contoh:
- Hilang gigi pertama
- Belajar bawa basikal
- Acara sosial baharu
- Baby Shower
- Slumber Party
Baru untuk bayi/kanak-kanak
Untuk kanak-kanak, EA menambah 18 sifat kanak-kanak baharu yang boleh mengubah tingkah laku mereka. Ciri-ciri ini secara beransur-ansur akan diperoleh dari semasa ke semasa, menjadikan setiap kanak-kanak unik dan lebih berketerampilan berbanding ciri asas mereka! Beberapa contoh termasuk menjadi aktif, memilih makan, suka bangun awal, penyanyi , mempunyai selera makan yang hebat, suka minum air, tidak suka tidur awal, suka berpelukan, dan lain-lain.
Aspirasi baru untuk Kanak-kanak
- Slumber Party Animal
- Mind and Body
- Playtime Captain
- Creative Genius
Sebagai tambahan:
- Kanak-kanak akan bertukar-tukar gelang persahabatan dengan rakan-rakan
- Kanak-kanak boleh membina rumah pokok dengan ahli keluarga yang lain.
Dinamik Keluarga
Hubungan antara dua ahli keluarga boleh ditentukan oleh dinamik keluarga di mana ia boleh dikategorikan kepada jenis seperti ‘Close’, ‘Distant’, ‘Difficult’, and ‘Jokesters’.
Dinamik keluarga merujuk kepada keseluruhan suasana emosi dan interaksi dalam sesebuah keluarga dan secara tidak langsung, ia boleh mempengaruhi hubungan antara ahli keluarga dengan sangat ketara. Jadi, anda perlu berhati-hati kerana ia juga boleh menjejaskan watak anak-anak di rumah.
Pelbagai dinamik keluarga membawa kepada cara yang berbeza di mana ahli keluarga berinteraksi antara satu sama lain dan berpotensi untuk menghasilkan hubungan keluarga yang lebih kompleks.
Feature baru ini mampu meningkatkan realisme gameplay terutama sekali berkaitan dengan proses pembesaran bayi dan kanak-kanaka. Dengan membawa perkara ini masuk ke dalam game, ia sudah pasti menjadikan pengalaman bermain menjadi lebih semula jadi dan terasa seperti di dunia sebenar.
Keserasian Sosial
Hubungan semula jadi di antara kedua-dua watak The Sims ditentukan dengan keserasian sosial mereka di mana ia mempengaruhi interaksi mereka antara satu sama lain.
Watak yang mempunyai keserasian sosial yang baik akan dapat bergaul bersama watak lain dengan sangat mudah. Manakala watak yang tidak mempunyai keserasian yang rendah, mereka mungkin akan mempunyai lebih banyak konflik.
Keserasian ini dipengaruhi oleh sifat suka dan tidak suka oleh setiap watak. Besar kemungkinan watak yang mempunyai minat yang sama akan lebih serasi dan bergaul bersama.
Kemaskini Objek baru
Terdapat beberapa objek baharu yang diperkenalkan untuk pemain cuba. Antaranya ialah:
- Boardgame dan Teka-Teki
- Menukar Lampin
- Basikal bersaiz kanak-kanak
- Tikar bermain untuk bayi
- Kerusi Malas
- Beg Tidur
- Rumah Pokok
- Piano
Berikut pula objek yang boleh didapatkan jika anda pre-order DLC baharu:
- Infant Carrier
- Toddler Slider
- Buaian
Jika anda ingin mendapatkan info lanjut mengenai DLC The Sims 4 Growing Together, boleh lawati laman web rasmi game. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai The Sims daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post