Jika kita sembang tentang Granblue Fantasy, ia lebih terkenal sebagai game mobile. Bukan itu sahaja, francais itu telah mendominasikan pasaran selama hampir satu dekad, dengan mengeluarkan kandungan baru setiap minggu. Pendek kata, ia adalah salah satu MMORPG paling menarik sekarang di pasaran. Dengan berjuta -juta pemain di seluruh dunia, jalan cerita yang luas, dan banyak watak berwarna-warni, francais kini memasuki dunia baharu – iaitu platform konsol. Memperkenalkan Granblue Fantasy: Relink.
Kami menerima peluang untuk mencuba Granblue Fantasy: Relink sekali lagi dalam previu awal di HQ mereka di Shibuya, Tokyo, jadi berikut adalah pandangan kami tentang adaptasi baru ini.
Dunia Fantasi Serba Baharu
Secara am, Granblue Fantasy: Relink adalah game spinoff dalam universe Granblue untuk PlayStation. Ia mempunyai jalan cerita yang tidak pernah diceritakan sebelum ini yang mengisahkan tentang Captain, watak yang dikawal oleh pemain, ketika mereka meneroka Sky Realm. Tidak seperti siri utama, game ini menampilkan kempen single-player yang cukup besar dan mode co-op empat pemain.
Dengan peralihan ke konsol gaming, Cygames mahu membuatkan sistem pertempuran rasa seperti visual dalam anime, dan ternyata, mereka berjaya melakukannya. Berbanding dengan game terdahulu dalam siri ini, Relink adalah aksi RPG di mana pemain memilih dari empat watak berbeza untuk membentuk satu pasukan.
Watak mana yang anda pilih akan mengubah pengalaman pertempuran dengan drastik. Daripada watak-watak yang cepat dan lincah kepada watak-watak kuat yang melakukan damage besar, sistem MMO masih terasa, dan tampil melalui suasana pertempuran yang berwarna-warni.
Musuh boleh melakukan efek status, berusaha untuk memisahkan watak dalam parti, dan cuba menghentikan serangan Link daripada berlaku. Link pula merupakan serangan kombo bersama ahli parti. Jika kita melakukan Link bersama keempat-empat rakan, sebuah kombo hebat akan aktif yang melakukan damage besar-besaran kepada musuh di sekitar.
Sistem RPG Sesuai Untuk Semua Pemain
Memandangkan peminat francais banyak datang daripada game mobile, anime, dan media lain, reka bentuk sistem pertempuran dan gear diselaraskan untuk pemain baru tetapi tidak lah sehingga terlalu linear untuk pemain berpengalaman. Dengan dunia terbuka yang luas, game ini dibahagikan kepada sejumlah kawasan yang besar. Customize gear dan pasukan anda sebelum memasuki mana-mana untuk menangani cabaran-cabaran tertentu.
Terdapat dua mode Assist untuk mereka yang baru kepada genre action-adventure RPG atau sama sekali baru kepada dunia gaming. Mode Assist dimainkan hanya menggunakan satu analog stick dan satu butang untuk kombo dan serangan, manakala mode Full Assist dimainkan dengan hanya satu analog stick, kerana watak akan Auto-Attack dan Combo dalam setiap pertarungan.
Eksplorasi digalakkan kerana ada pelbagai bos tersembunyi, dan harta karun yang tersorok di sekitar dunia. Watak -watak juga membuatkan pengalaman bermain lagi meriah, dengan perbualan dan pertengkaran yang lucu sermasa meneroka dan bertarung.
Di luar jalan cerita utama, mode co-op empat pemain memberi tumpuan kepada quest untuk pengalaman MMORPG tulen. Terdapat lebih daripada 100 quest untuk cuba semasa pelancaran, yang memfokuskan pada bos-bos kuat dan meneroka kawasan baru. Kerja pasukan amat diperlukan, tetapi kita bebas menukar loadout untuk setiap watak dan melakukan misi mengikut rentak sendiri.
Setiap watak mempunyai mekanik pertempuran sendiri yang menghasilkan gaya aksi unik — hujani musuh dengan serangan pantas, menggunakan senjata api dan sihir untuk menyerang dari jarak yang selamat, atau bertahan untuk peluang melakukan damage besar dengan serangan yang tepat! Nikmati pengalaman pertempuran unik berdasarkan watak yang anda pilih!
Kombo, Skybound Art, dan serangan bersama yang hebat – semuanya boleh dilaksanakan dengan kawalan mudah. Anda juga boleh memilih untuk mengautomasikan beberapa tindakan atau menetapkan hampir semua aksi selain pergerakan menjadi automatik, jadi pendatang baru kepada genre boleh bermain dengan mudah.
Naratif Berbeza Daripada Apa Peminat Tahu
Dewa-dewa kuno yang dikenali sebagai Primal Beasts memerintah dunia ini, dan sejenis kuasa jahat berusaha untuk melepaskan mereka daripada tanah. Hadapi ancaman-ancaman ini pada segmen-segmen berbeza dalam jalan cerita, masing-masing sangat unik dan menampilkan pertempuran berskala besar bersama makhluk yang saiznya gergasi hingga cecah langit atau mampu mengubah landskap.
Khususnya, kisah berlaku di pulau terapung yang dikenali sebagai Sky Realm. Protagonis memulakan perjalanan bersama rakan naganya, Vyrn, ke pulau legenda Estalucia. Dia jumpa ramai kawan baru sepanjang perjalanan, termasuk Lyria, seorang gadis yang memiliki kuasa misteri.
Kisah akan bermula apabila protagonis dan sekutunya tiba di Zegagrande Skydom, salah satu kawasan di Sky Realm yang luas. Mereka meneruskan pengembaraan menarik yang tidak terkira banyaknya, menghadapi primal beast yang menjaga pulau, serta Church of Avia, sebuah organisasi rahsia yang beroperasi di langit. Apabila kumpulan itu terlibat dalam perang dan konspirasi yang melibatkan keseluruhan langit, mereka mesti bersemuka dengan takdir besar ini.
Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai naratif Granblue Fantasy: Relink, adaptasi anime boleh memberi semua info yang anda perlu tahu sebelum mencuba game ini.
Dari segi jumlah masa bermain, jalan cerita utama akan mengambil masa kira-kira 20 jam tetapi anda akan membuka quest baru semasa meneruskan cerita. Selepas kredit berlangsung, kita akan membuka jalan cerita/quest tambahan atau senario tambahan, yang kemudian akan membentuk kira-kira 20 jam tambahan daripada jumlah masa bermain.
Akhirnya, selepas melengkapkan semua kandungan cerita, anda akan membuka Endgame, yang penuh dengan quest mencabar. Ini boleh menambah sekurang-kurangnya 60 jam tambahan daripada jumlah masa bermain. Di sini juga anda boleh mendapatkan peralatan kuatan untuk menghadapi cabaran yang lebih sukar.
GranBlue Fantasy: Relink akan datang ke PS5 dan PS4 pada 1 Februari, 2024. Dapatkan segala berita kami tentang game ini di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post