Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kingston Lancar ‘Limited-Edition 2024 Mini Dragon USB Drive’ – Boleh Dapat Sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 21, 2023
in Aksesori, Artikel, Berita, Teknologi
0 0
0
Kingston Lancar ‘Limited-Edition 2024 Mini Dragon USB Drive’ – Boleh Dapat Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena menyambut tahun baharu, hari ini Kingston Technology mengumumkan pelancaran 2024 Mini Dragon USB Flash Drive edisi terhad di Malaysia. Terletak di dalam sarung telur naga yang comel, Mini Dragon USB Flash Drive mempunyai kapasiti 128GB yang besar, menjadikannya hadiah yang sempurna untuk mereka yang sedang dalam perjalanan.

Kredit: Gamer Santai

Mini Dragon USB Flash Drive meneruskan reka bentuk ikonik Kingston Mini Collection, tetapi kali ini menampilkan naga hijau yang comel dan bulat berlegar-legar di awan dan disarungkan dalam pembungkusan telur naga.

Bahagian luar getah yang licin memastikan daya tahan terhadap jatuh dan hentaman, manakala ekornya direka sebagai gelung kunci untuk portabiliti, lantas memudahkan kita untuk membawa fail ke mana-mana sahaja.

Kredit: Gamer Santai

Tahun ini, Mini Dragon USB Flash Drive menerima peningkatan kapasiti, dan kini menawarkan 128GB — cukup untuk menyimpan lebih 8 jam video 1080p, 30,000+ foto resolusi tinggi atau 30,000+ lagu berkualiti tinggi.

Menampilkan interface USB 3.2 Gen 1, USB Drive ini menyampaikan kelajuan sehingga 10 kali lebih pantas daripada USB 2.0, untuk mencapai sehingga 200 MB/s. Mini Dragon USB Drive adalah mesra pengguna dan serasi dengan Windows, Mac dan Linux. Anda hanya perlu cabut rambut naga dan sambungkan ke port USB untuk memulakan perpindahan fail.

Kredit: Gamer Santai

Kingston 2024 Mini Dragon USB Drive akan tersedia di semua kedai runcit dan fizikal Kingston mulai 20 Disember pada harga RM98. Pelanggan akan menerima Paket Merah Kingston secara percuma dengan pembelian Mini Dragon USB Flash Drive, serta peluang untuk memenangi iPhone 15. USB Drive disokong oleh waranti 5 tahun, dan sokongan teknikal percuma.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Kingston.

Dapatkan segala berita kami tentang produk Kingston di SINI!

Tags: 2024 Mini DragonKingstonUSB Drive
ShareTweetSend
Previous Post

Pergi Comic Fiesta 2023? Jom Usya Jemputan & Persembahan Yang Bakal Meriahkan Acara!

Next Post

Preview Granblue Fantasy: Relink – Dari Mobile Ke Konsol, Dunia Luas Untuk Teroka!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!
PC

BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!

June 5, 2026
EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!
Berita

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!

June 5, 2026
Next Post
Preview Granblue Fantasy: Relink – Dari Mobile Ke Konsol, Dunia Luas Untuk Teroka!

Preview Granblue Fantasy: Relink - Dari Mobile Ke Konsol, Dunia Luas Untuk Teroka!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd