Semasa livestream Capcom Showcase, kita sekali lagi bertemu dengan game PRAGMATA. Kami pasti ramai yang inginkan kemas kini lanjut mengenai game tersebut. Malang sekali game PRAGMATA sekali lagi ditunda dan kini tiada tarikh rasmi pelancaran yang dijadualkan.
Walaupun begitu, Capcom telah melepaskan trailer baharu yang menunjukkan gameplay pertama game. Anda boleh tonton video trailer tersebut di bawah.
Diumumkan pada 2020, PRAGMATA merupakan sebuah game yang berlatarkan masa depan distopia di Bulan. Ia akan membawa pemain ke sebuah pengembaraan yang sukar untuk dilupakan melalui konsol terbaru. Game tersebut sepatutnya dilancarkan pada 2022 telah ditunda ke 2023. Dengan pengumuman baharu ini, mungkin lama lagi untuk kita lihat lebih dalam untuk game itu.
Capcom turut memberikan mesej maaf berikutan penundaan game. Berikut adalah mesej yang disampaikan:
“Untuk semua peminat kami,
Berat hati untuk kami menunda pelepasan untuk PRAGMATA.
Pasukan kami sedang bekerja keras untuk menghasilkan game terbaik yang kami boleh, tetapi kami memerlukan masa.
Terima kasih atas sokongan anda”
PRAGMATA akan dilancarkan pada PS5, Xbox Series X dan PC melalui Steam. Harap-harap kita dapat melihat kemas kini lanjut mengenai game ini pada masa akan datang. Lihat daripada trailer pendek itu sahaja sudah mampu menarik perhatian pemain.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post