Capcom Taiwan hari ini mengumumkan bahawa game mobile mereka ROCKMAN X DiVE akan berkolaborasi bersama game Monster Hunter Rise, dalam acara Emission Code: R.I.S.E yang akan bermula 23 Jun nanti. Acara in-game ini bakal menampilkan beberapa watak serta dua senjata dari Monster Hunter Rise. Capcom telah membuka acara Monster Hunter Collaboration Pre-Registration bermula hari ini.
Acara Monster Hunter Collaboration memerlukan pemain untuk mendaftar e-mel mereka dalam “Current Event” in-game sehingga jam 10 pagi pada 21 Jun nanti. Mereka yang sudah mendaftar akan menerima nombor siri dari e-mel untuk melakukan penebusan pada 23 Jun, dan berpeluang untuk menyertai “Share for Lucky Draw” bagi mendapatkan RXD X MHRise Special Collaboration Cardcase serta Element metal.
Ini adalah acara pertama ROCKMAN X DiVe bekerjasama dengan bukan siri dari Megaman. Acara Monster Hunter Collaboration memerlukan pemain untuk menyelesaikan misi Emission Code: R.I.S.E, dimana ia bakal menggabungkan “Hunter V (Sinister)”, “Hunter R (Kamura)”, “Rathalos Armor X”, serta dua senjata edisi terhad iaitu “Sinister Shadow Saber” dan “Sinister Gatling Gun”. Acara ini juga mempunyai elemen game Rise seperti meneroka melalui bantuan “Wirebug” di kawasan dalam peta, dan bertarung dengan Boss yang tersangat kuat.
Selain itu, di acara Monster Hunter Collaboration Pre-Registration, pemain bakal mendapat Event-limited S Rank: Hunter Card, Zenny, Universal Star UP Card III, Weapon EXP Program III, Skill Point, Proficient Memory Card, dan Shock Absorter apabila menebus nombor siri virtual treasure dari e-mel mereka. Malah anda juga boleh berpeluang untuk memenangi hadiah seperti RXD X MHRise Special Collaboration Cardcase serta Element metal.
Untuk menyertai acara “Monster Hunter Collaboration Pre-Registration”, anda boleh tekan sahaja pautan ini. Manakala bagi yang ingin mengikuti perkembangan terbaru dari game Rockman X Dive, anda boleh ikuti media sosial Facebook dan Twitter mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post