Baru sahaja tadi, game MOBA pertama bertemakan Pokemon, iaitu Pokemon UNITE telah diumumkan bahawa ia akan tiba pada musim panas ini! Game ini dijadualkan bakal tiba untuk konsol Nintendo Switch pada bulan Julai, dan versi mobile pula akan tiba pada bulan September nanti. Sistem cross-platform antara Switch dan mobile telah pun dirancang, dan pemain antara dua platform ini boleh bertarung bersama ataupun menentang satu sama lain.
Bagi mereka yang log masuk menggunakan akaun Nintendo atau Pokemon Trainer Club, anda boleh menggunakan data game yang sedia ada untuk mana-mana peranti. Melalui ciri ini, pemain boleh bermain di mana-mana sahaja, seperti di skrin TV menggunakan versi Switch, ataupun bermain di telefon pintar menggunakan versi mobile.
You can find more details on #PokemonUNITE below!
➡️https://t.co/vqzO3xdAGf https://t.co/1hzpnQWk6c
— Pokémon (@Pokemon) June 17, 2021
Pokémon Unite adalah permainan video arena pertempuran online yang dibangunkan oleh TiMi Studios dan diterbitkan oleh Tencent bekerjasama dengan Syarikat Pokémon untuk platform Android, iOS di mobile dan konsol Nintendo Switch. Sama seperti mana-mana MOBA, satu mekanik utama adalah untuk meningkatkan watak bagi mendapatkan kebolehan yang lebih kuat. Di Pokemon Unite, mekanik ini mempunyai kaitan dengan elemen evolusi Pokemon.
Pemain akan memulakan perlawanan dalam bentuk asas Pokemon mereka dan perlu meningkat level untuk belajar kebolehan dan bentuk evolusi baru. Itu bermakna bahawa senarai watak akan terdiri dari banyak Pokemon dengan tiga tahap evolusi. Namun, kita ada beberapa pengecualian untuk beberapa jenis Pokemon, seperti Pikachu dan Snorlax.
Bagi yang berminat untuk mengetahui bagaimana gameplay Pokemon UNITE, anda boleh saja membaca ulasan pandangan pertama kami. Manakala untuk mereka yang ingin membaca segala liputan kami mengenai game ini, anda boleh tekan pada pautan yang tersedia.

@gamersantaimy
Discussion about this post