Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Postknight 2 hadir dengan pelbagai perubahan – Temu ramah bersama Yiwei P’ng dari Kurechii!

Maira by Maira
December 16, 2021
in Android, Artikel, Berita, Genre, iOS, Mobile, Tempatan, Temuramah
0 0
0
Postknight 2 hadir dengan pelbagai perubahan – Temu ramah bersama Yiwei P’ng dari Kurechii!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan pelancaran Postknight 2 pada awal bulan Disember, kami berpeluang untuk menemu ramah individu penting disebalik permainan mobile tempatan tersebut. Orang itu ialah Yiwei P’ng yang merupakan pengasas dan direktor di Kurechii, sebuah syarikat pembangunan game di Malaysia. Dia telah berceritakan pelbagai perkara mengenai Postknight 2 dan perkara menarik yang akan menanti pemain pada masa akan datang.

Sekuel Postknight

Dengan kejayaan Postknight, Yiwei mendedahkan bahawa pasukannya tidak begitu terbeban atau stres semasa membangunkan Posknight 2. Tetapi tekanan tersebut mula bangkit apabila permainan tersebut dilancarakan pada 2 Disember lalu. Di Kurechii, pasukan tersebut sudah bertekad untuk membangunkan game yang lebih baik dan hebat daripada game yang pertama. Ia bukan tertakluk pada Postknight sahaja – pasukan tersebut sentiasa berusaha untuk membuat game yang lebih bagus daripada sebelumnya. Fokus mereka lebih kepada pembangunan itu sendiri daripada memikirkan tekanan terhadap projek itu.

Selepas Postknight 2 dilancarkan, pasukan mula berasa tertekan sedikit. Sudah tentu ramai pemain yang akan membandingkannya dengan permainan sebelumnya dan mereka bersyukur ramai pemain yang memberikan maklum balas positif terhadapnya. Malah, ada juga yang menunjukkan masalah teknikal yang dihadapi kerana game itu lebih “demanding” daripada game pertama. Ia juga kerana ia memerlukan sambungan Internet untuk dimainkan berbanding Postknight 1 yang boleh dimainkan offline. Walaupun ia masalah yang biasa pada game mobile, Yiwei berkongsikan bahawa harapan pemain lebih tinggi pada aspek teknikal berbanding gameplay Postknight.

Postknight 2 pda mulanya dilancarkan sebagai akses awal selama 7 bulan. Yiwei memberitahu bahawa ada pemain yang mengganggap akses awal itu seperti game penuh berbanding game akses awal. Disebabkan itu, beberapa aspek dan ciri yang diuji lebih daripada yang lain.

RelatedPosts

Kolaborasi SUSHIRO Singapore x Street Fighter Kembali Untuk Pusingan Kedua!

Apple Arcade Menambah Empat Game Baharu, Diketuai oleh Play-Doh World, Pada 7 Ogos

ASUS Malaysia Melancarkan Laptop Gaming Baharu Berkuasa RTX 5050, Kini Tersedia Bermula RM4,799

Yiwei berkongsikan bahawa jika Kurechii akan mengeluarkan tajuk baru untuk game mereka, akan ada lebih gameplay mekanik dan sistem diletakkan untuk pemain mencuba atau memberikan ganjaran kepada mereka yang mencuba pelbagai benda yang tersedia dalam game itu. Seperti Postknight 2, pemain yang bermain akses awal dapat menyimpan progress mereka setelah game itu dilancarkan sepenuhnya. Yiwei juga berkata bahawa Postknight 1 akan dikekalkan untuk semua pemain walaupun tiada kandungan baru yang akan diberikan. Kurechii akan lebih memantau game tersebut supaya ia boleh dimainkan pada peranti baru untuk tahun ke hadapan.

Gameplay Postknight 2

Bonds

Bercerita tentang Postknight, salah satu ciri yang disukai ramai ialah bond system, dimana pemain boleh berinteraksi dan memberikan hadiah kepada NPC dalam game. Apabila bond anda sudah penuh, anda dapat membukan memori dan mendapat ilustrasi khas bersama watak tersebut.

Menurut Yiwei, pasukan mereka telah memudahkan sistem tersebut dan memberikan sedikit kedalaman padanya. Latar belakang watak dalam Postknight 2 lebih mendalam dengan rintangan dan masalah yang dihadapi masing-masing. Di situlah pemain akan membantu mereka untuk meneruskan hubungan mereka dengan watak tersebut. Selain itu, pemain juga dapat membawa watak yang mereka bond ke pelbagai acara. Dalam acara Wintertide akan datang, pemain dapat bercuti dengan watak masing-masing dan membuka saat khas dan ilustrasi.

Penambahan terbesar pada sistem ini di Postknight 2 ialah terdapat watak lelaki untuk bond berbanding watak perempuan sahaja dari Postknight 1. Jadi, pasukan telah memberikan kebebasan sedikit pada customization watak. Tidak kiralah jantina apapun yang ada inginkan, semuanya terletak pada tangan pemain. Tidak ada halangan untuk watak-watak yang pemain ingin adakan bond, mereka bebas memilihnya.

Sistem Division

Ini juga merupakan aspek lain yang terdapat dalam gameplay Postknight 2. Pemian boleh memasuki satu daripada Division yang tersedia. Untuk masa sekarang, pemain hanya boleh bermain bounty quest tetapi akan ada penambahan padanya selepas ini. Dia berkata akan ada mekanik skuad atau berpasukan seperti organisasi.

Pasukan Postknight juga akan seimbangkan setiap Division kerana di Postknight pertama, ramai pemain yang memasuki Pryodash division berbanding division lain seperti Etherdawn dan Neverwhisk. Jadi, sementara mereka mengusahakan untuk seimbangkannya, mereka ingin meneroka cara untuk membina sesuatu yang unik untuk setiap division. Dengan ini, pemain tidak lagi fikir mengenai Division terkuat untuk dimasuki tetapi mereka akan lebih memilih Division yang mereka sukai.

Kandungan masa depan

Untuk Postknight 2, sudah tentu ada beberapa kandungan menarik yang akan ditambah. Yiwei bercerita kepada kami antara kandungan yang akan ditambah.

Salah satunya ialah Dungeon. Pasukannya telah eksperimen Dungeon tersebut pada akses awal Postknight 2. Ia antara kandungan akhir untuk permainan dan ia memang sangat mencabar. Pemain akan dapat mencuba pelbagai perkara yang berlaku di Dungeon. Selain itu, Yiwei juga ada mengacah kandungan lain untuk acara perayaan seperti Wintertide dan Valentine. Pasukannya juga berkongsi bahawa akan ada lima kawasan baru ditambah, setiap satu untuk setiap bulan. Terdapat juga mini game yang masih dicuba untuk diletakkan dalam gameplay yang sudah pasti menyeronokkan untuk dimain bersama main story.

Banyak lagi perancangan yang Yiwei dan pasukannya ada dan mereka akan memberikan roadmap kepada pemain untuk mengetahui kandungan lanjut yang akan ditambah dalam Postknight 2.

Lokalisasi

Kami juga ada bertanya kepada Yiwei mengenai lokalisasi untuk Postknight 2 memandangkan Postknight 1 mempunyai 11 bahasa yang tersedia.

Katanya, sekuel ini hanya mempunyai bahasa Inggeris sahaja yang tersedia tetapi pelbagai perkara yang berlaku yang menyebabkan mereka terpaksa melewatkan lokalisasi untuk bahasa lain. Dia berkata bahawa pasukannya memerlukan lebih banyak masa dan sumber untuknya. Jadi, pelbagai perkara yang perlu dipertimbangkan memandangkan Kurechii hanya sebuah pasukan yang kecil, mereka perlu mengejar masa untuk produksi Postknight 2 lebih-lebih lagi kandungan baru yang perlu dimasukkan.

Yiwei tidak menyatakan bahasa mana yang akan tersedia dulu tetapi dia berkata bahawa pasukan itu sedang bekerja untuk melepaskan bahasa baru untuk permainan itu secara beransur-ansur.

Mesej kepada pembangun mobile indie lain

Mengakhiri sesi temu ramah ini, kami bertanya kepada Yiwei jika dia ada mesej yang ingin disampaikan pada pembangun game mobile indie lain dalam industri.

“Ianya sesuatu yang sentiasa saya ingatkan pada diri sendiri – “Think big, Start Small“. Seangkah demi selangkah. Ianya penting untuk mempunyai visi yang besar .Contohnya, kita cuba untuk membina universe kita sendiri dengan watak sendiri, lore, budaya dan banyak lagilah. Tetapi, tengok pada diri sendiri, kita tidak mempunyai banyak sumber, tidak mempunyai konsep artis yang cukup atau penulis untuk kembangkan lagi dunia itu. Jadi, itu yang kami sedang lakukan. Apa yang kami ada sekarang, kami mula dari kecil, selangkah pada satu masa.”

Yiwei P’ng

Nampaknya Postknight 2 mempunyai banyak lagi perkara yang akan menanti pemain. Terima kasih kepada Yiwei kerana sudi berkongsikan mengenainya. Selamat maju jaya kepada Kurechii untuk terus berkembang dalam industri ini.

Jika anda ingin bermain Postknight 2, anda boleh klik pada butang di bawah. Untuk segala temu ramah lain dari kami, sila klik pautan ini.

Muat turun di sini
Postknight 2
Release Date: 2021-12-02
Android, iOS
Kembara melalui laluan yang berbahaya dan sampaikan kepada watak-watak yang jelas dengan semangat dan perjuangan mereka sendiri. Kembangkan ikatan istimewa dan cipta kenangan abadi di Prism. Jadilah sebahagian daripada dunia fantasi ini sambil anda mencari dan membuat perbezaan terkecil kepada orang yang anda temui dan tempat yang anda kunjungi.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: KurechiiPostknight 2Yiwei P'ng
Previous Post

7 fakta yang anda mungkin tidak tahu tentang Saitama dari One-Punch Man!

Next Post

Ubisoft Toronto rasmi memulakan pembikinan untuk Splinter Cell Remake!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Kolaborasi SUSHIRO Singapore x Street Fighter Kembali Untuk Pusingan Kedua!
Acara

Kolaborasi SUSHIRO Singapore x Street Fighter Kembali Untuk Pusingan Kedua!

July 9, 2025
Apple Arcade Menambah Empat Game Baharu, Diketuai oleh Play-Doh World, Pada 7 Ogos
iOS

Apple Arcade Menambah Empat Game Baharu, Diketuai oleh Play-Doh World, Pada 7 Ogos

July 9, 2025
ASUS Malaysia Melancarkan Laptop Gaming Baharu Berkuasa RTX 5050, Kini Tersedia Bermula RM4,799
Teknologi

ASUS Malaysia Melancarkan Laptop Gaming Baharu Berkuasa RTX 5050, Kini Tersedia Bermula RM4,799

July 9, 2025
Next Post
Ubisoft Toronto rasmi memulakan pembikinan untuk Splinter Cell Remake!

Ubisoft Toronto rasmi memulakan pembikinan untuk Splinter Cell Remake!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd