Ubisoft akhirnya telah mengesahkan kewujudan Splinter Cell Remake di mana pembangunan kini sudah bermula dan diketuai oleh Ubisoft Toronto. Berikut adalah video teaser:
Game asal – Tom Clancy’s Splinter Cell – telah dilancarkan pada tahun 2002 di pelbagai platform termasuk PS2 dan Xbox lalu dipuji pada masa itu kerana grafiknya yang mengagumkan dan aksi “stealth” yang menarik, manakala entri terakhir dalam siri ini iaitu Splinter Cell: Blacklist keluar di PS3, Xbox 360 dan Wii U pada tahun 2013.
Menurut kata penerbit, game ini akan dibina semula “dari bawah ke atas” dan akan menggunakan enjin ‘Snowdrop’, enjin baharu yang juga digunakan untuk dua juduk akan datang – Avatar: Frontiers of Pandora dan game Star Wars yang tidak dinamakan. Enjin ini dikatakan akan menyampaikan “visual dan gameplay generasi baharu, serta pencahayaan dan bayang dinamik yang membuatkan siri ini terkenal,” kata Ubisoft.
Belum ada tarikh keluaran pasti tetapi pembangun berkata sedang mencari bakat untuk menggilap lagi judul. Buat masa ini, kita semua boleh menganggap bahawa Remake ini masih dalam peringkat awal. Dalam temu bual yang diterbitkan di laman web Ubisoft, mereka yang bekerja di projek itu mendedahkan lebih banyak maklumat tentang remake ini.
“Bagi saya, sebuah remake mengambil apa yang anda akan lakukan dalam remaster dan melangkah sedikit lebih jauh dengannya. Splinter Cell asal mempunyai banyak perkara yang menakjubkan dan merevolusikan semasa ia dikeluarkan pada 19 tahun yang lalu.”
“Masyarakat gaming sekarang mempunyai selera yang lebih khusus. Jadi, saya rasa ia mesti jadi remake berbanding remaster”.
kata penerbit Matt West Read.
Jika masih berminat untuk tahu lebih, anda boleh baca lebih lanjut tentang Splinter Cell Remake dari Pengarah Kreatif Chris Auty, Penerbit Matt West dan Penerbit Teknikal Peter Handrinos di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post