Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

POCO M6 Rasmi Lancar Di Malaysia, Harga Early-Bird Bermula RM539

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 12, 2024
in Artikel, Berita, Smartphone, Teknologi
0 0
0
POCO M6 Rasmi Lancar Di Malaysia, Harga Early-Bird Bermula RM539
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, POCO Malaysia telah memperkenalkan POCO M6, smartphone baharu mampu milik yang menggabungkan kamera 108MP gred pro dengan paparan FHD+, prestasi terbaik dalam kelasnya, bateri yang cemerlang dan prestasi pengecasan pantas. Menampilkan reka bentuk belakang kaca, POCO M6 memuatkan pelbagai keupayaan dalam julat harganya yang semurah RM 699 (harga rasmi, bukan harga early bird).

Kredit: POCO

Berikut adalah butiran penting tentang produk baharu ini.

POCO M6 menampilkan reka bentuk panel belakang kaca yang anggun, dan tersedia dalam tiga pilihan warna unik – Black, Purple dan Silver. Sangat nipis pada ukuran hanya 8.3mm, peranti diperakui IP53, yang menawarkan ketahanan terhadap keadaan cuaca basah dan tumpahan air tidak sengaja.

Dilengkapi paparan LCD FHD+ (2460 x 1080) 6.79 inci dengan HBM 550 nits dan nisbah kontras 1500:1, pengguna boleh menantikan pengalaman visual yang sangat jelas dan mengasyikkan. Dengan menggabungkan teknologi AdaptiveSync, POCO M6 melaraskan refresh rate paparan secara bijak, pada maksimum 90Hz. Kadar touch sampling 180Hz yang pantas pula membantu memberikan kelebihan dalam game jenis fast-paced.

Kredit: POCO

Dikuasakan oleh cipset MediaTek Helio G91 Ultra, CPU octa-core ini mengandungi dua core Cortex-A75 berprestasi tinggi yang disokong oleh enam core Cortex A55 yang cekap kuasa. Pemproses grafik Arm Mali-G52 MC2 juga memastikan pengalaman gaming yang lancar.

Peminat fotografi juga pasti akan kagum dengan kamera utama gred profesional 108MP yang mempunyai sensor 1/1.67 inci daripada Samsung. Bersama dual LED ring flashlight, fotografi waktu malam kini lebih baik, dengan night mode dan portrait yang sangat jelas dan terang.

Kredit: POCO

Pengemar selfie juga boleh menikmati kamera hadapan 13MP untuk imej yang lebih jelas dan terperinci. Dalam keadaan cahaya malap, POCO M6 menawarkan soft-light ring yang meningkatkan pencahayaan semula jadi. Selain itu, peranti menawarkan pelbagai filter unik sedia ada, termasuk filter vintaj filmCamera, dan filmFrame.

POCO M6 memuatkan bateri berkapasiti tinggi 5,030mAh dan pengecasan pantas 33W dengan keupayaan untuk mencapai bateri penuh dalam masa 70 minit sahaja.

Kredit: POCO

Ciri-ciri tambahan termasuk teknologi sentuhan basah, Corning Gorilla Glass, dan diperakui TÜV Rheinland Low Blue Light, Pensijilan Flicker Free dan Circadian Friendly untuk memastikan pengalaman menonton yang selesa dan sihat.

Harga dan Ketersediaan

Kredit: POCO

Mulai 13 Jun, POCO M6 akan tersedia dalam tiga warna – Black, Purple dan Silver – dengan dua pilihan varian: 6GB+128GB dan 8GB+256GB. POCO M6 boleh dibeli secara eksklusif pada platform e-dagang rasmi di mi.com, dan kedai rasmi POCO di Shopee dan Lazada.

Dari 13 hingga 19 Jun, mereka yang berminat boleh menikmati harga istimewa early bird sebanyak RM539 (6GB+128GB) dan RM639 (8GB+256GB).

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: POCO M6Smartphone
ShareTweetSend
Previous Post

Anime The Lord of the Rings: The War of the Rohirrim – Visual Pertama & Tarikh Keluaran!

Next Post

Previu Super Monkey Ball Banana Rumble – Monyet Mula Merusuh!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya
Review

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Filem

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

May 23, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Next Post
Previu Super Monkey Ball Banana Rumble – Monyet Mula Merusuh!

Previu Super Monkey Ball Banana Rumble - Monyet Mula Merusuh!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd