POCO telah mengumumkan pelancaran global untuk dua model telefon baru iaitu POCO F4 dan POCO X4 GT. Kedua-duanya hadir dengan chipset terbaik yang boleh memberikan prestasi hebat serta mesra bajet. Mari kita lihat secara ringkas mengenai kedua-dua fon ini.
POCO F4
POCO F4 dilengkapi dengan chipset Snapdragon® 870 dan memaparkan pemprosesan 7nm dengan sokongan 5G. Peranti ini mempunyai teras perdana frekuensi tertinggi yang berfungsi pada 3.2GHz. Kuasa pemprosesan yang tinggi juga menawarkan aplikasi cepat dibuka, grafik game tinggi dan skrol yang lancar pada halaman web.
Prestasi tahap tinggi dikekalkan dengan ruang wap super besar 3,112mm² dengan LiquidCool Technology 2.0. RAM LPDDR5 dan ROM UFS 3.1 membolehkan capaian data yang lebih pantas dan bagus untuk melakukan multitask. Ia juga model POCO F4 yang paling nipis. Peranti ini mempunyai skrin 6.67″ E4 AMOLED dan 2.76mm DotDisplay ultra-kecil, salah satu yang terkecil dalam industri. Ia menampilkan kadar segar semula 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 360Hz untuk kependaman tindak balas yang lebih rendah.

Dengan kecerahan puncak skrin sebanyak 1,300 nits, POCO F4 memastikan setiap detik dipaparkan pada nilai idealnya untuk perincian dan kontras. Dwi pembesar suara, disahkan dengan Dolby Atmos, menambah pengalaman mengasyikkan dengan menyampaikan bunyi yang dinamik dan jelas.
Tiga kamera belakang POCO F4 menampilkan penambahan Optical Image Stabilization (OIS) buat pada kamera utama 64MP peranti. Ini menyampaikan foto yang jelas dan tajam walaupun dalam cahaya malap. Bersama kamera utama 64MP ialah kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Kamera POCO F4 yang dilengkapi 4K juga datang dengan banyak ciri yang menyeronokkan dan mudah, termasuk Panoramic Selfie Mode, Night Mode, AI Skyscaping 4.0 and AI Erase 2.0.

POCO F4 didatangkan dengan bateri 4,500mAh dan pengecasan turbo 67W, hanya mengambil masa 38 minit untuk mengecas sehingga 100%. Dengan bateri yang dicas penuh, ia menawarkan kekuatan dalam tempoh sehingga 10 jam gaming, 21 jam video dan 119 jam muzik. Peranti ini menggunakan teknologi Middle Middle Tab (MMT) untuk kelajuan dan kestabilan pengecasan yang lebih baik.
POCO X4 GT
POCO X4 GT membawakan cipset MediaTek Dimensity 8100 dan pemprosesan TSMC 5nm termaju, memberikan pengguna prestasi pantas sambil mengekalkan penggunaan kuasa yang rendah dan suhu yang tidak terlalu panas. POCO X4 GT menawarkan RAM LPDDR5 dan ROM UFS 3.1, menjadikan peranti ini antara RAM dan storan terpantas POCO, dan bagus untuk game yang memerlukan framerate tinggi. Sistem penyejukan LiquidCool Technology 2.0 boleh memastikan SoC kekal sejuk dan mengekalkan prestasi lancar.
Ia juga datang dengan paparan LCD 20.5:9, menjadikannya selesa untuk digenggam dan mudah dipegang. Untuk menawarkan paparan LCD terbaik, ia dilengkapi dengan LCD True Display pertama POCO. Pelarasan suhu warna paparan adalah bergantung kepada keadaan cahaya persekitaran luaran, memberikan tontonan yang selesa. POCO X4 GT membolehkan pengurangan blue light berbahaya sehingga 30%. POCO X4 GT membawa satu bilion warna dan menyokong gamut warna lebar DCI-P3 untuk kontras yang lebih tajam dan butiran yang lebih banyak pada skrin.

POCO X4 GT mengecas bateri 5,080mAh dengan cepat dan selamat dengan pengecasan turbo 67W, menjana kuasa sehingga 100% dalam masa 46 minit sahaja. Dalam masa 6 minit, ia boleh dicas sehingga 25%. Dibantu oleh teknologi Middle Middle Tab (MMT), ia membolehkan anda bermain lebih daripada 90 minit dengan hanya 10 minit pengecasan.
Tiga kamera belakang serba boleh dan pembesar suara stereo Dolby Atmos®, POCO X4 GT berfungsi sebagai kamera 4K dengan ciri mudah dan hebat yang membantu pengguna mencapai potensi kreatif mereka. Memaparkan kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP, foto menangkap setiap butiran, dekat atau jauh. Untuk swafoto berkualiti tinggi, kamera hadapan 16MP tersedia. Didatangkan dengan 19 templat vlog hebat yang telah diprapasang, serta fungsi Draf, pengguna akan dapat merakam dan mengedit kandungan berkualiti.
POCO menambah satu lagi perkhidmatan kepada kedua-dua POCO F4 dan POCO X4 GT. Pengguna boleh menikmati perkhidmatan selepas jualan premium, yang menawarkan perkhidmatan pembaikan skrin percuma sekali dalam tempoh 6 bulan pertama selepas pembelian.

Ketersediaan produk
POCO F4 akan tersedia di Malaysia mulai 27 Jun, dan akan didatangkan dalam dua varian :
- 6GB + 128 GB – RM 1599
- 8GB + 256 GB – RM 1699
POCO F4 akan datang dalam tiga warna: Moonlight Silver, Night Black dan Nebula Green.
POCO X4 GT boleh didapati mulai 30 Jun, dan turut hadir dalam dua varian:
- 6GB + 128 GB – RM 1499
- 8GB + 256 GB – RM 1599
POCO X4 GT akan datang dalam tiga warna: Black, Blue dan Silver.
POCO F4 akan mula dijual secara eksklusif melalui Shopee dan POCO X4 GT akan mula dijual secara eksklusif dari Lazada. Untuk masa yang terhad, kedua-dua peranti akan tersedia untuk pembelian pada harga awal seperti di bawah.
- POCO F4 (bermula 27 Jun 2022)
- 6GB+128GB (RM 1,499) atau 8GB+256GB (RM 1,599) – Shopee
- POCO X4 GT (bermula 30 Jun 2022)
- 8GB+128GB (RM 1,399) atau 8GB+256GB (RM 1,499) – Lazada
Harga awal ini hanya tersedia mengikut stok sedia ada. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai produk daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post