gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Fakta & Trivia

“AFK”? “DC”? Belajar maksud gaming slang yang sering didengari semasa bermain game! (A-F)

safwan by safwan
June 23, 2022
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Senarai
0 0
0
“AFK”? “DC”? Belajar maksud gaming slang yang sering didengari semasa bermain game! (A-F)
Share on FacebookShare on Twitter

Bahasa merupakan cara untuk kita sebagai manusia bertutur dan menulis dengan memahami setiap maksud perkataan yang disampaikan. Dengan adanya bahasa, kita juga dapat memahami satu sama lain dengan lebih mudah dan cepat. Sama juga seperti bermain game, terdapat banyak gaming slang yang digunakan semasa bermain game untuk memudahkan penyampaian antara satu sama lain.

Jadi, kami ingin memberikan sedikit pengenalan kepada anda tentang gaming slang yang sering digunakan semasa bermain game. Berikut adalah senarai gaming slang yang sering digunakan:

A

  • Aggro – Merujuk kepada musuh yang selalunya berkaitan dengan jarak di mana mereka boleh mengesan pemain dan terlibat dalam pertempuran. Dalam mode multiplayer, ia berkaitan dengan pemain yang menjadi sasaran terhadap musuh.
  • ADS – Ia adalah singkatan kepada “Aim Down Sight” yang membawa maksud pemain menggunakan senjata jarak dengan mendekatkan senjata tersebut ke paras mata.
  • AFK – Singkatan kepada “Away from Keyboard”. Ia membawa maksud kepada pemain yang tidak berada di hadapan PC.
  • AoE – Singkatan kepada “Area of Effect”. Ia merujuk kepada serangan yang meliputi kawasan tertentu.

B

  • Bots – Watak yang dikawal oleh AI semasa bermain game multiplayer. Ia juga boleh diguna pakai kepada pemain yang mempunyai skill-nya lebih rendah daripada Bot.
  • Bug – Kesilapan yang tidak dijangka akan timbul dalam game disebabkan ralat programming. Ini juga termasuk kepada isu yang menghalang progress pemain dan merosakkan file game.
  • Buff – Boost sementara kepada skill dan kebolehan pemain, musuh atau kumpulan pemain.

C

  • Camping – Pemain duduk di satu lokasi strategik dengan lama dan biasanya digunakan dalam mode multiplayer.
  • Cheesing – Selalu digunakan kepada pemain yang membuat taktik hebat untuk menyelesaikan misi tanpa membuat sebarang masalah.
  • Combo – Melaksanakan serangan secara berturut-turut untuk memberikan serangan tambahan kepada musuh dan pemain.
  • Crafting – Membina item, senjata, peluru atau bangunan dengan menggunakan bahan asas.
Gaming term

D

  • DC – Singkatan kepada “Disconnected”. Ia merupakan tindakan di mana pemain hilang sambungan internet.
  • De-buff – Mengurangkan kebolehan pemain atau musuh dengan ketara.
  • DPS – Singkatan kepada “Damage Per Second”. Tindakan yang memberikan damage kepada pemain atau musuh

E

  • Easter Egg – Rahsia yang disembunyikan dalam game oleh developer.

F

  • Fast Travel – Mengembara antara dari satu tempat ke satu tempat lain dengan pantas.
  • FF – Singkatan kepada “Forfeit”. Biasa digunakan dalam game competitive ataupun multiplayer.
  • Finisher – Serangan terakhir yang digunakan kepada musuh
  • FPS – Singkatan kepada “First-Person shooter”. Ia merujuk kepada game yang menggunakan pandangan daripada mata watak utama.
  • Friendly fire – Ia merujuk kepada pemain yang menyerang pasukan sendiri.
  • Farming – Mengumpul item berharga untuk craft atau progress dalam game.
  • F2P – Singkatan kepada “Free-to-Play”. Ia merujuk kepada semua game yang percuma untuk dimainkan.

Gaming term

Setakat ini, itu sahaja perkongsian kami berkenaan gaming term bermula daripada huruf A sehingga F yang banyak digunakan semasa bermain game. Kami akan teruskan siri ini pada masa akan datang dengan huruf lain pula. Jadi, perkataan mana yang korang sering gunakan semasa bermain game? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi daripada kami.

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: Gaming term
Previous Post

Wakil Malaysia sebagai pasukan terbaik DOTA 2 & PUBG di Liga Predator Asia Pasifik 2022, sertai sekarang!

Next Post

POCO F4 dan POCO X4 GT hadir dengan chipset terkini, harga bermula RM 1499!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Space for Sale & AEW: Fight Forever diumumkan di THQ Nordic Digital Showcase
Berita

Space for Sale & AEW: Fight Forever diumumkan di THQ Nordic Digital Showcase

August 13, 2022
THQ Nordic buka playtest Stuntfest – World Tour pada 13-14 Ogos 2022
Berita

THQ Nordic buka playtest Stuntfest – World Tour pada 13-14 Ogos 2022

August 13, 2022
RPG Gothic 1 Remake pamerkan visual baru, musuh Minecrawler dapat reka bentuk moden
Berita

RPG Gothic 1 Remake pamerkan visual baru, musuh Minecrawler dapat reka bentuk moden

August 13, 2022
Next Post
POCO F4 dan POCO X4 GT hadir dengan chipset terkini, harga bermula RM 1499!

POCO F4 dan POCO X4 GT hadir dengan chipset terkini, harga bermula RM 1499!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

Preview Dragon Ball: The Breakers (CNT) – Giliran Frieza untuk menyerlah!

Preview Dragon Ball: The Breakers (CNT) – Giliran Frieza untuk menyerlah!

by Razin Syafiq
August 12, 2022
0

Bagi mereka yang tidak tahu, baru-baru ini Bandai Namco Entertainment telah mengadakan Closed Network Test untuk Dragon Ball: The Breakers yang...

“Speak. Name your wish” – Kolab Fortnite x Dragon Ball akan tiba pada 16 Ogos 2022

“Speak. Name your wish” – Kolab Fortnite x Dragon Ball akan tiba pada 16 Ogos 2022

by safwan
August 12, 2022
0

Selepas membuat kolaborasi dengan salah satu anime popular iaitu Naruto, Fortnite kini kembali dengan membuat kolaborasi bersama anime yang tidak...

Avatar: Generations akan “soft launch” di Android & iOS, Malaysia tidak tersenarai

Avatar: Generations akan “soft launch” di Android & iOS, Malaysia tidak tersenarai

by safwan
August 12, 2022
0

Square Enix London baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan "soft launch" game RPG percuma baharu iaitu Avatar: Generations di Android...

Walinong Sari – Filem Animasi Pendek Malaysia Berjaya Tempah Nama Di Peringkat Antarabangsa!

Walinong Sari – Filem Animasi Pendek Malaysia Berjaya Tempah Nama Di Peringkat Antarabangsa!

by Maira
August 12, 2022
0

Animasi Malaysia kini semakin hebat dengan adanya siri-siri animasi seperti Upin & Ipin, BoBoiboy, dan Ejen Ali. Bukan setakat itu...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In