Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PlayStation umum koleksi ‘Deep Earth’, varian warna metalik untuk cover PS5 & DualSense!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 15, 2023
in Aksesori, Artikel, Berita, PS5
0 0
0
PlayStation umum koleksi ‘Deep Earth’, varian warna metalik untuk cover PS5 & DualSense!
Share on FacebookShare on Twitter

Turut diumumkan di acara State of Play hari ini adalah pengumuman koleksi Deep Earth yang menyertai senarai aksesori PS5. Koleksi itu memperkenalkan tiga warna baharu untuk controller wayarles DualSense dan cover PS5, semuanya dengan kemasan logam yang licin: Volcanic Red, Cobalt Blue dan Sterling Silver.

Berikut adalah video rasmi yang mempamerkan warna-warna baharu tersebut:

Satoshi Aoyagi dan Leo Cardoso daripada pasukan reka bentuk telah berkongsi lebih lanjut tentang reka bentuk dan proses di sebalik koleksi baharu ini. Menurut Satoshi Aoyagi:

Semasa mencipta koleksi warna baharu untuk DualSense dan cover konsol PS5, kami mendapat inspirasi daripada rona cantik dan berkuasa yang terdapat di kedalaman planet Bumi. Kami meningkatkan warna dengan menambahkan kemasan metalik untuk sentuhan canggih.”

Kredit: PlayStation

Leo Cardoso pula berkata:

“Volcanic Red mempunyai rona merah menyala yang kaya. Cobalt Blue, sebaliknya, mempersembahkan warna biru yang mendalam dengan bayang ungu yang menarik. Akhir sekali, Sterling Silver mempamerkan estetika klasik dengan rona biru halus.”

Kredit: PlayStation

Pre-order untuk koleksi Deep Earth akan bermula pada 4 Oktober, manakala aksesori Volcanic Red dan Cobalt Blue akan dilancarkan pada 3 November, diikuti dengan pelancaran Sterling Silver pada 26 Januari.

DualSense edisi Deep Earth akan tersedia pada harga runcit sebanyak RM369, manakala cover konsol Deep Earth PS5 akan tersedia pada harga runcit sebanyak RM259. Sebaik sahaja pre-order dibuka, saya akann maklumkan kepada anda semua.


Baca segala liputan kami tentang produk PS5 di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DualSenseplaystationps5
ShareTweetSend
Previous Post

Marvel’s Spider-Man 2 – 65 sut untuk pakai, watak boleh tukar ganti, & dunia 2x lebih besar!

Next Post

Teaser Pertama BoBoiBoy Galaxy 2 Telah Didedahkan! Bakal Tayang Disember Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Teaser Pertama BoBoiBoy Galaxy 2 Telah Didedahkan! Bakal Tayang Disember Ini!

Teaser Pertama BoBoiBoy Galaxy 2 Telah Didedahkan! Bakal Tayang Disember Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd