Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel’s Spider-Man 2 – 65 sut untuk pakai, watak boleh tukar ganti, & dunia 2x lebih besar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 15, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Open World, PS5
0 0
0
Marvel’s Spider-Man 2 – 65 sut untuk pakai, watak boleh tukar ganti, & dunia 2x lebih besar!
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara State of Play hari ini, Sony Interactive Entertainment dan Insomniac Games telah mengeluarkan dua trailer baharu untuk Marvel’s Spider-Man 2 — di mana satu memperkenalkan dunia permainan, gameplay, dan ciri-ciri baharu manakala satu lagi memperkenalkan kandungan Edisi Digital Deluxe.

Bakal dikeluarkan pada hujung tahun ini, jadi pasti ramai yang tidak sabar untuk mengenali lebih lanjut tentang game ini. Jadi berikut adalah ringkasan info:

New York lebih luas untuk diterokai

Dalam video itu, Pengarah Kreatif Bryan Intihar menjelaskan tentang Marvel’s New York yang diperluaskan, termasuk cara game itu dikembangkan sejak entri terakhir.

Secara ringkas, game ini akan menampilkan pelbagai lokasi baharu, penerokaan yang ditambah baik, penerokaan yang mengasyikan, bertukar ganti antara hero dengan serta-merta, pelbagai penjahat ikonik, abiliti dan alat baharu serta sut serba baharu.

Jadi apa yang baru?

Kredit: Insomniac Games

Dalam Marvel’s Spider-Man 2, Insomniac Games hampir menggandakan saiz New York. Melangkaui East River, anda boleh berayun dan melayang di atas mercu tanda ikonik di Queens dan Brooklyn—lengkap dengan story mission, side quest dan aktiviti bandar! Perkembangan ini juga mewujudkan pilihan traversal yang lebih pantas seperti Web Wings, yang boleh digabungkan dengan web swinging tradisional untuk bergerak pada kelajuan yang lebih tinggi.

Kredit: Insomniac Games

Pemain juga akan dapat bertukar antara Peter Parker dan Miles Morales, hampir serta-merta. Kedua-dua Spider-Men ialah watak penting kepada kisah Marvel’s Spider-Man 2 , dan masing-masing akan mempunyai cerita sampingan tersendiri untuk diceritakan. Bantu pelajar di Brooklyn Visions sebagai Miles Morales atau terima misi baharu sebagai Peter Parker melalui aplikasi Friendly Neighborhood Spider-Man—malah anda boleh memilih untuk menyelesaikan aktiviti tertentu sebagai mana-mana Spider-Man!

Kredit: Insomniac Games

Kraven the Hunter dan Venom menyertai senarai penjahat dan akan mengacau hero kami, hubungan mereka, dan segala yang berkaitan. Walau bagaimanapun, mereka bukan satu-satunya masalah dalam bandar. Insomniac Games tidak memberitahu tentang “ancaman rahsia” itu tetapi menegaskan bahawa kedua-dua Spider-Men harus menghentikan ancaman ini menggunakan semua abiliti, gajet dan kemahiran baharu!

Pada masa yang sama, mereka telah menyusun set abiliti dan skil baharu untuk Spider-Men: kuasa Symbiote dan Spider-Arms untuk Pete; manakala Miles memperoleh kuasa venom bioelektrik yang dipertingkatkan.

Kredit: Insomniac Games

Bukan itu sahaja, game ini menampilkan 65 sut, termasuk reka bentuk original baharu dan kegemaran peminat daripada filem dan komik! Dengan pengenalan Suit Styles, ciri ini akan membuka warna alternatif untuk beberapa sut, yang menyediakan lebih 200 cara untuk menggayakan Spider-Men anda!

Edisi Digital Deluxe

Pada bulan Mei lalu, mereka turut mendedahkan Marvel’s Spider-Man Edisi Digital Deluxe yang menampilkan 10 sut Spidey eksklusif, item Photo Mode tambahan dan 2 Skill Points.


Marvel’s Spider-Man 2 akan dilancarkan di  PlayStation 5 pada 20 Oktober 2023. Baca segala berita kami tentang Spider-Man di SINI.

Tags: Marvel's Spider-Man 2
ShareTweetSend
Previous Post

Cyberpunk 2077: Info terkini tentang Phantom Liberty & Update 2.0!

Next Post

PlayStation umum koleksi ‘Deep Earth’, varian warna metalik untuk cover PS5 & DualSense!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
PlayStation umum koleksi ‘Deep Earth’, varian warna metalik untuk cover PS5 & DualSense!

PlayStation umum koleksi 'Deep Earth', varian warna metalik untuk cover PS5 & DualSense!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd