Menurut Presiden Hasnul Hadi Samsudin, PlayStation Studios Malaysia telah berjaya menemui tapak rasmi di Malaysia sejak 27 Januari. Namun, lokasi tapak rasmi itu tidak dinyatakan. Sebelum ini, mereka membuka studio di Komune pada April 2021 untuk memulakan operasi awal tetapi pejabat di Komune hanyalah sementara.
Dikongsikan di halaman Twitter, berikut adalah pernyataan beliau:
27 Januari. Satu lagi pencapaian penting untuk kami. Penyerahan tapak! @PlayStation Studios Malaysia kini mempunyai ruang – tempat kami akan membina rumah baru kami. Rumah kepada bakat baru dari seluruh rantau dan global. Tidak sabar untuk menunjukkan kemajuan kepada anda semasa kami meneruskan jalan!
Kami pernah menemu ramah Hasnul Hadi pada tahun lepas dan bertanya tentang lokasi tapak rasmi PlayStation Studios Malaysia. Beliau menjawab;
“Komune adalah ruang pejabat sementara, dan kami telah menentukan lokasi rasmi. Kami sedang membina studio itu sekarang dan diharapkan sebelum separuh pertama tahun depan, dapat memasuki studio baharu itu. Lihat sahaja lokasi ini dan kami mungkin akan memberitahu anda di mana lokasi sebenarnya, tetapi sebagai petunjuk, ia adalah tempat terbaik untuk Nasi Lemak dan Mee Hokkien.”, dia mengusik.
Buat masa ini, PlayStation Studios Malaysia masih membuka pelbagai banyak jawatan kosong untuk dimohon. Bagi mereka yang tertanya jika PS Studios MY akan mencipta game sendiri, cawangan Malaysia lebih kepada studio sokongan buat masa ini dan tanggungjawab mereka adalah untuk menyokong studio pihak pertama Sony seperti Naughty Dog dan Santa Monica Studio.
Selain itu, beliau juga mengulas tentang tanggapan orang ramai untuk PS Studios Malaysia.
“Beberapa studio telah pun bekerjasama dengan Malaysia seperti Naughty Dog, Insomniac yang pernah bekerjasama dengan Lemon Sky dan Passion Republic”, kata Hasnul Hadi. “Apabila kita semakin berjaya dan menjadi studio yang mempunyai ramai orang, akan ada lebih banyak soalan: apa yang Malaysia lakukan dan apa yang Malaysia mampu lakukan?”
Itu sahaja info yang saya ada buat masa ini. Untuk baca temu ramah penuh, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post