Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gameplay baru Ghostwire: Tokyo dipamerkan, kerja membunuh Yokai

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 4, 2022 - Updated on February 7, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, PS5, Seram
0 0
0
Gameplay baru Ghostwire: Tokyo dipamerkan, kerja membunuh Yokai
Share on FacebookShare on Twitter

Tango Gameworks telah memberi pandangan lebih lanjut tentang gameplay Ghostwire: Tokyo, termasuk mempamerkan abiliti unik yang pemain bakal guna dan sedikit aspek tertentu bagi jalan cerita.

Game ini mengisahkan tentang protagonis Akito, yang merupakan salah seorang manusia terakhir di Tokyo selepas majoriti populasi hilang tanpa jejak. Bersama dengan bantuan hantu bernama KK, kita akan bertarung dengan segerombolan musuh supernatural untuk membongkarkan misteri di sebalik kehilangan misteri ini.

Antara abiliti yang ditunjukkan dalam video gameplay Ghostwire: Tokyo adalah “Ethereal Weaving” di mana pemain akan menggunakan elemen sekeliling untuk mengalahkan makhluk paranormal seperti air, api dan angin yang boleh dipadankan dengan gaya permainan setiap individu.

https://thumbs.gfycat.com/GlaringFabulousEyelashpitviper-mobile.mp4
https://thumbs.gfycat.com/WhichBothIndianpalmsquirrel-mobile.mp4

Selain itu, KK tidak akan sentiasa bersama kita. Dalam situasi ini, pemain tidak mempunyai apa-apa kuasa istimewa dan terpaksa bergantung pada cara yang lebih tradisional untuk menumpaskan musuh seperti memanah dan “stealth takedown” (biasa dilihat dalam game Assassin). Saya tidak pasti sama ada pilihan “stealth” boleh digunakan pada bila-bila masa atau hanya untuk satu bahagian tertentu sahaja dalam game.

Ghostwire: Tokyo juga memberi tumpuan besar pada unsur “traversal” dan penerokaan. Pemain dapat terbang merentasi bumbung dan mendaki musuh dan tebing untuk bergerak dengan pantas. Di samping itu, terdapat beberapa kawasan dengan kabus tebal yang boleh diterokai dan “dibersihkan” dengan berinteraksi dengan gerbang Tori berdekatan. Ini membolehkan pemain memperoleh EXP dan upgrade kebolehan.

https://thumbs.gfycat.com/ArtisticPalatableAmphiuma-mobile.mp4

Ghostwire: Tokyo akan dilancarkan secara eksklusif pada PlayStation 5 pada 25 Mac. mereka yang membuat pra-pesanan untuk edisi Deluxe akan dapat bermain game ini beberapa hari lebih awal. Jika korang bermain game di Xbox, jangan risau. Tempoh hak eksklusif Ghostwire: Tokyo hanyalah untuk setahun. Dan jika mereka mengikut formula game lain, game ini mungkin akan keluar di konsol tersebut pada tahun depan.

Tags: GameplayGhostwire: TokyoYokai
Previous Post

PlayStation Studios Malaysia menemui tapak rasmi, pencapaian baru buat studio tempatan

Next Post

Kos produksi Demon Slayer S2 mahal berlipat kali ganda daripada S1!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Kos produksi Demon Slayer S2 mahal berlipat kali ganda daripada S1!

Kos produksi Demon Slayer S2 mahal berlipat kali ganda daripada S1!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd