Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PlayStation Mobile Controller mungkin dalam pembikinan oleh Sony, diilhamkan oleh DualShock 4

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 29, 2021
in Artikel, Berita, PS4, PS5
0 0
0
PlayStation Mobile Controller mungkin dalam pembikinan oleh Sony, diilhamkan oleh DualShock 4
Share on FacebookShare on Twitter

PlayStation adalah salah satu jenama gaming paling terkenal di dunia, dan menjadi kuasa dominan dalam industri konsol selama hampir tiga dekad. Menurut khabar angin, nampaknya mereka ingin kembali ke pasaran “gaming on-the-go” kerana sebuah paten baru menunjukkan bahawa sejenis “PlayStation Mobile Controller” sedang dalam pembikinan.

Asalnya diperhatikan oleh Andy Robinson dari VGC, paten itu secara khusus adalah untuk gamepad yang boleh dipakai pada peranti mobile dan mempunyai reka bentuk diinspirasikan oleh DualShock 4. Paten tersebut telah difailkan pada awal minggu ini oleh Sony Interactive Entertainment (Jepun). Seperti yang dinyatakan di atas, gamepad ini menampilkan “grip kiri dan kanan” yang dimodelkan mengikut controller DualShock 4 (PS4) dan bukannya DualSense (PS5).

Ini dapat dilihat pada reka bentuk dan susun atur butang. Apa yang tidak ditunjukkan dalam lukisan adalah bahagian “genggam” (tempat kita meletakkan smartphone) yang membolehkan pengguna menukar sudut tontonan untuk peranti.

Berita tentang “PlayStation Mobile Controller” datang selepas Sony mengumumkan niat untuk fokus pada pasaran mobile gaming. Pada bulan Oktober lalu, Sony melantik Nicola Sebastiani untuk mengetuai PlayStation Studio’s Mobile Division, selepas menghabiskan lapan tahun di Apple dalam jabatan yang uruskan perkara sama.

Bagi mereka yang tidak tahu, PlayStation sudah lama wujud di peranti mobile dan terdapat beberapa contoh seperti Run Sackboy! Run dan Uncharted: Fortune Hunter. Pada masa yang sama, PlayStation juga menghasilkan companion app seperti God of War – Mimir’s Vision dan Erica.

Mungkin begini rupanya?

Sebuah “mobile controller” pasti akan menjadi aksesori yang bagus untuk mereka yang ingin menggunakan PS Remote Play, tetapi kita tidak tahu jika peranti ini akan serasi dengan game mobile PlayStation sahaja atau developer perlu menambahkan beberapa pilihan khusus untuk menyokong peranti? Ini kerana tidak semua game mempunyai “controller support”. Walau apa pun, paten di atas adalah bukti bahawa Sony amat serius untuk mengembangkan jenama PlayStation kepada pasaran mobile.

Untuk segala liputan kami tentang PlayStation, sila tekan pautan ini.

Sumber – VGC

Tags: ControllergamepadplaystationSony
Previous Post

Farming Simulator 22 lebih ramai pemain daripada Battlefield 2042 di Steam!

Next Post

Enigma Archives: RAIN CODE- Game misteri baru dari pembangun Danganronpa!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Next Post
Enigma Archives: RAIN CODE- Game misteri baru dari pembangun Danganronpa!

Enigma Archives: RAIN CODE- Game misteri baru dari pembangun Danganronpa!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd