Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Farming Simulator 22 lebih ramai pemain daripada Battlefield 2042 di Steam!

Maira by Maira
November 29, 2021
in Artikel, Berita, Genre, PC, Steam
0 0
0
Farming Simulator 22 lebih ramai pemain daripada Battlefield 2042 di Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

Pelancaran Battefield 2042 tidak berjalan dengan lancar, dengan bug, kekurangan kandungan dan masalah lain. Permainan shooter terbesar yang dibangunkan Dice dan EA nampaknya mempunyai banyak kekurangan. Kini, ramai pemain di Steam lebih berminat untuk berkebun kerana Farming Simulator 22 yang dikeluarkan baru-baru ini mempunyai lebih ramai pemain berbanding Battlefield 2042.

Selepas dilancarkan pada 19 November lalu, Battlefield 2042 kini mempunyai kira-kira 50 ribu pemain dalam talian. Sementara itu Farming Simulator 22 yang dilancarkan pada 22 November mempunyai 88 ribu pemain dan pernah mencecah seramai 94 ribu pemain dalam talian!

Melalui SteamDB, jumlah pemain tertinggi yang telah dicapai oleh kedua-dua permainan sejak pelancaran dibandingkan. Ternyata ianya keputusannya agak menarik. Ini kerana Farming Simulator 22 dan Battlefield 2042 boleh dikatakan seri dengan jumlah pemain Farming SImulator 22 pada 105,636 pemain manakala Battlefield 2042 mencatatkan jumlah pemain yang lebih sedikit iaitu 105,397 pemain.

Farming Simulator has more players than Battlefield. pic.twitter.com/zQKZvvrIbv

— SteamDB (@SteamDB) November 28, 2021

Ramai juga yang komen mengenai perkara ini dan mengatakan bahawa Battlefield mempunyai lebih ramai pemain jika platform lain seperti Origin dan PS5 juga diambil kira. Ya, mungkin Battlefield mempunyai ramai pemain dari Farming Simulator jika begitu tetapi permainan itu masih mengalahkan permainan popular pada platform permainan terbesar di dunia.

RelatedPosts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

Perkara ini sebenarnya tidaklah mengejutkan kerana Battlefield 2042 berterusan mengecewakan pemain dengan gameplay yang penuh bug, isu prestasi pada konsol dan PC dan juga kekurangan kandungan dan ciri-ciri yang terdapat dalam permainan yang lalu. Baru-baru ini juga permainan tersebut telah di review sebagai permainan paling teruk di Steam. Sebagai perbandingan, Farming Simulator mempunyai bilangan review positif yang sangat tinggi.

Walaupun EA dan Dice nampak komited untuk menambah baik Battlefield 2042 dengan kemas kini masa depan, nampaknya ia memerlukan sedikit masa lagi sebelum ia dikeluarkan tahun ini. Alang-alang menunggu kemas kini baru itu, anda bolehlah bersantai sambil berkebun dalam Farming Simulator 22.

Sumber: SteamDB, Kotaku

Tags: Battlefield 2042Farming Simulator 22steam
Previous Post

Marvel akan mendapat game MMO baru dari pembangun DC Universe Online!

Next Post

PlayStation Mobile Controller mungkin dalam pembikinan oleh Sony, diilhamkan oleh DualShock 4

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
PlayStation Mobile Controller mungkin dalam pembikinan oleh Sony, diilhamkan oleh DualShock 4

PlayStation Mobile Controller mungkin dalam pembikinan oleh Sony, diilhamkan oleh DualShock 4

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd