Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PlayStation Henti Bawa Game Single-Player Ke PC – Judul Besar Kini Kekal Eksklusif Di PS5

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 19, 2026
in Artikel, Berita, PC, PS5
0 0
0
PlayStation Henti Bawa Game Single-Player Ke PC – Judul Besar Kini Kekal Eksklusif Di PS5
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Interactive Entertainment (SIE) telah mengambil keputusan drastik untuk tidak lagi melancarkan game single-player PlayStation ke platform PC.

Berita mengejutkan ini dikongsikan sendiri oleh CEO Studio Business Group Sony, Hermen Hulst, dalam satu mesyuarat dalaman. Perkara tersebut mula tular selepas dilaporkan oleh wartawan Bloomberg, Jason Schreier.

SCOOP: PlayStation studio business CEO Hermen Hulst told staff in a town hall Monday morning that the company's narrative single-player games will now be PlayStation exclusive, confirming Bloomberg's reporting from earlier this year. Original story from March: www.bloomberg.com/news/article…

[image or embed]

— Jason Schreier (@jasonschreier.bsky.social) May 19, 2026 at 2:47 AM

Sebelum ini, pemain sudah mula terbiasa melihat judul-judul hebat seperti God of War, Horizon, dan Spider-Man dilancarkan di Steam atau Epic Games Store selepas beberapa tahun berada di konsol.

Namun, nampaknya “zaman” itu sudah berakhir. Selepas ini, jika anda mahu menikmati cerita yang mendalam dan grafik sinematik yang menjadi identiti Sony, anda wajib memiliki konsol PlayStation.

Beberapa judul besar yang sangat dinantikan seperti Ghost of Yotei, Saros, dan Marvel’s Wolverine disahkan akan kekal eksklusif untuk PlayStation 5 sahaja. Selain itu, projek lain yang disebut dalam laporan tersebut termasuklah Intergalactic: The Heretic Prophet dan God of War Trilogy Remake.

Kedua-dua projek mega ini tidak akan menjejakkan kaki ke platform PC sama sekali.

Walaupun peminat game singleplayer mungkin kecewa, pengguna PC masih ada berita gembira. Sony akan tetap melancarkan game jenis “Live Service” atau online multiplayer secara serentak di konsol dan PC.

Ini bermakna game seperti Marathon (daripada Bungie) dan judul akan datang MARVEL Tokon: Fighting Souls masih boleh dimainkan pada PC tanpa masalah.

Bagi judul yang diterbitkan melalui kerjasama dengan pembangun luar (bukannya dihasilkan oleh studio dalaman Sony sendiri) peraturan baru ini nampaknya tidak terpakai. Sebagai contoh, Kena: Scars of Kosmora tetap akan dilancarkan di PC mengikut perjanjian penerbitan sedia ada.

Walaupun Hulst tidak memberikan ulasan panjang lebar, penganalisis industri berpendapat langkah ini bertujuan untuk melindungi “Ekosistem PlayStation.” Dengan mengekalkan judul-judul gergasi ini hanya di PS5, Sony berharap dapat menarik lebih ramai pemain untuk membeli konsol mereka.

Tags: PCplaystationps5
ShareTweetSend
Previous Post

Harga PlayStation Plus Rasmi Naik – Apa Yang Gamer Malaysia Perlu Tahu?

Next Post

Jom Cuba Demo ‘The Adventures of Elliot: The Millennium Tales’ – Karya Terbaru Oleh Team Asano!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Preview

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

September 3, 2026
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
Next Post
Jom Cuba Demo ‘The Adventures of Elliot: The Millennium Tales’ – Karya Terbaru Oleh Team Asano!

Jom Cuba Demo ‘The Adventures of Elliot: The Millennium Tales’ - Karya Terbaru Oleh Team Asano!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd