Dragon Quest Monsters: The Dark Prince bakal lancar dalam dua bulan lagi. Kami berpeluang untuk menemu ramah producer game, Kento Yokota semasa Tokyo Game Show 2023. Banyak perkara yang didedahkan kepada kami berkaitan perubahan serta system synthesis dalam game ini! Tanpa membuang masa, berikut adalah hasil temu ramah kami bersama Kento Yokota!
Apa yang membuatkan game ini berbeza dengan tajuk-tajuk lain dalam Dragon Quest?
Untuk siri Dragon Quest, siri utama mempunyai 11 tajuk. Kemudian kita ada beberapa spin-off dan salah satunya adalah Monsters. Perkara besar yang membezakannya dengan game lain adalah Monster diberikan spotlight.
Kalau game terdahulu, kita akan mengalahkan monster kan? Tetapi dalam siri ini, kami menyebelahi mereka dan berlawan bersama-sama, dan itulah apa yang kami buat. Inilah yang membezakannya dengan game lain dan membuatkannya lebih manarik.
Dragon Quest Monsters: The Dark Prince fokus kepada Psaro, watak antagonis dalam DQ4: Chapters of the Chosen. Adakah game ini berperanan sebagai prequel kepada DQ4?
Game ini apabila dimulakan akan memberitahu anda bahawa ada kemungkinan lain kepada kisahnya dan watak utama, Psaro, dia merupakan watak daripada DQ4 dan kami tidak cuba untuk menyelesaikan misteri kepada sejarah kisah DQ4. Kami juga tidak cuba untuk memberikan jawapan kepada sejarah DQ4 atau menolak sejarah tertentu. Kisah DQ4 boleh diambil mengikut pemain dan mengandainya mengikut diri anda sendiri.
Kami tidak mengatakan bahawa ia sama sekali berbeza daripada yang lain. Jadi kami tidak menafikannya sama sekali. Oleh itu, ingatlah bahawa apabila anda bermain game, itulah apa yang kami ingin sampaikan.
Seperti yang dinyatakan, Monster mengambil spotlight dan sistem synthesis merupakan sebahagian besar dalam game Dragon Quest Monsters. Adakah terdapat ciri baharu pada sistem synthesis atau perubahan daripada game terdahulu?
Jadi dalam siri ini, kami mempunyai sistem synthesis. Itu adalah salah satu ciri terbesar game ini. Sistem ini boleh menggabungkan satu raksasa dengan raksasa yang lain dan mendapatkan raksasa yang lain. Kami melakukannya sejak produk pertama yang kami ada dalam siri ini dan ianya tidak berubah sama sekali.
Tetapi apa yang kami katakan ialah kami tidak mengubah kegembiraan yang anda perolehi daripada bermain dengan sistem synthesis, atau tanggapan yang anda perolehi daripada bermain dengan sistem synthesis. Kami tidak mengubahnya sama sekali.
Tetapi kami menukar resipinya, seperti siapa yang anda boleh gabungkan dengan yang lain atau perkara yang boleh anda lakukan dengan setiap synthesis. Mereka telah banyak berubah sebelum ini apabila anda mencampurkan A dan B, anda mendapat C. Kali ini dalam siri ini, anda boleh gabung A dengan B, tetapi anda mungkin mendapat B. Jadi anda boleh mendapatkan penemuan baharu daripadanya. Itulah ciri jualan kami sebenarnya daripada sistem synthesis.
Game ini mempunyai persekitaran dengan tema yang berbeza yang boleh berinteraksi dengan pemain. Jadi apakah inspirasi di sebalik setiap reka bentuk dan elemen interaktif ini?
Sebab field dalam versi ini lebih menarik adalah kerana, pertama sekali, siri Dragon Quest yang anda selalu lihat ialah padang hijau, padang yang sangat hijau, gunung berapi, negara salji. Mereka sentiasa muncul dalam siri Dragon Quest dan dalam Monsters, mereka serupa tetapi tahun ini, adalah tahun ke-25 siri Monster dan apa yang kami mahu lakukan adalah sesuatu yang berbeza dengan Dragon Quest. Kami mahu mengubah rupa motifnya, oleh itu kami mahu mencuba sesuatu yang berbeza seperti di mana untuk meletakkan raksasa, cara menggabungkan perkara itu. Itulah yang kami mahu lakukan. Jadi kami ingin mencuba sesuatu yang berbeza, lebih baru untuk dilihat apabila anda melihat field. Itulah yang kami mahu bawa dan itulah yang kami lakukan.
Adakah game ini mempunyai kandungan multiplayer seperti dungeon atau PvP?
Jadi mengenai pemain PvP, ia tersedia dalam mode telecommunication dan apabila anda menyebut PvP, saya rasa anda maksudkan pemain kepada pemain dan ia adalah salah satu sistem di mana anda bersaing untuk ranking, ianya tersedia. Apabila anda bercakap tentang dungeon dan melawan bos atau raksasa dengan pemain lain, ianya tidak tersedia. Tetapi kami mempunyai perkara lain yang tersedia di bawah mod ini yang patut anda cubanya.
Bagaimana cabaran atau proses ketika memutuskan berapa banyak raksasa untuk dibawa masuk dalam game ini? Terutama apabila raksasa tersebut benar-benar baru?
Dragon Quest Monsters seperti yang saya katakan, kita sudah mempunyai 11 game daripada tajuk utama, kita bercakap tentang bilangan raksasa sudah lebih daripada 1000. Pasukan pembangun memilih daripada apa sahaja kumpulan raksasa itu, yang sudah lebih daripada 1000. Untuk setiap tajuk baharu yang kami hasilkan, kami sentiasa memastikan kami mempunyai raksasa baharu yang dibawa ke dalam setiap tajuk dan salah satu yang paling popular semua orang tahu adalah Slime. Kami sentiasa memastikan bahawa kami mempunyai sub spesies Slime atau subgroup Slime baru yang keluar dengan setiap tajuk baru dan sebagainya. Jadi itulah yang kita semua sentiasa usahakan.
Bagi peminat yang mungkin membesar dengan siri ini, aspek nostalgia manakah yang anda ingin berikan dalam game ini?
Jadi mengenai siri Monster yang keluar dengan tajuk pertama pada tahun 1998. Kami mempunyai sistem synthesis dari zaman dahulu lagi. Sistem itu membolehkan anda mengambil dua raksasa, menggabungkannya dan dapatkan satu raksasa, ianya tidak berubah. Kemudian dari bawah, kami keluarkan Joker dan kami menukar sedikit sistem synthesis game itu. Siri Joker mendapat 1, 2 , 3 kemudian tamat. Kemudian kami keluarkan Terry’s Wonderland pada Game Boy pada 1998 dan kami cuba melakukan sesuatu yang menggabungkannya dengan sistem synthesis itu, dengan sistem synthesis Joker untuk menghasilkan sesuatu yang baharu. Dan kami telah cuba menghasilkan synthesis untuk raksasa yang berbeza dari sebelumnya.
Adakah sistem Breeding adalah satu-satunya aspek nostalgia yang akan kita perolehi?
Kami tidak membawa masuk apa-apa yang baru atau membuang sesuatu. Apa yang telah kami lakukan daripada tajuk pertama Monsters, kami telah melakukannya daripada tajuk pertama sehinggalah tajuk terbaru. Jadi dalam Monsters, anda membawa raksasa bersama-sama anda, mensintesis mereka atau membiak mereka seperti mana yang anda suka dan membiarkan mereka berkembang dengan betul dan sistem Breeding jenis itu, kami tidak mengubahnya sama sekali. Jadi apabila saya fikir, anda bercakap tentang nostalgia di sini, tanggapan yang anda dapat daripada game, ia tidak berubah sejak tajuk pertama. Jadi harap maklum bahawa kami tidak membuang apa-apa jika itu yang anda maksudkan dengan nostalgia.
Apakah perkara kegemaran anda dalam game ini? Sebagai contoh watak atau sesuatu yang lain?
Jadi dalam tajuk terbaharu, kami mempunyai lebih banyak field yang lebih baharu, elemen bermusim yang lebih baharu, elemen field bermusim dan masing-masing datang dengan pelbagai raksasa dan anda berada dalam setiap field dan setiap adegan bermusim, temui raksasa yang perlu anda tangkap mereka, buat raksasa baharu daripadanya dan itulah yang boleh anda lakukan.
Apa yang kami lakukan di sini ialah elemen yang saya nyatakan sebahagian besarnya telah dikemas kini supaya pemain boleh menemui lebih banyak penemuan. Mereka yang telah bermain Monsters boleh dapat melihat sesuatu yang berbeza, lebih banyak peningkatan, sesuatu yang lebih menyegarkan mata mereka apabila mereka bermain game itu.
Memandangkan anda bercakap tentang rombakan baharu sistem synthesis, bagaimanakah perkara ini akan menjejaskan game menentang wrangler raksasa semasa mod PvP?
Jadi mengenai synthesis, ia adalah sistem synthesis yang berbeza daripada apa yang kami ada sebelum ini tetapi jika anda bertanya sama ada ia akan secara langsung mempunyai beberapa jenis kesan, kesan pada mod PvP, ia tidak akan. Tetapi ia adalah sistem yang mencipta jenis raksasa baharu bukan? Dan apa yang mungkin menjejaskan apabila anda berada dalam mod PvP ialah cara anda membangunkan raksasa sebaik sahaja anda mensintesisnya.
Apabila anda membandingkan dengan tajuk sebelumnya, pertama sekali tajuk sebelumnya apabila pertempuran cenderung menjadi lebih kompleks. Jadi apa yang kami lakukan ialah cuba memudahkannya dan mengemaskannya sedikit lagi. Jadi kuasa setiap raksasa yang boleh dilakukan dan sebagainya untuk diteroka dengan lebih banyak lagi.
Cuma jarak pemain akan jauh sedikit kan? Dan itulah yang kami lakukan dalam mod PvP. Jadi saya fikir jika anda akan melihat perbezaannya, ia adalah bagaimana anda mengembangkan raksasa sebaik sahaja anda menggabungkannya dan anda boleh mengubah sedikit jenis kuasa yang boleh dimilikinya dan seterusnya. Jadi, kreativiti yang anda boleh masukkan ke dalamnya ialah cara anda membangunkan raksasa tersebut.
tu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda! Terima kasih banyak-banyak kepada Kento Yokota kerana sudi menjawab soalan kami. Dragon Quest Monsters: The Dark Prince akan keluar pada Nintendo Switch pada 1 Disember2023. Untuk membaca liputan Tokyo Game Show 2023 daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post