Dragon Quest sememangnya adalah francais game legenda yang terbukti cukup popular sehingga dikembangkan menerusi siri The Adventure of Dai. Siri ini pun diadaptasi ke manga dan anime dan sambutannya masih sangat positif sehingga ke hari ini. Tidak hairanlah Square Enix membuat keputusan untuk mencipta game bertajuk Infinity Strash: Dragon Quest The Adventure of Dai demi memenuhi keinginan peminat.
Di Tokyo Game Show 2023, kami berpeluang menemu bual Takumi Kasai – Produser Infinity Strash: Dragon Quest The Adventure of Dai, jadi jika anda ingin info lanjut, jom baca artikel di bawah.

Infinity Strash: Dragon Quest The Adventure of Dai mempunyai sejarah yang kaya dalam manga dan anime. Bagaimanakah game ini menangkap intipati bahan sumber sambil menawarkan pengalaman gaming yang unik untuk peminat manga dan gamer? Dan bagaimana anda menyatukan kedua-duanya?
Takumi: Berkenaan cerita, ia sama dengan anime, jadi jalan ceritanya sama, harap semua faham terlebih dulu. Dan mengenai game, kami menggunakan watak dari The Adventures of Dai di mana pelbagai watak bertarung dengan musuh dan itu adalah sebahagian daripada daya tarikan game baharu ini.
Game ini telah dibangunkan sekian lama dengan rancangan awal untuk dilancarkan pada 2021. Jadi, sejauh manakah game itu berkembang atau berubah sejak itu
Takumi: Grafik telah berkembang lebih jauh. Jadi kami menghabiskan banyak masa untuk menambah baik grafik. Dan kini kami juga menumpukan banyak masa untuk filem 3D, aksi, dan juga membuat pelarasan tertentu padanya. Jadi, itu adalah sesuatu yang kami lakukan sejak 2021.

Mengenai ciri yang dipanggil Temple of Recollection, yang akan menampilkan dungeon dengan peringkat yang sentiasa berkembang. Jika kita menamatkan dungeon dan memutuskan untuk kembali, adakah kita akan bermula dari awal lagi?
Takumi: Jadi, sebaik sahaja anda memulakan game [Temple of recollection], anda boleh kembali dan mengambil barang yang diambil sebelum ini, dan anda boleh mengambil item tersebut untuk menguatkan watak, menjadikan watak lebih kuat. Dan apa yang anda kumpulkan juga boleh digunakan dalam mode story.
Soalan lain tentang Temple of Recollection. Disebabkan idea Temple of Recollection ialah mode yang berasingan dan pemain mendapat buff rawak. Apakah idea di sebalik reka bentuk level atau konsep di sebaliknya?
Takumi: Jadi jalan ceritanya, ia seperti mode infinite yang boleh anda mainkan selama-lamanya. Itulah konsep yang kami fikirkan semasa mengusahakannya. Kami cuba menambah intipati itu apabila cipta reka bentuk, membangunkan konsep untuk game ini.
Apabila membangunkan game ini, cerita itu dicipta sedemikian rupa supaya anda boleh terus memainkannya berulang kali. Dan setiap kali ada kejutan, sesuatu yang berbeza, sesuatu yang menyeronokkan apabila anda bermain game ini.

Adakah terdapat dunia luar untuk diterokai? Atau hanya peringkat biasa?
Takumi: Jadi kami mempunyai lebih sedikit bahagian penerokaan peta dan bahagian utama adalah melawan bos. Itulah yang berlaku dan dirasakan seperti dalam The Adventures of Dai dan kami kekal dengan itu, yang merupakan permainan utama.
S: Jadi, entri-entri utama Dragon Quest lebih turn-bases berbanding Infinity Strash, yang lebih berorientasikan aksi. Adakah ini sesuatu yang diputuskan oleh pasukan sejak awal bahawa ia akan mengambil laluan yang lebih berorientasikan action? Dan adakah ini dipilih kerana ia lebih sesuai dengan gaya anime?
Takumi: Seperti yang anda katakan, kami mahu menjadikannya game aksi sejak awal apabila membangunkan gane ini. Kami fikir ia lebih sesuai dengan sifat permainannya. Kami mahukan sesuatu yang lebih meriah dalam babak pertarungan, kerana itulah yang berlaku di dunia Dai’s Adventure.
Kami fikir pemain akan benar-benar mahu melawan musuh, jadi kami melakukannya dengan cara itu. Dan kami juga mahu kekal setia kepada nama Dragon Quest itu sendiri. Jadi kita mahu membangunkannya ke arah itu. Kami mahukan RPG aksi yang kami fikir sesuai dengan nama Dragon Quest.


Adakah game ini mempunyai cerita yang tiada dalam anime atau manga? Jika ya, bolehkah anda berkongsi idea kasar tentang cerita itu?
Takumi: Kami ada sesuatu seperti itu tetapi bukan cerita yang sama sekali baru, terdapat sub quest yang disertakan dalam cerita Adventures of Dai. Cerita ini telah berkembang begitu banyak sehingga sukar untuk memasukkan apa-apa ke dalamnya, tetapi kami cuba untuk memasukkan sesuatu sebagai anekdot. Dan apa yang kami lakukan untuk Temple of Recollection ialah cuba memasukkan elemen asal dan perkara seperti itu.
Apakah yang mengilhamkan keputusan untuk membangunkan game berdasarkan Adventures of Dai? Adakah terdapat aspek tertentu dalam siri yang anda dapati sangat menarik?
Takumi: Kami tidak mahu menjadikan Dragon Quest sebagai animasi. Apa yang kami lakukan ialah kami mempunyai Adventures of Dai, yang merupakan judul yang sangat popular, tetapi ia tidak mempunyai peluang untuk menjadi game buat masa yang lama.
Kami fikir Square Enix harus cuba membuat game untuk itu. Mungkin memang sepatutnya. Jadi kami memutuskan untuk membangunkan cerita yang menarik, adegan dan gameplay tertentu dan cuba menyampaikan cerita melalui game. Dan kami melakukannya melalui Infinity Strash.

Setiap watak mempunyai kekuatan dan gaya pertarungan yang unik, tetapi adakah watak tertentu cukup mencabar untuk dimainkan?
Takumi: Popp, ialah watak yang menggunakan sihir dan saya rasa kami cipta reka bentuknya sedemikian rupa sehingga apabila dia menerima damage, dia mudah menjadi terlalu lemah dan mudah dikalahkan. Jadi kami mengambil berat tentang keseimbangan reka bentuk di sana.
Tetapi juga sebaliknya, kita mempunyai seorang lelaki seni mempertahankan diri – Maam, dan dia mempunyai gerakan membunuh dan direka dengan pemikiran itu, tetapi dia terlalu kuat, jadi kita harus berhati-hati agar tidak terlalu kuat apabila cipta reka bentuknya.
Apabila soal menggabungkan semua adegan di sini dengan cutscene anime, adakah terdapat falsafah reka bentuk di belakangnya? Atau adakah ini bertujuan untuk mencerminkan semangat anime yang tidak pernah putus asa atau kuasa persahabatan?
Takumi: Jadi dengan Adventures of Dai, terdapat idea yang berbeza dan anda perlu menyusunnya untuk mengalahkan musuh. Itulah yang kami lakukan dalam sistem dan kami membangunkan sistem game ini supaya anda dapat merasakan bahawa anda sebenarnya sedang membina semua perkara ini untuk mengalahkan musuh semasa bermain The Adventures of Dai.
Tetapi itu hanya sebahagian daripada pencarian, anda bukan sahaja anda boleh melakukannya, tetapi ia dilakukan di bawah syarat-syarat tertentu supaya anda boleh mendapatkan lebih banyak gambaran tentang bagaimana rasanya bermain game baharu ini.


Apakah maksud Strash? Jika ia adalah perkataan original, bagaimana anda menemuinya?
Takumi: Berkenaan istilah Strash ini, ia adalah istilah yang berasal daripada Sanjo (Riku Sanjo) sensei, dan saya tidak pasti sama ada saya tahu definisi sebenar ini. Jadi saya mencarinya dalam fanbook The Adventures of Dai, dan saya mendapati bahawa ini adalah perkataan rekaan dan merupakan perkataan yang merupakan gabungan strike dan flash.
Adakah anda mempunyai sebarang sorotan daripada game ini yang anda ingin tunjukkan kepada orang lain?
Takumi: Untuk peminat, kami mahu anda melihat filem/cutscene 3D, terdapat aksi yang menakjubkan apabila anda melakukan mode PV. Dan terdapat banyak ketulenan dalam adegan yang sangat menyeronokkan untuk ditonton dan dimainkan. Dan dalam Adventure of Dai, bukan sahaja cerita, tetapi juga Temple of Recollection sangat menyeronokkan untuk pemain. Jadi kami pasti akan meminta anda mencuba mencabar bahagian game ini.

Adakah terdapat sebarang cabaran dalam mengadaptasi cerita daripada siri anime ke dalam game, terutamanya dari segi menangkap intipati bahan sumber?
Takumi: Sudah tentu kami mahu mencipta semula cerita yang sesuai dengan original, tetapi jika anda cuba melakukannya, rentak game akan menjadi tidak lancar. Jadi apa yang perlu kami lakukan ialah, kami terpaksa memotong bahagian tertentu dalam cerita, membuat versi ringkasan cerita tetapi sudah tentu dengan kebenaran daripada Shueisha, penerbit dan kami terpaksa mengedit semula cerita agar sesuai dengan game dan saya ialah peminat tegar kepada Adventures of Dai, jadi saya tidak mahu berbuat demikian, tetapi anda perlu mempertimbangkan kebaikan dan keburukan serta reka bentuk yang sewajarnya.
Orang ramai mengatakan bahawa game itu akan merangkumi sehingga 41 satu episod, jadi adakah terdapat rancangan untuk memasukkan lebih banyak episod dalam DLC atau game baharu?
Takumi: Kami tidak mempunyai rancangan itu buat masa ini, tetapi jika ia terjual dengan baik, maka kami akan mempertimbangkannya.
Maka, tamatlah temu bual kami dengan Takumi Kasai – Produser untuk game Infinity Strash: Dragon Quest The Adventure of Dai. Game ini akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Switch dan PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 28 September 2023.
Anda boleh layari laman web rasmi di SINI untuk maklumat lanjut.
@gamersantaimy
Discussion about this post