Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Persona 5 Tactica: Ketahui Lebih Lanjut Tentang Antagonis Serta Kingdoms!

Maira by Maira
July 12, 2023
in Artikel, Berita, Game, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Persona 5 Tactica: Ketahui Lebih Lanjut Tentang Antagonis Serta Kingdoms!

Kredit: ATLUS

Share on FacebookShare on Twitter

Persona 5 Tactica dijadualkan untuk lancar pada 17 November 2023 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Game Pass, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Menjelang tarikh tersebut, pelbagai maklumat baharu game akan dikongsikan oleh SEGA. Kali ini, jom kita kenali lebih lanjut mengenai Kingdoms, Marie dan tiga watak utama lain daripada game!

Kredit: ATLUS

Latar belakang game

Setelah mengembara ke alam misteri, Phantom Thieves diserang oleh kumpulan tentera, Legionnaires. Ketika mereka cuba melawan, Marie tiba-tiba muncul dan mempengaruhi minda semua orang kecuali Joker dan Morgana.

Kredit: ATLUS

Apabila harapan semakin pudar, mereka berdua telah diselamatkan oleh Erina, ketua kepada Rebel Corps. Mereka telah mengetahui bahawa alam misteri ini dikenali sebagai Kingdoms. Selepas melepaskan diri daripada Marie, Erina membawa Joker dan Morgana ke markas Rebel Corps. Apabila mereka sampai di sana, mereka terkejut melihat tempat itu kelihatan seperti Leblanc.

Kredit: ATLUS

Selamatkan ahli Phantom Thieves yang lain daripada pengaruh Marie dan bongkar rahsia Kingdoms!

Matlamat utama Marie

Marie bersama Legionnaires telah memerintah Kingdoms dengan kejam dan mengambil kesempatan ke atas segala benda. Tetapi apa yang diinginkan oleh pemerintah kejam ini hanyalah majlis perkahwinan yang gah!

Kredit: ATLUS

Selepas membuat perjanjian dengan Rebel Corps, Joker dan Morgana keluar untuk menyelamatkan ahli Phantom Thieves lain. Apabila sudah sampai di penjara, mereka terjumpa dengan seorang lelaki bernama Toshiro Kasukabe.

Toshiro sebenarnya seorang ahli politik daripada dunia sebenar dan menyatakan bahawa dia tiada memori tentang bagaimana dia terperangkap di alam itu. Walaupun ragu-ragu, Joker dan rakannya mengambil keputusan untuk bekerjasama untuk seketika — sehinggalah ada satu laporan mengatakan bahawa Marie sudah jumpa pengantinnya.

Kredit: ATLUS

Watak-watak utama

  • Ryuji Sakamoto
  • Ann Takamaki
  • Toshinori Kasukabe
    • Seorang ahli parlimen muda yang dikhabarkan bakal menjadi perdana menteri seterusnya. Toshinori telah diselamatkan oleh Phantom Thieves selepas terperangkap dalam alam misteri dan mereka bersetuju untuk bekerjasama. Sebagai seorang ahli politik, Toshinori seseorang yang persuasif dan bijak. Walaupun begitu, dia begitu takut untuk berlawan dan menerima kesakitan, jadi dia sangat pentingkan keselamatan.

a

Bonus khas pra-tempah

Pemain yang membeli game ini lebih awal akan menerima dua persona iaitu Orpheus Picaro dan Izanagi Picaro sebagai bonus khas.

Kredit: ATLUS

Persona 5 Tactica dijadualkan untuk lancar pada 17 November 2023 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Game Pass, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game Persona daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: PersonaPersona 5Persona 5 Tactica
ShareTweetSend
Previous Post

Preview kad Heartless Hidetsugu untuk MTG Commander Masters!

Next Post

Bleach: Ishida Uryu dipilih sebagai pewaris Raja Quincy, kini jadi musuh Ichigo!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Tiada Lagi Update Baru Untuk Fighting Game ‘2XKO,’ Pembangunan Tamat Pada Disember 2026
Berita

Tiada Lagi Update Baru Untuk Fighting Game ‘2XKO,’ Pembangunan Tamat Pada Disember 2026

August 21, 2026
Dave Bautista Galas Watak Kratos Dalam Siri Live-Action God of War
Movie/siri

Dave Bautista Galas Watak Kratos Dalam Siri Live-Action God of War

August 21, 2026
Code Vein II Expansion ‘Mask of Idris’ Bakal Tiba 9 September Bersama Update Version 2.0
DLC

Code Vein II Expansion ‘Mask of Idris’ Bakal Tiba 9 September Bersama Update Version 2.0

August 21, 2026
Next Post
Bleach: Ishida Uryu dipilih sebagai pewaris Raja Quincy, kini jadi musuh Ichigo!

Bleach: Ishida Uryu dipilih sebagai pewaris Raja Quincy, kini jadi musuh Ichigo!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd