Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Persona 3 Reload: Episode Aigis Rasmi Dilancarkan! Epilog Sebenar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 10, 2024
in Artikel, Berita, DLC, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Persona 3 Reload: Episode Aigis Rasmi Dilancarkan! Epilog Sebenar!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, SEGA mengumumkan bahawa Episode Aigis -The Answer- kini tersedia untuk Persona 3 Reload Expansion Pass Wave 3. Anda boleh dapatkan DLC ini di Xbox Series X|S, Xbox One, Windows, PlayStation 5, PlayStation 4, dan Steam.

Sempena pelancaran, SEGA turut memuat naik trailer baharu untuk Episode Aigis, yang anda boleh tonton di bawah:

Asalnya, The Answer disertakan sebagai epilog kepada kisah Persona 3 dalam Persona 3 FES pada 2007, dan menggegarkan peminat dengan kisahnya yang saspen dan menyayat hati. Sebagai pemain, anda akan bermain sebagai Aigis, yang sedar akan kuasa wild card ketika dia menghadapi ancaman baharu.

Kredit: SEGA Asia

Maju ke 2024, The Answer kembali – kini lebih lancar dan lebih saspen berbanding sebelum ini. Dengan dungeon baharu untuk diterokai sebagai Aigis, pelarasan skrip untuk butiran yang lebih kaya, dan Theurgy Skill tambahan, pemain yang telah menyelesaikan cerita utama Persona 3 Reload akan mempunyai pengalaman yang sama sekali baharu untuk dinikmati.

Sekarang, bersedialah untuk membongkar misteri terakhir dengan SEES dan alami kesimpulan emosi The Answer.

Untuk beli, sila layari laman web rasmi di SINI.

Kredit: SEGA Asia

Selain itu, kesemua 21 lagu daripada Episode Aigis tersedia di beberapa perkhidmatan muzik! Ini termasuk “Disconnected” lagu tema baharu yang digubah oleh Ryota Kozuka ATLUS; tema pertempuran baharu “Don’t” , dan versi “Heartful Cry” yang dirombak semula oleh Atsushi Kitajo dari ATLUS.

Klik SINI untuk lihat semua pilihan servis.

Pada masa yang sama, Persona 3 Reload edisi standard untuk PS4 dan PS5 serta Edisi Deluxe Digital kini tersedia pada diskaun 35%! Dengan keluaran Episode Aigis, anda kini boleh menikmati keseluruhan Persona 3 Reload termasuk segala Expansion Pass pada harga yang lebih murah.

Klik SINI untuk laman web rasmi Persona 3 Reload.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Persona 3 Reload
ShareTweetSend
Previous Post

Main Warhammer 40,000: Space Marine II Sekarang! Ulasan Sangat Positif Di Semua Platform!

Next Post

Game Mobile ‘Yakuza Wars’ Terbocor Dulu Sebelum Pengumuman Rasmi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Apple Arcade Menambah Empat Game Baharu, Diketuai oleh Play-Doh World, Pada 7 Ogos
iOS

Apple Arcade Menambah Empat Game Baharu, Diketuai oleh Play-Doh World, Pada 7 Ogos

July 9, 2025
ASUS Malaysia Melancarkan Laptop Gaming Baharu Berkuasa RTX 5050, Kini Tersedia Bermula RM4,799
Teknologi

ASUS Malaysia Melancarkan Laptop Gaming Baharu Berkuasa RTX 5050, Kini Tersedia Bermula RM4,799

July 9, 2025
BlazBlue Entropy Effect Akan Datang Mobile Pada 22 Julai 2025!
Mobile

BlazBlue Entropy Effect Akan Datang Mobile Pada 22 Julai 2025!

July 9, 2025
Next Post
Game Mobile ‘Yakuza Wars’ Terbocor Dulu Sebelum Pengumuman Rasmi!

Game Mobile 'Yakuza Wars' Terbocor Dulu Sebelum Pengumuman Rasmi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd