Merupakan antara game terbaru paling hangat di pasaran, Warhammer 40,000: Space Marine II kini rasmi dilancarkan di semua platform utama! Dibangunkan oleh Saber Interactive, judul ‘third-person shooter hack-n-slash’ ini berfungsi sebagai sekuel kepada Warhammer 40,000: Space Marine yang dikeluarkan pada 2011.
Berikut adalah trailer pelancaran:
Bermain sebagai Lieutenant Titus dan Lawan Tyranid dalam Peperangan Galaksi

Teruskan kisah legenda Ultramarine Lieutenant Demetrian Titus, seratus tahun selepas peristiwa Warhammer 40,000: Space Marine dan melawan segerombolan Tyranid yang tidak berkesudahan untuk mempertahankan Imperium. Lepaskan kemahiran luar biasa dan senjata Titus secara solo, atau dengan sehingga dua rakan dalam co-op.
Customize Space Marine & Loadout dalam Mode PVE dan PVP

Bertarung sebagai salah satu daripada enam kelas (Tactical, Assault, Vanguard, Bulwark, Sniper dan Heavy) dalam mode “Operations” (PVE) dan “Eternal War” (PVP), dan ubahsuai watak anda dengan sistem customization yang mendalam untuk perisai dan senjata.
Dalam mode “Operations”, gunakan Data Armory dan pengalaman di atas medan perang untuk menguatkan setiap kelas dengan sehingga 25 perk untuk membentuk gaya permainan sendiri. Data Armory juga membolehkan anda menguatkan senjata dengan setiap misi baharu untuk membuka varian yang lebih berkuasa dan kosmetik unik. Kosmetik perisai dan senjata yang diperoleh dalam “Operations” juga tersedia dalam “Eternal War”, tetapi segala bonus hanya akan kekal eksklusif untuk pengalaman PVE untuk tujuan keseimbangan.
Lebih Banyak Misi, Musuh dan Senjata dalam Update Percuma

Selepas pelancaran permainan, Warhammer 40,000: Space Marine II akan menambah misi “Operations” baharu, peta PVP baharu, musuh baharu dan senjata baharu melalui update percuma yang kerap untuk semua pemain. Kosmetik dan misi tambahan akan dikeluarkan sebagai sebahagian daripada Season Pass, tanpa sebarang mikrotransaksi atau kedai in-game yang melibatkan mata wang premium.
Setakat ini, sambutan pemain sangat-sangat positif. Di Steam, game ini menerima rating Very Positive daripada 31,260 ulasan, manakala di PlayStation, ia menerima 4.5 bintang daripada 2.6 ribu penilaian.
Jika berminat, Warhammer 40,000: Space Marine II kini boleh didapati di PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post