Nampaknya, sebuah game mobile bertajuk Yakuza Wars berdasarkan francais Like A Dragon/Yakuza yang popular telah dibocorkan sebelum pengumuman rasmi.
Secara lebih khusus lagi, sebuah halaman Facebook telah ditemui untuk Yakuza Wars oleh para penggali maklumat, yang nampaknya diterbitkan oleh syarikat bernama BBGame dengan kerjasama Sega.

Di Facebook tersebut, beberapa illustrasi dan seni visual telah disertakan. Selain itu, penerangan ringkas tentang game tersebut juga ditemui, yang berkata:
“Game mobile Like a Dragon pertama yang diluluskan secara rasmi oleh Sega, ialah karya agung bertemakan gangster klasik baharu untuk telefon pintar, mencipta gameplay perang strategik yang inovatif. Di sini, anda boleh melawan berdampingan dengan watak klasik seperti Kiryu Kazuma, Kasuga Ichiban, dan Majima Goro, dan tulis cerita legenda sendiri di dunia underworld.”
Yakuza Wars is a mobile game published by BBGame https://t.co/GAhZwKCcbQ
— Wario64 (@Wario64) September 9, 2024
Google Translate: “Sega’s first officially authorized mobile game, Dragon Among Men, is a new classic gangster-themed masterpiece for mobile phones, creating innovative strategic war gameplay. Here, you can… pic.twitter.com/i2S2mqwPyw
Tidak seperti entri-entri lain dalam francais, Yakuza Wars nampaknya adalah permainan strategi. Kemungkinan besar, ia akan ikut format turn-based dan mungkin menampilkan sistem gacha di mana pemain boleh mendapatkan watak-watak daripada francais besar Like A Dragon.

Selepas dikaji lebih lanjut, beberapa iklan dan video untuk game mobile Yakuza Wars juga telah ditemui dalam internet. Malangnya, ia hanya menumpukan pada seni watak dan tidak mempamerkan apa-apa rakaman gameplay sebenar.
Buat masa ini, Sega masih belum memberi pengesahan rasmi tentang kewujudan game itu. Namun, berita ini tepat dengan khabar angin bulan lepas di mana Sega memfailkan tanda dagangan untuk “Yakuza Wars”, lalu mencetuskan spekulasi sama ada ini ialah game utama atau sekadar spin-off.
Rupanya, jawapan sebenar adalah game mobile.
@gamersantaimy
Discussion about this post